BA: PAKATAN YANG RAPUH?

Apakah barisan pembangkang tidak mampu memerintah Malaysia? Demikian soalan-soalan datang dan pergi sehari dua ini sebaik sahaja Pengerusi BN, Mahathir Mohamad menghentam Barisan Pembangkang yang disifatkan palsu, rapuh dan sebagainya. Sehari sebelum itu Ahli Parlimen Parit Sulung juga memukul habis-habisan barisan pembangkang yang disifatkannya gabungan palsu yang bakal berkubur sama seperti berkuburnya Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat tidak berapa lama dulu.

Mamak Tongkang (PM Haprak) itu  menyifatkan pakatan pembangkang adalah Barisan Tiruan yang tidak akan dapat dilahirkan ke alam realiti kerana beberapa masalah yang disebutkannya seperti tidak adanya persefahaman antara Pas dan DAP khususnya dalam isu negara Islam. Demikianlah konvensyen BN 2001 itu keseluruhannya memukul parti-parti pembangkang habis-habisan.

Soalnya apakah benar tuduhannya itu. Tentu kita tidak yakin melihatkan kejayaan Pas memerintah ke dua-dua buah negeri di Pantai Timur itu  semuanya berjalan dengan baik sekalipun ada tohmahan dan pengeliruan fakta lewat kaca TV dan akhbar-akhbar arus perdana berbahasa Melayu. Tetapi betulkah pakatan pembangkang atau apa yang kita semua namakan sebagai Barisan Alternatif mempunyai ikatan yang rapuh seperti tuduhan Rais Yatim dan Pak Lah itu? Mungkin juga ikatan itu tidak begitu kuat, tetapi ikatan parti-parti komponen dalam BN juga tidaklah sekuat mana.

Memang kita harus mengakui bahawa di antara Pas dan DAP terdapat perbezaan mendasar terutama menyentuh soal matlamat dan falsafah perjuangan parti. Begitu juga di antara Pas dan PRM, di mana di antara keduanya terdapat beberapa berpezaan yang mendasar dalam masalah falsafah perjuangan parti. Tetapi apakah dalam perbezaan itu kita tidak boleh bersatu, tidak boleh menumbangkan BN, tidak boleh memerintah Malaysia?  Adakah Umno dan BN sahaja yang mampu memerintah Malaysia? Apakah mereka terlupa di negara-negara lain seperti Britain dan Amerika setiap lima tahun sekali bertukar parti pemerintah? Tetapi kita di Malaysia setiap lima tahun sekali hanya bertukar Agong, sedangkan parti yang memerintah tetap sama. Mungkin itulah yang menyebabkan PM, Umno dan BN angkuh dan takabbur kerana dia sahajalah yang memerintah Malaysia sejak merdeka.

Di sebalik semuanya itu BN sebenarnya kian gerun dengan kekuatan dan kepaduan Barisan Alternatif, sehingga memaksa Pengerusi BN itu menghentam BA pada setiap kali ada kesempatan, tidak kiralah dalam perhimpunan Umno atau BN. Kegerunan itu menyebabkan dia menuduh pembangkang dengan tuduhan yang bukan-bukan. Bahkan kini Islam militan mula bermain di bibir mereka dengan mengaitkan kegiatan Al Maunah  dan pasukan Jihad (entah asalnya dari mana) yang merompak itu ada hubungannya dengan pembangkang khususnya Pas. Kita pun kurang arif apa yang sebenarnya sedang berlaku di antara kedua pasukan itu, sehingga ia dikaitkan dengan Pas. Mungkin mereka ingin menuduh Pas sebagai militan, tetapi Pas sendiri tidak pernah memegang senjata yang bersigat  ketenteraan, sebab militan ada kaitannya dengan ketenteraan.

Begitupun kita haruslah mencari formula agar pakatan pembangkang atau pun BA mempunyai ikatan yang lebih kukuh dan padu, walaupun orang lain menuduhnya rapuh atau tiruan. Pas dan DAP haruslah sepakat dalam isu negara Islam. Jangan Pas jawap lain dan DAP pula jawap lain bila ditanya oleh para wartawan. Tahun 2004 tidaklah begitu jauh. Umno dan BN telah pun bergerak mengatur langkah. Puteri Umno mulai kelihatan bisanya. Program “anakku Ahli Umno’ mungkin dapat menarik sebilangan kecil generasi muda untuk menyertai Umno/BN. Sebab itu Barisan Alternatif  perlu ke hadapan selangkah atau beberapa langkah lebih maju dari Umno/BN. Jangan biarkan Umno/BN memperkuda rakyat Malaysia selamanya. Kita harus (mesti) mengalahkan mereka pada pilihanraya akan datang demi untuk mewujudkan Malaysia yang lebih adil pada tahun 2004.   

AlKundangi,
8.7.2001

Nota webmaster: Kerana raja penyangak itu gemar menghentam parti BA, maka kini sudah jelas kepada kita pemimpin yang suka caci mencaci itu bukan parti-parti pembangkang lagi. Malahan ianya dibuktikan oleh media perdana hari ini bahawa mereka yang gemar mencaci dan menghina orang lain terdiri dari pemimpin BN terutamanya ketua mereka serang Perdana Menteri yang 'haprak'!!. Tiada modal untuk berniaga bolehlah kita berhutang, tapi kalau tiada modal berpolitik, habis dihentamnya, dicaci, diperlekehkan bahawa kononnya hanya BN yang mampu memerintah/mentadbir negara ini. Apa punya cakap ini seperti orang yang tak masuk akal. Pemimpin politik hanya pandai mengarah itu, ini. Mentadbir kerajaan dilakukan oleh kakitangan kerajaan yang kini sudah sedia bekerjasama dengan pemimpin BA. Justeru itu kita lihat dalam institusi kerajaan sudah ramai yang menjadi ahli pari BA atau sekurang-kurangnya komited dengan perjuangan BA. Maka ini dilihat sebagai satu persediaan menerima kehadiran ahli politik dari parti BA ke dalam era pemerintahan Malaysia. Mahathir tidak boleh berkata dengan angkuh apa yang dimahukannya. Justeru ada yang 'lebih' berkuasa menentukan segalanya, maka biarlah keadaan menentukan s egalanya. .. ~ webmaster

Jumlah pembaca:orang