Peperangan  Jijik  Di  Aceh  tajaan  Exxon Mobil
(Exxon Mobil's dirty  little  war  in  Aceh)

oleh: Cheryl  Seal

Terjemahan:  Tupaimas.

Awal kata  oleh  Penterjemah:

Artikel  ini  seharusnya  menyedarkan  kita  orang  Melayu  khasnya,  kepada  beberapa  persoalan:

Fikirkan  baik-baik  dan  bacalah  artikel  yang  baik  di  bawah ini untuk  memikirkan  betapa  jauhnya  Mahathir  tersasar  dalam  menegakkan  apa  yang  diajarnya kepada  orang  UMNO  sebagai  ketuanan  Melayu.

 *************************************

12.20  p.m.  Ahad:  ILRF (International  Laboru  Rights  Fund: Dana Hak Asasi  Pekerja  Antarabangsa)  yang  mewakili  11 penduduk perkampungan  Aceh  telah mengemukakan  surat  saman  di  mahkamah  Washington  terhadap  ExxonMobil  (yang  kerap  berdagang  di bawah  jenama  Esso),  menuduh   syarikat  gergasi  minyak  ini  bergiat  cergas   dalam kerja-kerja  jijik  mencemar  hak   asasi  manusia  di  wilayah  utara  Sumatra. Tindakan   mahkamah itu  dikemukakan  di  bawah  US  Alien Tort  Claims  Act, yang  memberi kemudahan  mengadili  perbuatan  yang  dilaksanakan  diluar  Amerika  Syarikat.

Akhirnya  ada  juga  peluang  untuk  mengenakan  Exxon (ExxonMobil) ke  muka  pengadilan   kerana  segala  kerja  zalim  yang  bersistem, pembunuhan  dan  kemusnahan yang  dilakukannya  secara  terus  ataupun  melalui  orang  suruhannya . Inilah kerja-kerja  bajingan  yang  menzalimi  pribumi  yang  menghuni  sekitar  kawasan   pengeluaran  gas  cecair  asli  di  Arun   yang  terletak  dalam  provinsi  Aceh, Indonesia.

Sehingga hari  ini,  berita   bahawa  syarikat  gergasi  ini  sedang dihadapkan  ke  mahkamah  sengaja  diperam  di  Amerika  Syarikat. Kisah berikut  ini  telah  diperam  dengan  kemasnya  sehingga  ia  dapat  diselongkar   untuk  siaran  melalui  ‘US  Indy Newswire.’

ExxonMobil  mempunyai  pengkalan  pengeluaran  gas  cecair  (LNG)   yang  bernama  PT  Arun  di  Utara  Sumatra,  di satu  kawasan  yang   dikenali  sebagai  Lhokseumawe  di  daerah  Aceh  Utara.  Pengkalan  ini  pada  dulunya  dimiliki  oleh  Mobil  Oil  Indonesia.

Pada  awal  1960-an, sejurus  terjumpanya  simpanan  gas  asli  yang  besar  itu  syarikat  ini  telah  memeteraikan  satu  perjanjian  dengan  Pertamina  untuk  mengambilalih  semua  kawasan  yang  luas  itu  dengan  mengnyahkan  secara  ganasnya  segala  penduduk   yang  menghuni  kawasan  itu.

Inilah  satu  senario  yang  berulang-ulang  beberapa kali  sebelum  itu  lagi  ketika  terjumpanya  gas  ataupun  minyak  di  dunia  ini  sejak  dulu  kali. Baik  di Oklahoma hinggalah  ke  Afrika. Malangnya,  seperti  yang  mengejutkan  Mobil,  rakyat  Aceh  telah  bernekad   untuk  mengnyahkan  penjajahan  yang  cuba mendominasi  mereka      yang   diberikan  restunya oleh  kerajaan  Suharto  yang  korup  dan  pentadbiran  yang  amat  ghairah  mahu  melihatkan  permulaan  kerja-kerja  eksploitasi   itu.

