Siapa Rampas Siapa Dan Parti Tiruan?

Tok Mat, bekas Menteri Penerangan, bekas S/U Agung UMNO, bekas Duta dan sekarang masih jadi setiausaha agung BN telah membuat kenyataannya berkaitan pilihanraya DUN Likas baru-baru ini, bahawa BN tidak akan merampas kerusi rakan kongsi dalam BN dengan membandingkan seperti parti dalam gabungan BA yang kononnya merebut kerusi parti dalam gabungan mereka. Sebagai rakyat marhaen yang celik politik, berfikiran matang dan dewasa dalam arus perdana politik Malaysia, bahawa BA adalah gabungan empat buah parti pembangkang utama di Malaysia, mereka sudah didewasakan oleh susur galur perjalanan politik tanah air.

Justeru meletakkan calon untuk setiap pilihanraya yang akan ditandingi bagi melawan parti BN, BA telah mengambil satu budaya politik baru, di mana kerusi tradisi bukanlah kriteria untuk parti dicalonkan, tetapi lebih berdasarkan dan berpaksi kepada kekuatan, sokongan pengundi akar umbi dan kaji selidik, selain pendekatan dan strategi semasa serta terbaru. Berbeza dengan BN mereka akan mempertahankan diri sampai bila-bila kerusi itu, sekalipun rakyat sudah muak dan bosan dengan kepimpinan basi, tidak proaktif dan tidak produktif. Cara ini, telah memberi ruang terbaik kepada BA menyerang parti dan calon mereka di Likas misalnya. Selama mewakili kerusi Likas apakah agenda besar calon SAPP/BN telah lakukan untuk rakyat Sabah yang pelbagai kaum di Likas.

Pengerusi BN pula, ketika berucap di konvensyen BN di Kuala Lumpur, kata-katanya penuh dengan dendam, hina nista, adu-domba dan sikap ego bercampur kenyanyukan melampau. Liurnya sudah basi tidak berbisa lagi, antara yang penulis terbaca ialah parti Barisan Alternatif tiruan. Rakyat bertanya tiruan dari mana, siapa BA tiru?. Dan apakah BN parti original dan bukan tiruan?. Setahu rakyat, BN adalah klon dari parti perikatan dulu.

Insya-Allah, dalam penamaan calon DUN Likas nanti rakyat akan tahu siapa rampas kerusi Likas di kalangan parti-parti BN. Pembangkang Sabah kita harap akan bersatu untuk menakluki DUN Likas sebagai satu strategi kemenangan BA tahun 2004 nanti.   Sekian.

  Ibnu Sabah,   9.7.2001M.

Jumlah pembaca:orang