PBS Kemuka 322 Nama Pengundi Tidak Layak Kepada SPR
 
 

KOTA KINABALU, 13 Julai (Bernama) -- Parti Bersatu Sabah (PBS) mengemukakan 322 nama pengundi tidak layak di Sabah, yang keterangan diri mereka adalah "meragukan da penuh persoalan", kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat.

Setiausaha Agungnya Radin Malleh berkata parti itu berbuat demikian sebagai maklum balas kepada permintaan SPR supaya dibuktikan pengundi tidak layak yang terdapat dalam senarai daftar pemilih.

"Persoalan mengenai kelayakan para pengundi ini timbul daripada hakikat bahawa mereka masih di bawah umur semasa mendaftar sebagai pengundi," katanya dalam satu kenyataan di sini.

-- BERNAMA