Bersekutu Jauhi Pilihanraya Kecil Likas

KOTA KINABALU, 11 Julai (Bernama) - Parti Bersekutu hari ini mengesahkan ia tidak mencalonkan mana-mana calon pada pilihanraya kecil Likas 21 Julai dengan mendakwa bahawa senarai daftar pemilih masih tercemar dengan pengundi hantu.

Presidennya Datuk Monggoh Orow berkata parti itu telah menggesa agar senarai daftar pemilih dibersihkan tetapi berdasarkan maklumat balas, senarai itu didakwa masih mengandungi 4,815 nama pengundi hantu, kira-kira 1,800 daripada mereka di Pulau Gaya.

"Bersekutu tidak mahu menyertai pilihanraya kecil itu kerana dengan berbuat demikian ianya sama seperti membiarkan dan menyokong tindakan salah pihak berkuasa kerajaan yang relevan yang mengekalkan senarai daftar pemilih yang masih tercemar dengan pengundi hantu," katanya dalam satu kenyataan.--BERNAMA