ISU NEGARA ISLAM

Al-Quran  memang sudah pasti mempunyai daya motivasi yang amat dinamik menjadikannya suatu panduan manusia tidak mengira bangsa dan agama serta berada dizaman apapun ianya tetap sesuai diguna pakai dan manusia akan lebih maju dan menikmati ketamadunan peringkat maksima.

Berikut adalah panduan-panduan bagi sistem kehidupan manusia sejagat yang secara terang disebut dalam Al-Quran untuk memandu arah kehidupan manusia antaranya ialah:-

1.                  Sistem Politik dalam Surah Al-Anfal 8/72

2.                  Sistem Sosial alam Surah Al-Baqarah 230-236

3.                  Sistem Ekonomi dalam Surah Al-Baqarah 2/276-277

4.                  Sistem Pengadilan/Kehakiman dalam Surah Al-Baqarah 2/283

5.                  Sistem Pertanian dalam Surah Yasin 36/35

6.                  Sistem Profesional dalam Surah Al-Kahfi 18/79

7.                  Sistem Ilmiah/Kebudayaan dalam Surah Al-Baqarah 2/140

8.                  Sistem Perindustrian dalam Surah Saba’ 34/11

9.                  Sistem Pendidikan dalam Surah Fussilat 41/33

10.              Sistem Ketenteraan dalam Surah Al-Nisa 4/94

11.              Sistem Fungsional dalam Surah At-Taubah 9/60

12.              Sistem Moral dan Keagamaan dalam Surah Al-An’am 6/60 dan Yunus 10/14

Manusia sudah pasti terjamin hak-hak kehidupannya apabila berada di bawah kuasa pemerintahan yang mengguna pakai sistem yang terkandung dalam Al-Quran. Dari fakta-fakta sejarah para ilmuan barat berlumba-lumba menterjemahkan Al-Quran kerana mereka menyedari ianya begitu sistematik lagi lengkap.

Robart Chester orang pertama menterjemahkan Al-Quran dalam Bahasa Latin pada tahun 1135 Masihi dan dilengkapkan oleh Robert Ketton pada tahun 1143 Masihi. Pada tahun 1616 Masihi terjemahan ke dalam bahasa German oleh Schweigger. Bahasa Perancis pula diterjemahkan oleh Du Ryer pada tahun 1647 Masihi. Terjemahan ke bahasa Russia pada tahun 1776 Masihi. Alexander Ross telah menterjemahkan Al-Quran ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1649 Masihi dan beliau orang yang pertama menterjemahkannya dalam bahasa Inggeris. 

Marilah kita seluruh rakyat marhaen sama-sama menjayakan misi Al-Quran. Berfikir dan berpandangan secara terbuka , rasional lagi profesional bukan jumud seperti pemimpin BN. BN terlalu emosional , melatah dan kurang profesional dalam pemahaman tentang Al-Quran lebih-lebih lagi bila memperkatakan isu Negara Islam atau pelaksanaan Hudud. Ingatlah kita semua Allah SWT lebih arif lagi maha Bijaksana. Dekatilah Al_Quran. Bagi yang muslim mula dari sekarang mendalami ilmu tafsir Al-Quran dari Ulama’ bukan Ular mak.

Dan kewajipan kita semua untuk sama-sama menyampaikan serta ingat mengingati. Bukan sekadar yang berstatus pemimpin sahaja bertungkus lumus menangani hal-hal sebegini. Perbanyakkan penerangan secara terbuka dan global bukan disempitkan hanya untuk yang beragama Islam sahaja.

Bagi yang bukan muslim fahamilah melalui terjemahan berbagai bahasa jangan lupa yang original kerana ada di pasaran terjemahan Al-Quran diselewengkan dengan maksud-maksud tersembunyi samada sengaja atau tidak disengajakan. Sertailah penerangan yang diberikan oleh pemimpin BA agar mendapat maklumat yang sahih. BN memang begitu gerun jika sekiranya rakyat marhaen dapat penjelasan yang sebenarnya konsep tentang Negara Islam oleh BA. Tiada yang mustahil bukankah Malaysia BOLEH ?

Wallahu A’lam.

Hagnet fakaw naw

Jumlah pembaca:orang