MERENUNG NASIB DI PERKAMPONGAN NELAYAN

Ada pun tersebutlah sebuah kisah di sebuah perkampongan nelayan yang rata-ratanya hidup susah. Ibarat kata rezeki ayam-kais pagi makan pagi. Tidak juga mereka itu malas ataupun berat tulang. Malah sentiasa saja hari mereka dipenuhi dengan gerakerja yang berkaitan. Mencari rezeki di lautan lepas sudah jadi perwarisan turun –temurun dari datuk kepada ayah dan seterusnya kepada cucu. Mungkin cicit dan piutnya juga akan mengharungi ombak lepas yang sama. Namun peredaran masa yang sentiasa saja bergerak telah mengubah suasana dan juga persekitaran. Pemandangan umum- nelayan tetap dalam kemiskinan biarpun emas tersalut dilengan isteri serantai dua.

Tidak seperti orang yang makan gaji- jauh sekali gaji menteri, nelayan akan mencari rezeki di penghujung malam untuk rezeki esoknya. Jika cuaca baik dan tepat pula tempat berlabuhnya pukat, akan berbaloilah penat-lelah untuk hari itu. Pendeknya rezeki tidak menentu. Dalam satu bulan, mungkin hanya 15 hingga 20 hari saja yang menjanjikan rezeki. Faktor surut pasang air yang berkait pula dengan purnamanya bulan menentukan pendapatan. Kalau tiba pula hujan ribut, sesetengah dapur mungkin pula tidak berasap.

Walaupun kemajuan material menyinggah juga dalam kehidupan nelayan, namun kewujudan ia dalam kehidupan tidak melambangkan kemewahan atau kesenangan seperti yang dipandang mata. Memang rumahnya berubah, televisyen,radio dan pinggan mangkuknya ada. Namun di sebalik keriangan mereka, terpancar kebimbangan atau ketidakpastian akan nasib generasi warisan seterusnya…….

Suasana kampong

Jangan anda fikir ianya seperti kawasan perumahan- apatah lagi jika kita bandingkan dengan Damansara Height  atau Bukit Tunku. Lebih kelakar dan zalim jika kita mengukur dengan menggunakan Singgahsana Putrajaya yang berharga RM17 juta itu (ini dakwaan MP BN dalam Dewan!!) sebagai neracanya.

Kampong nelayan di kawasan Pantai Barat Semenanjung umumnya berhampiran hutan bakau. Oleh itu kawasannya berlumpur dan pantainya tidak indah dipandang mata. Namun persekitaran begitulah yang menjadi tempat ikan,kerangan dan lain haiwan kecil memulakan kehidupan- tempat lahir!! Ikan kerapu,kerang,belangkas dan berbagai lagi hidupan yang orang kota hanya kenal di atas pinggan yang dihiasi segala daun bawang dan rempah-rempahan. Dalam persekitaran demikian jugalah nelayan membina tempat berteduh.

Di awal-awal tahun 30an sehingga 60an, ‘rumah’ yang didiami oleh kebanyakan nelayan hanyalah layak dipanggil danau atau pondok. Gambaran itu banyak dinukilkan oleh penulis sastera dalam negara kita. Bukan rekaan imaginatif- ianya benar belaka. Dengan bertiang bulat dan berdindingkan buluh serta berlantaikan upih. Hanya yang mampu saja agak selesa rumahnya. Namun kemudahan prasarana hampir tiada. Tandas yang hygenik, bekalan air bersih, tenaga eletrik adalah mimpi jua. Hanya yang berkemampuan saja merasainya. Ia milik orang kaya! Rumah pun kadang-kadang tidak bertingkap- hanya ditutupi plastik biru bertindihkan sekeping irisan buluh!!

Lampu adalah perkataan janggal di telinga, bagi yang agak mampu menggunakan pelita gasolin manakala kebanyakannya menggunakan pelita ayan sebagai sumber cahaya di malam hari. Peralatan eletrik seperti televisyen dan peralatan dapur adalah barangan mewah yang mengiurkan setiap suri rumah. Manakala tandas pula merupakan kepungan zink atau papan yang menggunakan khidmat air pasang dan ikan temekong sebagai agen penguraian. Air pula menumpang paip jiran sebelah dengan bayaran tertentu atau pun berkongsi paip awam dengan giliran tertentu mengalirkan ia melalui paip getah.