Sebagai  reaksi  kepada  pembantahan  Aceh  itu,  pihak angkatan  tentera  Indonesia   yang  bertindak  sebagai  proksi  Mobil,  untuk  menumpaskan  bantahan itu  dengan  ganasnya.  Contohnya  apabila  segelintir penentang Aceh  berusaha  mensabotaj  pembinaan  saluran  paip  pada  1977,  pihak tentera telah  membunuh  secara  bersistem sekitar  900  penduduk  di  situ.

Dibunuh,  diseksa

Apabila  Gerakan Aceh  Merdeka (GAM)  dilancarkan pad  1980,  kerajaan  bertindak  dengan  mengenakan  kuatkuasa  ketenteraan  di  sana. Di  tahap  awalannya  lagi,  Mobil (yang kini  bertukar  menjadi  ExxonMobil) telah  menyokong  kekejaman  pihak  tentera.

Kebanyakan  keganasan  jenayah  telah  dilaksanakan  dalam  kawasan  kepunyaan  syarikat  itu  oleh  “pegawai  keselamatan”  yang digaji oleh  syarikat.  Dua  berek  tentera  telah dibina  oleh  Mobil  untuk  menampung  satu  ketumbukan  gerak gempur  elitis  ketenteraan  untuk  mempertahankan  pengkalan  LNG  yang  diberi  nama  Post  13  dan  Rancong  Kem.

Mengikut  laporan  pengamat  yang  malukan  pemantaun  dan  siasatannya,  Post  13  itu  pernah  digunakan  sebagai pengkalan  untuk  mendera dan  menyoal-siasat.

Sejak   1980,  ratusan  rakyat  Aceh  telah  dibunuh dan/ataupun  dizalimi  atau  pun  menghilang  begitu  sahaja. Dianggarkan  antara  15,000-20,000 kanak-kanak  telah  menjadi  yatim  piatu  pada  waktu  yang  sama  hasil  kerja-kerja  jijik  “pasukan pelindung”  Mobil.

Operasi  penyelenggaraan  pengkalan  LNG itu  telah  menjejaskan  kualiti  kehidupan  manusia  dan  mencemarkan  persekitaran  alam. Syarikat  gergasi  itu  kerap  mencemarkan  air  yang  diperlukan  untuk  penanaman  padi  dan  juga  kolam-kolam  udang  yang menjadi   punca  pencarian  dan  makanan  orang  kampung.

Tidak pernah  pun  syarikat  itu  menawarkan  pampasan  kepada  segala  pencemaran  itu. Malahan  pada  1972,   penduduk  Pu’uk  telah   menyaman  syarikat  itu  kerana  mencemar  perkampungan  mereka.  Namun,  Mobil  telah  menggunakan  kuasa   sekumpulan  peguamnya   yang berjaya  mengalahkan  penduduk  kampung  yang  papa  kedana  yang  tidak  mampu   berbuat  apa-apa.

Pada  1997,  sekitar 1,600  penduduk  kampung    terpaksa  berpindah  randah  apabila  telaga  LNG  meledak  dan  terbakar,  memuntahkan  bertan-tan  lumpur  dan lahar  bumi  ke  rumah persekitarannya.  Ada juga  satu  peristiwa   apabila  empat  orang  penduduk  kampung  telah  menyaman  syarikat  itu   kerana  merampas  tanah  mereka  tanpa  bayaran  pampasan  yang  sepenuhnya  dan  kerana  mengambilalih  satu   kawasan  perkuburan  untuk  dijadikan  landasan  pesawat  udara  untuk  PT  Arun.

