50 Dalil Kenapa BN Mesti Ditumbangkan Di Likas

Kalau BN bermati-matian mencari 50 dalil untuk menjatuhkan dan memalukan DS Anwar Ibrahim bekas TPM yang disayangi rakyat marhaen dengan mengupah penulis yang bermasalah, pengampu dan kaki fitnah. Sekarang sesuai dengan suasana pilihanraya kecil DUN Likas 2001 ini. Rakyat marhaen ingin menyenaraikan lebih kurang 50 dalil kenapa calon SAPP/BN di Likas mesti ditumbangkan, antaranya; 

1) BN dikepalai oleh Dr Mahathir, seorang Perdana Menteri kaki kelentong, pembohong zalim, bapak rasuah Malaysia, bapak pemfitnah Malaysia dan berlidah biawak (kaki putar belit). 

2) Calon BN di Likas Datuk Yong Teck Lee adalah pengikut dan kaki ampu Dr Mahathir, tidak layak bertanding kerana dibebaskan dari pelbagai tuduhan rasuah oleh bekas peguamnya dahulu iaitu Hakim Mahkamah Tinggi Sabah, Richard Malanjun.

3)  Seluruh pemimpin BN Sabah adalah pak turut, tukang ampu dan bersekongkol dengan perbuatan zalim, rasuah dan juga salah guna kuasa Dr Mahathir and Kroni's. 

4) Para pemimpin BN Sabah mementingkan diri, suku sakat, tauke dan kroni secara melampau. 

5) Kepimpinan BN Sabah tiada wibawa untuk memimpin dan memajukan rakyat dan negeri Sabah, melainkan melaksanakan projek pembangunan yang membawa keuntungan peribadi kepada mereka.

6) Pemimpin BN Sabah bertanggungjawab terhadap kerja-kerja mengancam keselamatan dan kedaulatan rakyat dan negeri Sabah dan Malaysia dengan sebab bersubahat dalam membenarkan warga asing/PTI menjadi pengundi dan mendapat IC dan tanah penempatan dengan menggunakan kumpulan Abu Sayyaf dari Filipina.

7) Datuk Yong Teck Lee telah menjaga kebajikan warga asing/PTI dengan memberikan mereka kawasan perkampungan di kawasan Likas. PERKARA INI WAJAR DISIASAT!. 

8) Para pemimpin BN Sabah menipu dan menindas rakyat marhaen dalam banyak perkara berkaitan kebajikan rakyat jelata. 

9) BN Sabah mengamalkan rasuah politik. Ini terbukti dengan pakatan dengan SPR dalam menyediakan senarai pengundi hantu. Pembatalan keputusan pilihan raya DUN Likas oleh Hakim Muhammad Kamil Awang jadi bukti penggunaan pengundi hantu oleh BN dalam sejarah politik negara. 

10) BN Sabah masih mengekalkan dan menyuburkan semangat perkauman dan anti agama di kalangan rakyat. 

11) Para pemimpin BN Sabah bersubahat dan bersekongkol menzalimi DS Anwar Ibrahim dan keluarganya dalam tuduhan fitnah rasuah dan liwat. 

12) BN mengekalkan undang-undang zalim seperti ISA, Akta Penerbitan dan Percetakan, AUKU. 

13) BN memperkudakan SPR supaya bersubahat menyenaraikan pengundi warga asing/PTI dan pengundi hantu. 

14) BN memperkudakan JPN dalam kerja-kerja memberikan IC kepada warga asing/PTI untuk maksud mengundi BN dan terlihat dalam pembunuhan Ketua Pengarah JPN Sabah dalam 'Projek IC Mahathir'. 

15) BN memperkudakan Polis untuk menakut-nakutkan rakyat, sebaliknya hanya menambahkan kebencian rakyat terhadap polis dan kerajaan BN.

16) BN mempergunakan instrumen dan jentera kerajaan seperti Kemas dan Kementerian Penerangan. 

17) BN memperalatkan pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang mudah dicucuk hidung untuk bersubahat dengan kerja-kerja politik mereka yang mengancam keselamatan dan kedaulatan rakyat dan negara, seperti dalam isu IC dan kewarganegaraan warga asing di Sabah. 

18) BN lebih banyak berusaha mengkayarayakan kroni dan suku sakat, nasib rakyat masih terabai. 

19) BN merampas hak-hak rakyat secara halus dan terang-terangan. 

20) BN memperbodoh-bodohkan rakyat marhaen dengan pelbagai slogan indah, tetapi mereka tidak menunjukkan tauladan dengan mengamalkannya. Slogan dicipta hanya untuk rakyat. 

