Pilihan Raya, Bukan Mahkamah Forum Tentukan Wakil Rakyat Likas
 
Nota webmaster: Ini berita sembrono oleh BERNAMA. Persolan yang timbul ialah sebelum menyertai sesuatu pertandingan, apakah kriteria yang menentukan seseorang itu layak untuk bertanding menjadi calun. Jika SPR atau rakyat tidak tahu latar belakang seseorang calun dengan mendalam, tindakan memberitahu kepada mereka siapa calun itu sebenarnya wajar diambil oleh pihak yang perihatin agar tiada yang tertipu, termasuklah mengambil tindakan yang lebih kukuh seperti tindakan mahkamah ~ webmaster

KOTA KINABALU, 13 Julai (Bernama) -- Forum yang wajar untuk menentukan orang yang paling sesuai mewakili penduduk Likas ialah pilihan raya dan bukan proses mahkamah.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Likas, Datuk Yong Teck Lee pada Jumaat berkata mana-mana pihak yang berpendapat mereka layak menjadi wakil rakyat Likas, perlu melalui pilihan raya kecil ini.

"Bukan melalui mahkamah...

kerana rakyat yang berhak untuk memutuskannya," kata beliau kepada pemberita selepas memulakan kempen dengan melawat para peniaga di pasar besar di sini.

-- BERNAMA