Seperti biasa, sekali lagi  penduduk kampung itu  kalah  di mahkamah. Senarai  segala  perkosaan  yang  menyerlah (terminologi  yang  sama  digunakan   terhadap  Exxon   oleh  seorang  peguam di Alabama apabila  syarikat  itu  kerugian US$ 3.4billion dalam  satu  kes  penipuan) sabit  hak  asasi  manusia  dan  etika  pencemaran  alam  yang  dilaksanakan oleh  Mobil,  Exxon  dan  Exxon Mobil,  yang  sememangnya  menakjubkan. Ini  adalah  kisah  sebuah  syarikat  Amerika. Bayangkan  apabila  cerita ini  tercetus  pada   era  abad  ke 20  dan  21  ini. 

Kuburan  Manusia

Para  penentang  kekejaman  ini telah  dilayan  dengan  zalim  sekali.  Memanglah,  Mobil  dan  Exxonmobil  telah  membuat  tuntutan   betapa  mereka  tidak  tahu  menahu  akan  keganasan  yang  berlaku, walaupun  sering  menerima  aduan  dan  di  sebalik  bayaran   berjuta  dollar  yang  dilakukan  oleh  Mobil (ExxonMobil)  kepada   angkatan  tentera  Indonesia  setiap  tahun Pembayaran  itu  adalah  untuk  tenaga  tentera  untuk  melindungi  kerja-kerja  penggembelingan  alat-alat  jentolak   yang menggali  lubang  besar   untuk   dijadikan  kubur  raksasa  untuk  menampung  manusia   yang  tidak  lagi  bernyawa  ataupun untuk  membuka  jalan  mengangkut  para  banduan  dan mengangkut  mayat-mayat  yang  mati  bergelimpangan.

Lubang  perkuburan yang  besar-besar  telah  digali  menggunakan   peralatan Mobil  di  Bukit Sentag  dan  Bukit  Tengkorak di  Utara  Aceh  pada  1998 dan telah  ditemui    oleh   penyiasat  hak  asasi  manusia. Ini  menunjukkan  betapa  syarikat  itu  telah  menguasai  keadaan   sehingga  mencetuskan  huru  hara  dan  menyebabkan  kerja-kerja  produksi  tergendala.

Pada  1998,  aktiviti  Mobil  itu terus   membuak  hingga  mendorong  percantuman  Exxon dan  Mobil  untuk  bergelar  ExxonMobil.  Dengan itu,  dunia  luar  terutama  mereka  yang  berada  di  Amerika  Syarikat,  nama  baru  ExxonMobil itu  tentulah  diharapkan  sebagai  satu  jenis  syarikat  yang  baru  yang  mempunyai  warna  yang  baru  juga. Untuk    mengharumkan  suasana   ketika  itu,  Exxon  telah  melancarkan  satu  kempen  “we’re  so  good  to  the  environment”(jasa  kami  kepada  persekitaran  alam)  dengan  melancarkan  kempen “Selamatkan  Harimau”. Bayangkanlah,  betapa  manusia  yang  perihatin  ini  boleh  bertindak  begitu  ganas  dengan  melakukan  segala  kerja  bajingan  terhadap  penduduk  Aceh?

Baru-baru  ini  syarikat  yang  sama  telah  memberikan  berjuta  dollar  derma terhadap  kajian  malaria. Besar  sungguh   pengorbanan  mereka!!!  Lagipun  malaria  adalah satu  penyakit  yang  menjadi  masalah  besar  kepada  syarikat  itu  kerana  kekerapan  menghantar  manusia  bertugas  di  kawasan  hutan  belantara  yang  belum  pernah  dimasuki   manusia.

Harta   kekayaan  Syarikat

Akan  tetapi  kalau  kita  amati  sejarah  syarikat   ia  akan  mendedahkan  satu  perkara  yang  sungguh  menyerlah: syarikat  bedebah  ini  tidak  pernah  melaksanakan sesuatu yang  tidak  mempunyai  kepentingan  dirinya.

Lagipun  penggabungan  dua  syarikat  itu  dulu  belum lagi  dapat  melupakan  kesan  pertumpahan  darah  yang  mengorbankan banyak  nyawa  di  Utara  Aceh  dulu.  Pada  tahun  lalu,  seorang  petugas  hak  asasi manusia  bernama  Jafar Sidiq Hamzah  yang  lahir  di  Aceh  dan  menetap  untuk  seketika  di  Queens  New  York,  telah   menerima  banyak  ugutan  yang  mengancam  nyawa,  sebaik  sahaja  dia  mulakan  siasatan  kepada  keganasan  Mobil  itu. 