21) BN Sabah terlalu tunduk kepada Dr Mahathir yang sudah nyanyuk dan tua serta tidal layak lagi memerintah. Negara menghadapi kemelesetan ekonomi yang berpanjangan semenjak 1998 sehingga kini masih belum pulih. 

22) BN tidak serius mengatasi isu warga asing/PTI di Sabah sebaliknya mempersendakannya terutama dalam isu penempatan semula setinggan di Pulau Gaya.

23) BN mempolitikkan isu PTI/warga asing di Sabah dan mengelirukan rakyat mengenainya. 

24) BN Sabah lebih mengutamakan warga asing/PTI Pulau Gaya dengan memberikan mereka penempatan di Kg Boronuon, Telipok, sementara rakyat tempatan terbiar tidak diuruskan penempatan yang sempurna. 

25) Kepimpinan kerajaan BN tidak mendengar suara hati rakyat Kg. Boronuon, Telipok dan para pemimpin masyarakat dan politik Sabah dalam isu ini, sebaliknya melaksanakan dasar mengikut kepentingan politik mereka. 

26) KM Sabah Datuk Chong Kah Kiat selaku pemimpin BN negeri lebih mengutamakan agenda peribadi dari kepentingan rakyat dalam memutuskan isu setinggan Pulau Gaya yang status kerakyatan mereka masih diragui. 

27) KM Sabah lebih tunduk kepada kemahuan orang atas dari kepentingan majoriti rakyat Sabah. 

28) KM Sabah lebih mengutamakan kehendak tauke, korporat dan juga peniaga dari kebajikan dan keselamatan rakyat Sabah dalam isu pemindahan setinggan Pulau Gaya yang masih diragui status warganegara mereka. 

29) Sikap kepimpinan BN Sabah dan pusat dalam isu setinggan Pulau Gaya cukup mendukacitakan rakyat Sabah, khususnya masyarakat di Telipok, Sabah yang akan dijadikan tempat buangan warga setinggan Pulau Gaya yang diragui itu. 

30) Tidak sepatutnya mereka berjanji kepada warga asing/PTI tanpa melihat undang-undang dan Perlembagaan negeri dan negara terlebih dulu. 

31) BN mengatur, mengurus dan mentadbir negeri dan negara macam mentadbir sebuah parti dan syarikat, ikut sesuka hati mereka, terutama ketua nyanyuk mereka itu. Lihatlah apabila Yong Teck Lee terbatal kuasanya sebagai Ketua Menteri, pelbagai keputusan yang dibuat mengenai dasar negeri tidak dibatalkan sama dan dianggap masih relevan, walaupun kuasanya Sebagai KM sudah dipertikaikan.

32) BN dan UMNO khususnya menjadikan kerajaan Malaysia seperti sebuah warisan milik parti UMNO dengan menafikan hak demokrasi dan kebebasan berpolitik oleh lain-lain parti. 

33) UMNO/BN lebih besar dari kedudukan institusi lain, samada instisusi beraja mahu pun kuasa Parlimen dan Dewan Rakyat dalam kerajaan Malaysia. 

34) Kepimpinan kerajaan negeri Sabah dikuasai sepenuhnya oleh kediktatoran Dr Mahathir. 

35) Budaya kontrol amalan Mahathir ini benar-benar menyusahkan pemimpin Sabah dan rakyat Sabah. 

36) BN merampas dan merompak hak-hak rakyat secara halus seperti yang dialami oleh rakyat Terengganu dan Kelantan, hanya kerana mereka mengalahkan BN di sana. Begitu juga apbila menewaskan Berjaya di Sabah suatu masa dahulu, BN menambahkan kekayaan mereka melalui perusahaan balak di Sabah yang diambilalih.

37) BN tidak lagi menghormati amalan demokrasi yang diamalkan di Malaysia, sebaliknya bertindak mengikut kepentingan politik mereka. 

38) Di Sabah, BN telah mendera rakyat di kawasan yang dimenangi oleh pembangkang dengan menyekat pelbagai kemudahan asas rakyat seperti kemudahan jalan raya, air paip dan elektrik. 

39) BN adalah sebuah parti kerajaan yang angkuh dan sombong dan menyangka hanya mereka yang layak mentadbir negara. 

40) Mereka menganggap segala harta rakyat dan kerajaan sebagai harta benda parti UMNO/BN, harta Mahathir dan anak-anak dan kroni-kroninya. 

Insya-Allah, akan disambung lagi... 

Ibn Sabah,
14.7.2001M

Jumlah pembaca:orang