Dewasa ini keadaan itu banyak berubah, namun di mana-mana masih terbayang tanda-tanda kesusahan dan kemiskinan. Rumah walau sudah berdinding papan, tetapi uzur benar. Atap pun sudah menguning karat Zink dan kelihatan bertampal di sana-sini oleh tudung periuk maupun kepingan tin minyak atau kepingan zink berlambang parti memerintah.Anak-anak kecil yang walau sudah memakai baju T Pokemon atau Digimon seperti orang kota- rona kemiskinan tetap terpancar. Lelehan hingus dan daki di belakang telinga serta buncitnya perut kecacingan menceritakan segalanya.

Pembaikan atau pembaharuan bahagian rumah biasanya seiring dengan hari lebaran. Begitu juga pakaian anak-anak, ketika hari raya lah akan bertukar baru. Jika tidak hanya pakaian tahun lepas yang membaluti tubuh. Itu sudah kira baik, sesetengahnya tidak bertukar walau sudah dua kali raya bersilih ganti!!

KENAPA NASIB MEREKA DILUPAKAN

Nelayan Pantai Barat adalah antara penyokong fanatik parti Umno semenjak dari zaman Perikatan kapal layar sehinggalah zaman menggunakan kati dacing sebagai simbol. Bermodalkan ketuanan melayu dan falsafah membela nasib orang-orang Melayu, akhirnya Melayu di perkampongan Nelayan tertinggal dan terabai nasib mereka. Topik pembelaan nasib mereka bukan sekadar enjin sangkut, bot kecil atau pukat dan jaringnya. Tetapi lebh meluas- secara kseluruhannya- dalam ruang litup yang menyentuh peruntukan hak keistimewaan melayu itu sendiri seperti yang tercatat dalam perlembagaan.

Kita bertanya sekiranya dalam pemerintahan yang kununnya membela dan menjaguhi nasib melayu, begitu sekali TERUK dan SUSAH nya orang Melayu. Apa jadi sekiranya bukan lagi Melayu yang memerintah???? Kalau dalam kelalaian dendangan seruling Melayu- kemiskinan,kerosakan moral,penyalahgunaan dadah dan sebagainya yang teruk-teruk mewarnai kehidupan MELAYU. Apakah kesudahannya?????

Majoriti mereka menyokong barisan nasional yang dikepalai Umno.Mereka bukan pembangkang yang boleh dikaitkan dengan pengkhianatan bangsa seperti yang dilaung-laungkan kerajaan sekarang.Mereka adalah TOTOK Umno yang ditoreh kulit pun berdarah biru tua!!!! Kenapa mereka dibiarkan miskin??? Kenapa wahai pemimpin Umno?? Kenapa kamu asyik menuduh pembangkang membawa kemiskinan sedangkan belum sehari pun lagi mereka memerintah Negara Persekutuan ini???? Penipuan pun nak mega-mega????

Telunjuk lurus kelingking berkait

Alangkah lucu dan baghalnya mereka menuduh kerajaan PAS di kelantan dan Terengganu menyebabkan kemiskinan dan tidak tahu mengurus. Sedang tangan jahat mereka sendiri yang memasung segala keupayaan dan sumber di kedua-dua buah negeri. Lihat bagaimana mereka menjaga kebajikan rakyat. Rakyat marhain boleh terima kesusahan mereka kerana di pandangan mereka Menteri Besar pun hidup sederhana. Bukan macam pemimpin Umno, baru sekali jadi Yang Berhormat- KERETA bertukar baru dan selera pun sudah semacam hebatnya!! Sombongnya bukan main, sudah tidak pandang lagi ‘yit-yit’ gembalaannya yang menampal poster semasa pilihanraya. Diberitakan seorang wakil rakyat di DUN Kuala Perlis memenuhi ciri ini. Inilah yang merosakkan masa depan orang Melayu kerana mereka adalah pemimpin yang ‘available’- boleh dibeli oleh sang Towkey dengan harga yang murah!!!

