BAGAIMANA SPR MENIPU (PECAH AMANAH)

Suruhanjaya Pilihanraya adalah badan penting dalam memastikan lancarnya perjalanan pilihanraya. Ia dibantu oleh anggota polis dalam menjalankan tugas ketika pemilihan bakal kerajaan dilangsungkan. Ia sewajarnya adalah badan bebas yang membantu rakyat dalam memilih kerajaan. Tidak boleh ia dipengaruhi mana-mana parti politik.

Namun sejak seawal pilihanraya diadakan, elemen penipuan sudah pun berlaku. Segala perlakuan yang ibarat ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ ini hanyalah satu tujuannya- memastikan kemenangan berterusan Kerajaan yang di bawah BeEnd yang diterajui Umno. Mereka sejak berzaman menipu hak rakyat.

Ada beberapa peringkat penipuan yang dilakukan. Bermula dari senarai pengundi sehinggalah ke hari pengundian. Hodoh! Memang hodoh sekali sistem pengundian di negara kita yang kononnya maju serta mempunyai satu wawasan yang dikokokkan ke seluruh dunia. Kita menuju negara maju dengan persiapan fizikal rupa bumi Kotaraya. Kita ada Menara KL, menara kembar KLCC untuk menyaingi negara maju dari segi luarannya, tetapi tidak sanggup meniru sistem barat yang membolehkan pendaftaran pengundi sehari sebelum Pilihanraya.

1.   Penyelewengan terulung ialah apabila setiap 10 tahun kerajaan memerintah boleh mengubah sempadan pilihanraya. Persempadanan semula itu akan diwar-warkan sebagai langkah untuk kebaikan rakyat sebagai pengundi. Kununnya, ia akan memudahkan rakyat dan sekaligus wakil untuk berjumpa. Namun hakikatnya- tidak lain untuk memastikan kerusi kekal dalam tangan pemerintah.

‘Gerrymandering’ ialah istilah terkenal dalam penipuan persempadan kawasan pilihanraya. Telah pun diamalkan di Malaysia secara meluas namun tidak begitu disedari. Kalau diteliti di atas peta, seseorang pasti geli hatinya melihat sempadan yang meliuk-lentuk mencakupi penempatan pengundi. Suruhanjaya Pilihanraya seolah-olah permainan PAC-MAN yang dikawal oleh BN memakan /memetakan penduduk mengikut taburan penyokong mereka.

2.   Tidak cukup dengan itu, dimasukkan pula ‘pengundi hantu’ dalam sesuatu kawasan pilihanraya sekiranya pilihanraya secara bebasnya mengundang kekalahan. Dalam episod terbaru- pilihanraya kecil LUNAS boleh menegakkan hujah ini. Begitu juga keputusan mahkamah di Sabah yang membatalkan keputusan Pilihanraya LIKAS. Tektik kotor Kerajaan sekarang semakin ditelanjangi oleh rakyat maupun mahkamah. Mereka terdesak sekarang. Walaupun pilihanraya Kecil Likas akan diadakan sedikit masa nanti, SPR telah diminta menangguhkan sementara pilihanraya kerana senarai pengundi belum benar-benar bersih!! Khabarnya hanya 126 pengundi hantu digugurkan- sedangkan kajian menunjukkan lebih 4000 hantu yang terlibat dalam menafikan hak penduduk tempatan!

3.  Penipuan di HARI PENGUNDIAN:

a) Ada beberapa laporan dan rungutan yang mengatakan bahawa senarai daftar pemilih antara pondok panas di luar pusat mengundi tidak sama dengan yang dipegang oleh pegawai SPR. Sekali pandang tidak logik, namun bila diteliti akan matlamat mereka yang kemarukkan kemenangan- rungutan itu tidak boleh dipandang sepi. Sesuatu mesti dilakukan. Di sinilah letaknya ‘gol percuma’ bagi parti pemerintah. Dengan bantuan kakitangan SPR yang menjaga setiap bilik pusat mengundi, mereka menjual hak rakyat sendiri.

b) I/C tidak dipandang, resit parti jadi RESMI: Terdapat pegawai SPR yang tidak mahu menggunakan  kad pengenalan pengundi sebagai rujukan untuk mendapat kertas mengundi. Mereka meminta kertas yang berlambangkan parti samada BN ataupun BA sebagai rujukan. Di sinilah penipuan mengambil tempat. Dengan sekeping kertas itu saja seorang pengundi hantu akan mempengaruhi keputusan pilihanraya. Pegawai SPR terbabit akan menggunakan nombor rujukan pada kertas terbabit dan terus membaca butir-butir pengundi dari buku daftar yang berada di atas mejanya!!

Sedangkan nombor kad pengenalan pengundi tidak sama dengan nombor yang tertera dalam daftar mengundi di pondok panas parti terbabit. Pihak BN/UMNO hanya menggunakan nama saja dengan nombor kod rujukan resit dengan kerjasama pengkhianat negara dalam SPR. Rupa-rupanya dalam senarai pengundi dalam bilik mengundi yang dipegang oleh pegawai SPR ada nama pengundi tadi- PENGUNDI HANTU!!!

c) Selain dari itu ada juga aduan yang mengatakan penggunaan kimia khas yang mampu melarutkan tanda yang dibuat oleh pensel. Setelah beberapa lama di dalam peti undi, secara automatik tanda karbon melesap. Kebiasaannya kimia khas itu dikenakan pada ruang parti Alternatif. Ada juga aduan yang mengatakan sudah ada sedikit tanda awalan pangkah pada bahagian parti BN. Lantas kalau dipangkah bahagian Parti Alternatif, kertas akan dikira ROSAK!!!!

LANGKAH MENGATASI:

Bermula dari sekarang pihak BA sewajarnya menekankan betapa pentingnya SPR diletakkan bawah Parlimen. Usaha hendaklah lebih gigih apatah lagi dengan keputusan Pilihanraya LIKAS yang telah membuktikan pengamalan sumbang dan berniat jahat oleh Parti pemerintah.Pengundi hantu adalah fenomena biasa dalam pilihanraya Malaysia. Kejayaan BA di Pilihanraya kecil Lunas adalah hasil penyekatan berleluasanya pengundi hantu. Langkah-langkah lain yang perlu adalah seperti berikut:-

1) Haramkan semua resit parti yang membawa nombor kod dari digunakan ketika pengundian. Wakil parti dalam bilik mengundi mesti membantah penggunaan kertas tersebut sebagai rujukan. 

2) Tingkah laku yang mencurigakan oleh pegawai SPR mestilah dibantah oleh wakil parti ketika itu juga. Jangan biarkan mereka memberi undi bonus kepada parti haprak itu. 

3) Hendaklah setiap pengundi diajar mengesat kertas undi terlebih dahulu sebelum membuat tanda. 

4) Hanya KAD PENGENALAN yang boleh digunakan sebagai rujukan hari pengundian. 

5) MENANDA jari setiap pengundi yang telah menyempurnakan tanggungjawabnya dengan menggunakan dakwat khas yang bertahan sehingga seminggu. Jika susah larutan Gentian Violet yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan pun boleh dipakai- bincanglah sama Chua Jui Meng!!

Semuga penulisan ini membantu serba sedikit perjalanan pilihanraya kecil LIKAS. Semuga kerja baik kita diberkati Yang Maha Esa dan biarlah Yang Maha Adil itu menghukum setiap yang menipu. Apabila datang kebenaran kebatilan pun akan lenyap.

Dr Nologareng

Jumlah pembaca:orang