Tidak lama kemudian  dia  telah diculik. Satu  bulan  kemudiannya, dia  telah  dizalimi  dan  mayatnya  yang  dizalimi  dengan  kejamnya  telah  dijumpai  bersama dengan  empat  lagi  petugas  hak  asasi  manusia.   Tidak berapa  lama selepas terbongkarnya  tragedi  ini,  Safwan  Idris,  seorang  calon   berwibawa  untuk  pemilihan  jawatan  gabenor Aceh,  telah  dijumpai  terbunuh  juga.

Para  penyiasat  hak  asasi  manusia  telah  mengutuk  syarikat  itu  dan  juga  kerajaan  Amerika Syarikat   kerana  bersubahat,  secara  terus  ataupun  sebaliknya  dalam  pertumpahan  darah  itu. Indonesia Democracy  Japan  (sebuah  pertubuhan  di  Jepun)  telah  mengecam  dengan  tegasnya  betapa  Amerika  Syarikat  “telah  bersekongkol  dan  turut  bersalah  dengan  segala  perkosaan  hak  asasi  manusia .”

Sepanjang  1990-an,  satu  per  empat  (25%) pendapatan  Mobil  di  peringkat  global  datangnya   daripada  pengkalan  perniagaannya  di  Aceh  Utara. (Masya-Allah.....!!!!!!) Seorang  timbalan presiden  korporat  itu  telah  menyebut  betapa  pengkalan  di Aceh  itu  merupakan  butiran  permata  di mahkota-niaga  syarikat  itu. Ia  seolah-olah  bernilai  laksana  berlian  yang  bernama  “Hope”  itu.

Lombong Emas  Kissinger

Di  waktu  yang  sama  kerajaan  Indonesia  menyauk  sekitar  US 2  bilion  per tahun  daripada  pengekalan  Mobil  itu.   Kita  mungkin  menganggarkan  betapa  keadaan  sudah  menjadi  kelam  sejak  satu  tahun  setengah  yang  lalu.  Pada  20 Oktober,  1999,   Wahid Gus  Dur  dilantik menjadi  presiden  Indonesia Oleh  Dewan  Perundangan  Rakyat  (bukannya  oleh  rakyat,  jangan  lupa  fakta  ini..)

Dengan  pantasnya,  Wahid  merencana  agar  diluluskan  satu  resolusi   membenarkan  firma  asing  seperti  ExxonMobil  daripada   peraturan  mendapatkan  dulu  kelulusan  kerajaan.  Kemudian,  pada  28  Februari  2000,  empat  bulan  selepas  menduduki  kerusi  ampuk  Presiden  Indonesia, Wahid  telah  melantik   Henry  Kissinger,  salah  seorang  musibat  yang  bertanggungjawab  dengan kemusnahan  negara  itu,  sebagai  penasihatnya.

(Hooohooohooo, bukankah  musibah  ini  yang  memperkenalkan Mahathir  untuk menjual  Proton  di  Amerika?  Apa  jadinya  dengan  segala  kereta  yang  dikirim  untuk  ujian  kelulusan  Amerika itu,  selepas  didapati  tidak  sesuai  untuk  digunakan  di  jalan raya  Amerika...?  penterjemah)

Pada  waktu  yang  sama  dan  di  hari  yang sama,  Wahid  telah  mengumumkan   nama-nama  sekitar  enam  penjawat baru  di  Pertamina  dan  industri  mineral (galian)  -  satu  industri  yang  bersamaan  dengan  lombong  emas  Indonesia  yang  amat  diminati  oleh  Henri  Kissinger (dinamakan  juga  sebagai  lombong  hitam  kerana minyak  diiktiraf  dunia  sebagai  the  ‘black  gold’ (emas   hitam).

