UMNO beri MCA universiti, MIC pula dapat bank Melayu

Assalamualaikum,

UMNO beri MCA universiti, MIC pula dapat bank Melayu

Pada hujung minggu pertama bulan Julai, 2001 ini, kerajaan Dr Mahathir telah memberi kebenaran kepada MCA untuk menubuh universiti yang kian lama diidamkan oleh MCA. Kita tidak lupa bagaimana isu ini begitu hangat lagi sensitif pada suatu ketika dahulu, dan bagaimana UMNO yang original (bukan UMNO celup yang ujud sekarang ini)telah membantah dengan kerasnya. Dan kita tidak lupa bagaimana Musa Hitam semasa memegang jawatan Menteri Pelajaran telah dengan tegas dan muktamad menolak penubuhan universiti MCA tersebut.

Mengapa UMNO (Baru) yang ditubuh oleh Dr Mahathuir menghidupkan semula isu yang sensitif ini mudah untuk dibaca. Jelas tujuan UMNO adalah untuk membodek dan memulihkan sokongan kaum Cina yang semakin berpaling kepada pembangkang. Langkah ini juga bertujuan untuk memulih serta memperkukuhkan kedudukkan Ling Liong Sik yang begitu goyang dan terancam. Ianya juga adalah muslihat untuk memerangkap BA. Sekiranya BA melatah dan membantah, maka arus perpindahan sokongan kaum Cina kepada pembangkang yang kian meningkat momentumnya akan terencat, dan ramai akan berpusing balik kepada BN.

Kini sudah jelas kenapa digembar-gemburkan isu pelajar-pelajar keturunan Cina yang mendapat keputusan cemerlang tetapi gagal mendapat tempat dalam IPTA, dan mengapa diberi gambaran palsu kononnya lebih 7,000 quota Melayu di IPTA tidak dapat dipenuhkan kerana kekurangan pelajar-pelajar Melayu yang berkelayakan. Kini jelas kenapa dikebelakangan ini pelajar-pelajar Melayu dibelasah, dimalukan dan dihina dengan teruk sekali oleh Dr Mahathir dan UMNO. Rupa-rupanya kesemuanya adalah sandiwara belaka ('to set the stage') untuk menjustifikasikan kebenaran yang kini diberi kepada MCA untuk menubuh universiti yang telah kian lama dikuburkan oleh Musa Hitam.

Sebenarnya yang dipertikaikan selama ini adalah kebenaran kepada sebuah parti politik untuk menubuh universiti, dan juga kerana universiti yang ditubuhkan oleh parti politik yang berlandaskan perkauman seperti MCA akan memperkukuhkan lagi sentimen serta segregasi perkauman. Ini yang dipertikaikan, dan bukannya usaha untuk memperbanyakkan lagi peluang bagi rakyat (tidak kira keturunan) untuk memperolehi pendidikan tertiary. Kalau tujuannya adalah untuk menambah tempat belajar, mengapa tidak ditawarkan sahaja kepada pihak swasta yang sudah pun menubuh dan menguruskan lebih seratus (100)IPTS yang kebanyakannya menawarkan kursus-kursus ijazah termasuklah yang dibawah twining programme dengan universiti-universiti ternama di luar negeri seperti Monash University.

Diketahui sesetengah pemimpin MCA (bukan sahaja dari khemah Ah Lek-Chua Jui Meng yang menentang Liong Sik) tidak berasa senang kerana mereka mensyakki UMNO mempunyai bermacam muslihat selain dari matlamat untuk menyekat orang Cina dari berpaling ke BA, dan matlamat untuk menyelamatkan Ling Liong Sik. Mereka mengetahui majoriti orang Melayu sudah tidak lagi sokong UMNO, dan UMNO sangatlah takut untuk menghadapi BA dalam pilihanraya 2004, dan antara lainnya UMNO akan, dalam keadaan yang terdesak ini, mencari helah untuk mengistihar dharurat untuk terus bergantung kepada kuasa.

Pemimpin-pemimpin MCA yang berkenaan mensyakki, dalam pada UMNO cuba mebodek orang Cina, UMNO juga akan mendalangi usaha untuk membakar kemarahan orang Melayu terhadap penubuhan Universiti MCA tersebut. Dan jika UMNO (secara dibelakang tabir) berjaya dalam menghasut orang Melayu, maka UMNO seterusnya akan mengeksploitasi dan menghala-tujukan kemarahan orang Melayu itu supaya memuncak menjadi rusuhan kaum "Mei 13 Episod Kedua". Sekiranya tercetus rusuhan kaum dari isu universiti ini, maka UMNO akan dapat terus memerintah dengan kuasa dharurat yang akan menjangkau tahun 2004 yang sekali gus bermakna pilihanraya 2004 yang digeruni oleh UMNO itu tidak akan diadakan. "Mei 13 Episod Kedua" yang juga dibawah arahan Dr Mahathir inilah yang sangat membimbangkan sesetengah pemimpin MCA itu.

