Puteri UMNO Turut Bantu Kempen BN Di Likas
 
 
KOTA KINABALU, 8 Julai (Bernama) -- Puteri Umno yang akan menggerakkan jenteranya bagi membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Likas, 21 Julai ini, berhasrat untuk menimba pengalaman seluas-luasnya dalam menghadapi situasi politik sebenar dalam pilihan raya.

Ketua Penaja Puteri, Azalina Othman berkata selain jawatankuasa sedia ada di Sabah, pemimpin Puteri dari bahagian-bahagian di negeri-negeri lain juga akan ke negeri ini untuk membantu kempen berkenaan.

 

"Daripada pendedahan sebegini, kita harap adik-adik dalam Puteri dapat keluar dan belajar mengenai politik sebenar dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita di sini pada satu majlis sukaneka yang dihadiri oleh bahagian-bahagian Puteri Umno Sabah.--BERNAMA