Pelbagai  jenis  mainan  yang  berbahaya   pun  bermula, apa lagi  sejak  Bush  dilantik menjadi  Presiden  Amerika  terbaru, dan  mainan  itu  semakin  rancak  menggila.

Cuba  kita menyorot  ke belakang  dan  lihat  akan  semua  mainan  itu. Pada  Mac  tahun  lalu,  kedutaan  Amerika  telah  melaporkan  betapa    kawasan  LNC  di  Utara  Sumatra  sedang  diganggu-gugat  dan  dijangkakan  pada  2001,  beberapa  operasi  di  situ  akan  dihentikan. 

Lapuran  yang  sama  melapurkan  projek  yang  baru  dan  besar  yang  direncana  di  kawasan  lain,  termasuk  di  Irian  Jaya  (di  satu  tempat  di  mana  terletaknya  lombong  kepunyaan  peribadi  Henri  Kissinger).  Tambahan  pula  ada  pihak  Amerika  yang  berminat  untuk  melipat-gandakan  pengeluaran  arang batu  di Sumatera  dalam  masa  lima  tahun  yang  akan  datang.

Sokongan  Amerika

Kalau  dianalisis  semua  maklumat  ini  dan anda  rumuskan  segala  rancangan  pembangunannya,  tentu  kita  akan  dapat  melihat  satu  lapuran  yang dipengaruhi konsep  Maciavelli  (yang  menghalalkan  cara). Cuba teliti  cara  permainan  ini:  Pertama,  dicetuskan  satu  krisis   di  pengkalan  LNG  di  Aceh  Utara  dengan  menggambarkan  wujudnya  aktiviti  pengganas   sehingga  mengganggu  keselamatan  pembekalan  bahan  tenaga  itu.(Menuduh  pembabitan  pengganas  memang  sudah merupakan kerja  lama  Kissinger  dan CIA  pada  1966  untuk  menjatuhkan Sukarno. Begitu  juga  dengan  masalah di  Timor  pada  1975,  di  Chile,  di  Congo,  di Bangladesh,  memang  hebat  penipuan  semua  itu.) Tetapi,  satu  penelitian mesti  menjaminkan  agar  kerajaan  Amerika  tidak  masuk  campur  dan  menjahanamkan  semua  itu.)

{Hoohoohoo!!!, bukankah itu  taktiknya sekarang  ini  di  Malaysia?  Anasir  asing,  kumpulan  militan  yang  mempunyai  bom  dan  pelancar  roket,  dan berpengalaman  ‘berjihad’  mengikut  tafsiran Mahathir  kerana  dia fikir ‘berjihad’  itu  adalah  laksana gerakan  polis  hutan  yang  mabuk  menyerang  rumah  Ibrahim  Libya  dulu.   Henri  Kissinger  mempunyai  ‘lodge’ tersendiri  dalam  pergerakan  Freemason di mana ramai pemimpin  dunia  Ketiga  adalah  ahli  istimewanya – penterjemah}

Kedua,  mulakan  ugutan  kenaikan  harga  bahan  bakar

Ketiga,  tutup  dulu  pengkalan  operasi  LNG dan  menjerit  minta  bantuan  kerana  tergugatnya  keselamatan.  Di  waktu  yang  sama,  tentukan  kawasan  ain  yang  baru  mahu  dimulakan,  seperti  perairan  North Ace  di mana  sudah didapati  simpanan  minyak  yang  banyak. Tidak  ada sesiapa  yang tahu  kecuali  orang  tertentu  akan  kedudukan  sebenar  North Ace  itu.

Keempat:   Mainkan  terus  dengan penuh  semangat  akan  ‘bahaya’  militan itu  sambil  berdiam membisu  melihat  lebih ramai lagi  wirawan  bangsa  yang  terkorban   nyawa mereka.  Inilah  caranya  untuk  menakutkan  kumpulan pejuang  bangsa  yang lain yang  ingin  mempertahankan  hak  mereka  di  kawasan  yang  mahu  diteroka.

