BN Mendahului Bendera Dan Poster Di Likas...

Kibaran bendera dan poster parti-parti yang bertanding di DUN Likas selepas 4 hari kempen, BN masih mendahului. Tapi itu cuma bendera saja. Rakyat marhaen, mengharap dan berdoa agar rakyat dan pengundi Likas tidak akan terpengaruh dengan bendera/poster BN. Sebab itu macam umpan BN kepada rakyat Likas seperti ikan termakan umpan pancing akhirnya menjadi mangsa oleh pemimpin BN yang korup lagi menyalahgunakan kuasa yang dipinjamkan kepada mereka.

Ini cuma pandangan sepintas lalu sewaktu penulis berjalan bersama keluarga ke Likas sambil melihat sejauh mana kerancakkan perang poster di Likas. Insya-Allah, selepas ini akan kita lihat perkembangan seterusnya lebih kurang ada 5 hari lagi masa berkempen di DUN Likas. Kita mengharapkan rakyat dan pengundi Likas akan keluar mengundi pada 21 Julai ini dengan bekalan kesedaran politik BUKAN dengan pengaruh sogokan kebendaan atau RM yang ditabur oleh BN dalam kempen-kempen mereka sejak dulu hingga di DUN Likas kali ini.

Rakyat Likas marilah kita berfikir secara lebih bijak, matang dan bertamadun. Fikirlah untuk keselamatan agama, bangsa dan negara Malaysia. Wang ringgit boleh kita cari, tetapi apabila maruah bangsa, rakyat dan kedaulatan rakyat dan negeri serta negara Malaysia yang kita cintai ini tergadai. Macam mana hendak tebusnya. Kerana itu, UNDI DAN PANGKAHLAH CALON KEADILAN yang akan membawa satu budaya politik baru ke arah Malaysia yang lebih baik, adil dan demokratik.

Sekian.

Ibn Sabah, 
15.7.2001M.

 orang