Likas: Pemuda Umno Yakin Pengundi Pilih Politik Pembangunan
 
Nota webmaster: Politik pembangunan akan dijalankan oleh sesiapa sahaja yang bakal diberikan kuasa pemerintahan. Justeru itu ini bukan satu alasan yang terbaik untuk rakyat menilai atau membuat pemilihan hendak menyokong parti mana. Jika hidup tiada kebebasan, pembangunan pun tiada ertinya lagi...~ webmaster

KOTA KINABALU, 13 Julai (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Umno Sabah yakin pengundi Likas akan menolak politik sentimen yang digunakan pembangkang, sebaliknya akan memilih politik pembangunan yang dibawa Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangannya Mohd Nazri Abdullah pada Jumaat berkata parti-parti pambangkang yang bertanding kini semakin terdesak dan hanya bergantung kepada politik sentimen untuk meraih sokongan.

Beliau yakin taktik pembangkang itu tidak akan diterima oleh rakyat khususnya pengundi di kawasan Likas, sebaliknya rakyat dapat menilai perbezaan antara pembangkang dengan BN.

-- BERNAMA