Demikianlah, betapa  senario  di atas  terdedah  satu   persatu  laksana perjalanan  perakam  waktu. Pada  Februari  dan Mc  tahun  ini, Exxon  Mobil  mula  membuat  aduan  akan  ancaman  GAM  yang  dianggap  semakin  memuncak.  Sebaliknya,  GAM yang  memang tidak  bermasalah  untuk  menerima  pujian  kerana  pencabulan itu  terhadap  tentera  dan  Mobil  seandainya  mereka  bersalah, tidak pula  mengaku akan  tuduhan  itu.

Pada  awal  Mac, Exxon  telah  mengadu  betapa  seorang  pejuang  Aceh  telah  melontar  sebiji  bom tangan  ke  arah  pengkalan   merka  secara  berahsia. Tetapi  tidak  pula  sebarang  catatan  akan  berlakunya  kematian  ataupun  kecederaan  dalam  ‘serangan’ ini.  Timbalan  ketua  GAM  Tengku Sofyan Daud,  telah  marah  dengan  tuduhan  itu.  “Kami  tidak  pernah  mengancam  syarikat  itu  dan  kami  tidak  pernah  meminta  mereka  menutup  operasi  itu.”

Pada  8  Mac,  ExxonMbil  telah  menutup  pengkalan operasi mereka  seiring  masa  Gus  Dur  mengumumkan   ugutannya  untuk  menaikkan  harga  minyak. Sementara itu,  Bush  telah  menyatakan  sokongannya  terhadap  tindakan   tentera  Indonesia  terhadap   para  wirawan marhaen  Aceh.  Ketika  itu  pula,  Collin  Powell  telah  membuat  kenyataan   bahawa  dia  tidak mahu  adanya hubung kait  antara  hak  asasi  manusia dengan penjualan  senjata ( jadi,  apakah lagi  ada hubung kait  antar  dua  isu  itu, bukan?).

Pada bulan April Wahid  telah  mengarahkan  dilancarkan  satu  serangan  menyeluruh  terhadap  rakyat  Aceh,  dan  kali  ini  menyeluruhi  masyarakat  marhaen.   Semakin  banyak  mayat yang bergelimpangan,  para pegawai  Exxon  semakin  diam  membisu,   melepaskan  tangan   menyaksikan  semuanya  berlaku; merelakan  tercetusnya  pengorbanan  manusia  yang   tidak  berdosa  itu.

Sejak  Februari,  sekurang-kurangnya  400  marhaen  Aceh  telah  terkorban,  ada antaranya  masih  bayi, mati  dengan  dahsyat  sekali.  Di waktu yang sama,  terpampang  di  laman webnya,  Pertamina  mengeluarkan  kenyataan  memberi  nasihat  kepada  para  pengusaha  minyak  betapa   “kekacauan” yang berlaku itu  bersifat  sementara  dan  sudah  tentu  tidak  akan  menjejaskan  prestasi  mereka  seluruhnya.

Laman  web  yang  sama  mengulang-ulang  kenyataan  majlis  keselamatan  PBB  keluaran  1953,  yang mencatatkan  kesanggupan  melancarkan  “tindakan  wajar”   seandainya  syarikat  minyak  dihalang  untuk  beroperasi.

Pemegang Saham  Yang  Membisu

Yang lebih  menakutkan  saya -  seperti  yang sepatutnya  menakutkan  juga  semua  warga  Amerika  -  ialah  betapa  negara  kita  ini  sedangkan  dikendalikan oleh para  eksekutif  - manusia  yang  datang  daripada kelab  yang  sama dianggotai  oleh  para  perompak  besar-besaran  ExxonMobil  di  Indonesia  itu.