Bapa borek anak rintik

Perkhidmatan mereka menjurus kepada pulangan yang memenuhi kocek. Mereka sanggup untuk tidak menandatangani sekeping borang buku pinjaman teks budak sekolah Melayu hanya kerana ia anak ‘orang PAS’ walaupun si ayah adalah orang kuat Umno. Itu lah tahap pembelaan dan perjuangan membela nasib Melayu. Mereka belajar dari pemimpin teratas yang lebih dahsyat lagi darjah kecurangan dan kezalimannya.Pemimpin picisan ini menjadi berani dan bersemangat kerana pemimpin yang di atas pun sama- malah lebih teruk lagi!!

Bukankan pemimpin agung atasan mereka yang membatalkan Royalti minyak Trengganu dan menukarkan kepada Ehsan? Bukankah mereka juga yang menyalahgunakan subsidi baja padi di Kelantan? Bukankah antara pemimpin mereka yang membatalkan panel klinik dan peguam usahawan yang menentang kezaliman mereka di melaka?? Kita bertanya apakah perlakuan keji itu menguatkan kedudukan ekonomi Melayu????? Apakah ianya mengembalikan kekuatan Umno Baru(a) di negeri terbabit???

Jika pemimpin atasan yang menguasai Dewan asyik beragenda jahat dan menyeleweng, mana mungkin nasib orang bawah terpandang dan dibela? Apakah mereka akan dengar teriak tangis anak-anak yang berhingus kelaparan?? Apakah mereka nampak budak yang copang-caping dengan kudis melekat di betis?? Buncit pula perutnya…!!!

Tersedu kah hati mereka melihatkan kepayahan ibu tunggal dan ibu tinggal yang banyak dalam komuniti?? Menangiskah mereka melihatkan anak-anak yang cerdik terpaksa memadamkan niat ke Universiti kerana keupayaan ayahnya yang terhad. Bolehkah mereka tersenyum sedangkan ada rakyat marhain yang memerlukan biaya pembedahan dan perubatan terpaksa mengemis dalam akhbar????

Tidak malukah Menterinya apabila sekolah mengutip derma untuk membeli komputer?? Tidak janggal dan pelikkah bila anak menantu kaya sedang institusi Melayu mendapat bahagian yang sedikit??? Tidak tercorengkah muka apabila anak menutup syarikat yang telah ditolong Danaharta dan tidak mengambil tanggungjawab terhadap pekerjanya???? Tidak HAPRAK kah seorang yang degil tetap bersajak Melayu sudah lupa, sedang rakyat menanti saat dan detiknya jatuh dengan berbagai tanda??? Tidak haprakkah beliau yang menangis dan berdoa untuk bangsa melayu sedang dia juga lah punca segala ANGKARA?????? Melayu tidak LUPA…….

Si Menteri Perdana Haprak itulah yang telah beragenda sehinggakan segala yang istimewa kepada orang Melayu sudah pun longsai dan musnah. Dengan keizinannya lah maka kita boleh nampak hancur dan lebur keistimewaan Melayu yang dijamin Perlembagaan. Mamak sekor inilah yang menjadi hamba ejen asing seperti Yakuza,Triad,Yahudi dan sebagainya yang menjahanamkan kedudukan kental ekonomi negara sebelumnya. Ini dilakukan melalui berbagai projek yang mega dan tidak berfaedah yang mewarnai pembangunan negara.

Berbalik kita kepada kesusahan dan kegelapan masa depan anak-anak bumi di tangan ayam jagoan Umno yang sering berpalit najis ekornya itu. Dalam keadaan perubahan struktur ekonomi yang pantas, hak mereka pula diculas oleh pemimpin yang diberi amanah. Kemana agaknya mereka akan pergi???. Bagaimana nasib zuriat seterusnya dalam menyambung kerja suci ini??? Wajarkah kerajaan Persekutuan yang dinakhkodakan Umno mendakwa mereka sebagai jaguh Melayu, sedangkan yang teruk dan susah hidupnya adalah bangsa itu sendiri?!!!!

Dr Nologareng.