MIC DAPAT BANK MELAYU.

Maka UMNO telah membenarkan MCA menubuh universiti untuk membodek kaum Cina. Apa pula cara yang digunakan oleh UMNO untuk mebodek kaum India? Caranya adalah membantu kaum India melalui pergabungan bank untuk menguasai Bank Bumiputera-Commerz yang telah digabungkan itu. UMNO telah memberi persetujuannya kepada hasrat MIC untuk menjadikan Bank Bumiputra-Commerz sebagai bank India untuk menggantikan Public Bank yang dimilikki kaum India yang telah bankrupt itu.

Sebaik saja pergabungan dilakukan hampir kesemuanya eksekutif kanan Bank Bumiputera telah disuruh berhenti dengan diberi 'golden handshake". Langkah tersebut telah memastikan jawatan-jawatan tertinggi dalam Bank Bumiputera-Commerz yang digabungkan itu dipenuhi oleh eksekutif kanan keturunan India dari Commerz Bank.

Di peringkat eksekutif pertengahan dan kakitangan pula, hampir kesemuanya 1,500 pekerja yang hendak dibuang dalam langkah 'downsizing' yang sudah bermula pada 5 Julai, 2001 adalah dari keturunan Melayu (yang sebelum pergabungan merupakan kakitangan Bank Bumiputera). Oh ya, kita tidak lupa kerajaan UMNO-BN berjanji pergabungan bank-bank tidak akan membawa kepada pembuangan pekerja-pekerja bank. Janji golongan munafik, mana boleh percaya.

Dan 1,500 yang hendak dibuang itu hanya peringkat pertama. Apabila downsizing exercise ini selesai nanti lebihkurang 5,000 kakitanngan dari Bank Bumiputera akan dibuang, dan Bank Bumiputera-Commerz akan menjadi bank India. Samy Vellu pun mempunyai modal untuk merayu kepada kaum India supaya terus mengundi BN sebagai tanda kesyukuran mereka kepada UMNO.

KES PENGANIAYAAN KEATAS PEKERJA BANK

Kini beberapa bank telah pun mula langkah mengurangkan tenaga kerja atas alasan pergabungan. Bank Bumiputera-Commerz sudah mengeluarkan surat dan butiran VSS dalam langkah membuang 1,500 pekerja. Ini baru fasa pertama. Objektifnya adalah untuk membuang seramai 5,000 kakitangan dari 8,000 yang sebelum pergabungan adalah kakitangan Bank Bumiputera.

Maybank juga dilaporkan sudah menawar golden handshake kepada sesetengah pekerja dan Rashid Husin Bank akan menyusuli. Rata-rata jumlah pekerja-pekerja bank yang akan diberhentikan kerja atas alasan 'downsizing' akibat dari pergabungan akan berjumlah 29,000 kakitangan. Bagi pekerja-pekerja di sektor ekonomi yang lain, mereka yang akan dibuang kerja (retrench) menjelang hujung tahun ini dianggarkan seramai hampir 120,000 orang pekerja.

Industri perbankan dikatakan 'in extremely bad shape' (dalam keadaan yang tersangat tenat). Dan ini semua adalah angkara Dr Mahathir dan kroni-kroninya serta orang-orang UMNO-BN dan 'contacts' mereka yang mempersundalkan amanah yang diberikan oleh rakyat untuk memperkayakan diri sendiri tanpa memikirkan kesan buruk yang teruk dan berpanjangan ke atas ekonomi negara. Mereka inilah yang meminjam ribuan juta dari bank-bank di dalam atau di luar negeri (dengan jaminan oleh bank-bank tempatan) dan telah tidak membayar balik. Hutang-hutang mereka di bailout oleh kerajaan Dr Mahathir (bermakna ditanggung oleh rakyat) sementara mereka terus hidup mewah dan berjoli sakan di rumah-rumah banglo dilereng-lereng bukit atau kondo-kondo mewah dengan kereta-kereta mewah mereka (ada yang sampai 17 kereta mewah), dan melancung ke tempat-tempat percutian yang masyhur di dunia, seperti Disneyland di LA.

Jangan hairan kalau dalam dua tiga tahun lagi ramai anak-anak muda kita akan terpaksa pergi ke negara yang lain untuk mencari kerja (macamlah yang berlaku kepada rakyat Indonesia, Filipina dan Thailand). Mungkin dalam beberapa tahun yang akan datang bila kita ke Mekkah untuk umrah kita tidak lagi hanya terdengar disebut "Filipino workers, Indonesian workers" tetapi kita juga turut terdengar disebut "Malaysian worker".

Sekian dulu.

Allahu Akbar!

Tarabulsi