Semakin jelas  kin  betapa  semua  manusia  ini  mempunyai  sikap  yang  serupa.  Kini  diulang tayang kembali episod  lama yang  menjatuhkan  Sukarno  dan  melonjakkan  nama Suharto   yang  kemudiannya  mengeluarkan  upahan  tinggi  kepada  mereka  yang  membantunya. Konsortium  Bush-Cheney,  kini  tidak pun  membuang  masa  untuk  menunjukkan  hadiah  yang  digantung  tinggi-tinggi,  meminta  dikendurkan  segala   peraturan,  mahukan  dibenarkan  kerja-kerja  penggerudian  yang  lebih  bebas,   memomokkan  ugutan  adanya  krisis  kekeringan  bahan  tenaga  dan  menaikkan  harga  minyak  di pam  bekalan. Di waktu  yang  sama  segala  kawasan  dara  dikaut  dan  sauk  peluang yang  ada untuk memperkenalkan perundangan  negara   agar  tanah persendirian  pun  boleh  diambil alih  untuk  kerja-kerja  penggerudian  minyak.

Beberapa  peristiwa   kebakaran  di  kilang penapisan  minyak  dan  peristiwa kegelapan  yang  sering  berlaku  adalah  fenomena  yang  tidak  banyak  bezanya  dengan  kisah  misteri  adanya  bom  tangan  yang  dicampakkan.

Kalau kita  cuba  memperhatikannya,  rencana  bahan  bakar  Bush  ini  telah diceduk  dengan  bulat-bulat  daripada  lapuran  Baker  Institure  yang  berjodol  “Strategic  Energy  Policy  Challenges  for  the  21st Century  Report”. Inilah  lapuran  yang  disediakan  oleh  satu  pasukan  petugas  yang  termasuk  dua  dozen  pakar  industri  minyak  dan  juga  Kissinger  Associates  (yang  kini  bertukar  nama  menjadi  McCarty  Kissinger).

Bagaimanakah  mungkinnya  menghalang  raksasa  (itulah  perkataan  yang  digunakan oleh  seorang  penulis  Indonesia sebagai  menggambarkan  kerajaan yang  dirangsang  oleh  industri   minyak) bajingan  ini?  Persoalan yang  mendesak   agar  dikemukakan  ialah:  Kenapakah  para  pemegang  saham  diam  membisu  terhadap  segala  jenayah  yang  dilakukan  oleh  syarikat  mereka  sedangkan  mereka  mempunyai  hak  ke atas  kepentingan  itu?

Kenapakah  masih  ada  lagi  manusia yang  sanggup  memegang  saham  Exxon  setelah  mengetahui  akan  segala  jenayah  ini?   Apakah  wang  sudah menjadi  begitu penting  - walaupun  sudah  ternyata  kebajingannya -   sehingga  perkara  kebajingan  itu  didiamkan  sahaja?  Tibalah  masanya  untuk  semua  rakyat  yang  berfahaman  demokrat  yang kini  merupakan parti  pembangkang,  menyedari   betapa adalah  sukar  berkompromi  dalam  hal  ini. Malahan  bersekongkol  dengan penjenayah  yang kaya  raya  ini  akan  membawa  padah  yang  amat  besar  bahananya.


Cheryl  Seal  ialah  seorang  penulis  bebas  Amerika.  Tulisannya  ini  harus  mencelikkan  mata  kita,  rakyat  Malaysia  akan  episod  penyerahan  ketua  pejuang  marhaen  Aceh  dan  kepada  beberapa  pembunuhan  pendatang  Aceh  yang  mencari  perlindungan  di  negara  ini.

Yang lebih penting  harus  difikirkan  ialah  segala  taktik  yang  dipelopori  oleh  Henri  Kissinger  sudah  masuk  meresap  untuk  menghantui  keharmonian  negara  ini.  Kissinger  nampaknya  sudah  berjaya  mengirimkan  rencana  dan  sumber  tenaga  untuk  mempertahankan  rakan  sekongkolan Pergerakan Freemason yang  juga  merupakan  Presidennya di   Malaysia.

Tamat.