Rakyat Likas Bersimpatilah terhadap Mangsa-mangsa Kezaliman ISA...

Majoriti rakyat Malaysia telah tahu akan kezaliman akta ISA yang dikenakan kepada para pemimpin BA khususnya pemimpin KeADILan, aktivis reformasi dan yang terbaru terhadap pelajar universiti. Rakyat juga tahun ketua parti kerajaan UMNO/BN sekarang ialah Dr Mahathir bapa lanun Malaysia, bapa rasuah Malaysia, bapa perompak harta rakyat Malaysia, bapa pembohong, ketua putar belit UMNO/BN dan ketua tukang fitnah UMNO/BN.

Memenangkan calon BN bererti rakyat dan pengundi Likas turut menanam saham kezaliman ISA, turut bersekongkol dengan kezaliman dan turut bersubahat dengan kezaliman Dr Mahathir, Pak Lah dan BN. Oleh itu, sekiranya rakyat dan pengundi Likas tidak mahu menyimpan saham kezaliman, kejahatan, tidak mahu bersubahat dan bersekongkol dengan kezaliman Dr Mahathir, Pak Lah, para pemimpin BN Sabah dan calon BN di Likas. MARI KITA TUMBANGKAN BN DI LIKAS, MARI KITA KALAHKAN DATUK YONG TECK LEE DI LIKAS, MARI KITA TOLAK CALON BN DI LIKAS DAN JANGAN, JANGAN DAN JANGAN PANGKAH LAGI CALON SAPP/BN DI LIKAS.

Cara rakyat dan pengundi Likas menolong dan bersimpati terhadap mangsa-mangsa kezaliman ISA Dr Badrul Amin (orang Sabah), Hishamuddin Rais (refomis, aktivis dan rakan seperjuangan DS Anwar Ibrahim sejak 1974 lagi), Ezam Md Nor (mantan SU Politik DS Anwar), Tian Chua (Naib Presiden Keadilan), Shaari Sungib (reformis dan pemimpin JIM), Lokman Adam (SU Pemuda KeADILan) dan dua orang pelajar yang ditangkap di bawah Akta ISA yang ZALIM..ZALIM..ZALIM.......DAN juga keluarga anak isteri mereka juga secara tidak langsung menjadi mangsa ISA.

Rakyat dan pengundi Likas tolonglah dan bantulah mangsa-mangsa ini. Bukan bantuan berupa wang ringgit atau harta benda. Tapi cukup dengan cara UNDILAH DAN PANGKAHLAH CALON KEADILAN PUAN CHRISTINA LIEW.

Jangan tunggu kezaliman ISA terkena kepada diri anda, keluarga dan anak-anak, suami atau bapa baru kita hendak bangun menentang kezaliman ISA itu. Dari sekarang dan saat inilah kita, sebagai rakyat dan pengundi Likas wajib melaksanakannya dengan cara TOLAK DAN KALAHKAN CALON SAPP/BN Datuk Yong Teck Lee, sebab dia juga telah bersubahat dengan kezaliman BN yang mempertahankan akta zalim ISA.

Rakyat dan pengundi Likas, MARILAH kita sama-sama membantu dan menolong mangsa-mangsa kezaliman ISA itu dengan kesedaran hati kecil kita, bukalah mata dan lihatlah betapa zalimnya BN pimpinan Dr Mahathir dan kroni-kroninya itu termasuklah pemimpin BN Sabah. Menzalimi dan memenjarakan musuh politiknya DS Anwar Ibrahim, TIDAK membenarkan Anwar memilih berubat di luar negeri (di Jerman) dengan alasan penolakan yang cukup jahat lagi penuh dendam. Mengurung para pemimpin KeADILan yang lantang bersuara mengkritik parti kerajaan pimpinannya yang sudah tidak diterima oleh majoriti rakyat Malaysia. Menangkap pelajar yang bersuara untuk membela nasib rakyat dan pelajar yang simpati terhadap perjuangan keadilan dan nasib rakyat marhaen.

Akhirnya, rakyat marhaen meminta sungguh-sungguh kepada rakyat dan pengundi Likas TOLONG, BANTU DAN BERSIMPATILAH anda terhadap nasib mangsa kezaliman ISA dan keluarga, anak-anak kecil dan isteri-isteri mereka yang dipisahkan secara zalim oleh Dr Mahathir, Pak Lah (Menteri dalam Negeri) dan kerajaan BN. Dengan cara cukup mudah TOLAK DAN KALAHKAN DAN JANGAN, JANGAN, JANGAN LAGI PANGKAH CALON SAPP/BN Datuk Yong Teck Lee. Tetapi anda sebagai rakyat dan pengundi Likas yang ada kuasa ditangan anda sekarang, GUNAKANLAH KUASA itu dengan MEMENANGKAN CALON KEADILAN, PANGKAH..PANGKAH DAN PANGKAHLAH CALON KEADILAN PUAN CHRISTINA LIEW.

"Sedar dan yakinkanlah diri anda rakyat dan pengundi Likas kuasa ditangan anda BUKAN ditangan Dr Mahathir, BUKAN juga ditangan KM Datuk Chong dan BUKAN juga ditangan Datuk Yong Calon BN, jadi gunakanlah kuasa anda itu dengan meletakkan di tempat seadil-adilnya dengan memenangkan CALON KEADILAN PUAN CHRISTINA LIEW. Dengan cara ini anda sudah selangkah dapat menolong mangsa-mangsa kezaliman ISA, mangsa kezaliman BN, mangsa kezaliman Mahathir, Pak Lah dan para pemimpin BN Sabah dan KL".

Sekian, UNDI DAN PANGKAHLAH CALON KEADILAN CHRISTINA LIEW.

Ibn Sabah, 14.7.2001M

Jumlah pembaca:orang