SEMPENA 20 TAHUN KEDURJANAAN PIEMERINTAHAN MAHATHIR DI MALAYSIA

HARI-HARI TERAKHIR SEORANG DIKTATOR HAPRAK

Bahagian 1

Bila aku diminta untuk memberikan pandangan terhadap Mahathir Mohamad dan kepimpinannya menjelang tahun ke 20 pemerintahannya hari ini, aku seperti gugup untuk menyuarakan isihati ku. Bukan kerana takut akan kezaliman yang berlaku dan keganasan para SB dan polis dalam era pemerintahan Mahathrisme, tetapi kegugupan ku seperti tidak mampu melihat penipuan yang terang-terangan berlaku di hadapan mata. Apakah ini satu lakonan kehidupan sebenarnya? Atau adakah Mahathir masih bermimpi sehingga lakonannya selama ini telah tanpa disedari dinilai sebagai satu kebajingan oleh rakyatnya sendiri.

UMNO (Barua) yang baru mencecah usianya sepuloh tahun 'bergegar' akibat tuduhan fitnah salah laku ke atas DSAI ekoran pemecatannya sebagai TPM merangkap Menteri Kewangan pada 2 September, 1998. Tarikh keramat ini tidak mungkin dilupakan oleh rakyat Malaysia dan para cendikiawan kerana bermula dari saat itu kereputan UMNO semakin jelas, bukan hanya di kaca mata politikiawan tetapi amat jelas untuk dinilai oleh rakyat marhaen keseluruhan.

Justeru itu tidak hairanlah kebangkitan PAS dan kelahiran KeADILan telah menjadi semakin kukuh di persada politik tanah air. Tiba-tiba sahaja warna politik negara berubah dan laungan reformasi bergema di sana-sini seperti peperangan yang memuntahkan pelurunya menentang penipuan dan menyanggah kezaliman Mahathir.

Tercetusnya Drama Sauk

'Tink tank' Mahathir sudah menyiapkan beberapa episod drama untuk merealisasikan tuduhan terhadap DSAI dan menghadapi kebangkitan PAS. Justeru itu kita lihat dalam bulan September (bulan yang sama) kumpulan Al-Ma'unah ditubuhkan secara sulit sekitar beberapa ahli. Dalam beberapa bulan kumpulan ini berkembang biak dan mempunyai ratusan ahli dalam sekelip mata. Begitu juga dengan kelahiran kumpulan ini maka disusuli dengan pembinaan laman webnya untuk menunjukkan betapa sebuah kumpulan ajaran agama yang 'sesat' menggunakan segala kecanggihan untuk merasuk pemikiran rakyat negara ini bagi menentang YDP Agung.

Peristiwa perampasan senjata pada 2 Julai 2000 adalah cetusan kebangkitan rakyat yang terpengaruh dengan ajaran agama sesat dakwaan kerajaan BN sehingga tragedi ini amat sukar dipercayai bukan sahaja oleh rakyat marhaen, tetapi juga oleh anggota tentera yang mengawal Kem Gerik di mana peristiwa berlaku dalam sekelip mata. Maklumat dari seorang anggota risikan tentera yang menjaga setor lebih dua puloh tahun bertugas (kini sudah bersara) untuk mengeluarkan beberapa pucuk senjata memakan masa kerana ia dikunci dengan rantai. Ini kan jumlah bilangan 100 pucuk yang pastinya akan memakan masa berjam lamanya.

Manakala peluru pula tidak disimpan sekali dengan senjata. Ia dikunci berasingan dan pada kebiasaannya hanya 'penjaga setor' senjata itu tahu akan kedudukan simpanan peluru. Memang anih 'tragedi rampasan senjata' yang berlaku setahun yang berlalu itu kerana dalam 'sepuloh minit' sahaja senjata diaksikan untuk dipunggah dalam kenderaan pacuan empat roda. Komen penjaga setor itu; 'Mati hidup balik aku tak percaya' katanya merujuk peristiwa rampasan senjata di Kem Gerik. Lakonan ini dikuatkan lagi oleh ulasan sendiri oleh si pengawal setor senjata  Kem Gerik.

Menurut beliau beliau masuk syif menjaga setor berkenaan pada petang sehari sebelum kejadian. Tiba-tiba arahan datang meminta beliau pergi ke kem Banding. Sambil merungut anggota itu pergi juga ke kem Banding, walaupun beliau tahu adanya berita mengatakan 100 pucuk senjata akan dimasukkan ke kem Gerik pada lewat hari tersebut. Pada anggapan anggota berkenaan, si penggantinya pastilah akan bertanggungjawab menerima kemasukan stok 100 pucuk  senjata bersama peluru sedangkan beliau di arah ke Kem Banding untuk tugasan yang lain.

Maka dengan tercetusnya tragedi rampasan senjata pada suboh (3.30 pagi) keesokan harinya (yakni malam yang sama) maka berhari-hari lamanya anggota berkenaan yang bertugas menjaga stok senjata itu tidak mampu menerima kenyataan bahawa 100 pucuk senjata yang dihantar itu telah dirampas. Ini menguatkan lagi tuduhan bahawa rampasan senjata itu adalah satu episod drama lakonan pengampu Mahathir untuk merosakkan imej Islam pada perjuangan parti PAS.

Usaha membuang nama Islam pada perjuangan politik PAS semakin nyata apabila ianya menjadi agenda utama dalam persidangan Majlis Raja-raja yang berikutnya. Lakonan Al-Ma'unah bagi Mahathir, cukup sebagai satu bukti bahawa sudah wujud ajaran Islam yang menyeleweng sehingga dikaitkan mahu 'durhaka' kepada kepimpinan YDP Agong. Beliau fikir mampu melakukannya setelah apa yang dilakukan kepada gerakan Al-Arqam sehingga musnahlah sebahagian syariat Islam dari tertegak di bumi Malaysia. Namun DYMM Raja-raja masih waras dan menolak agenda Mahathir bersama UMNO baruanya menjadikan beliau semakin haprak dan semakin dibenci.

Modal Kepada Mahathir Untuk Polis Merusuh

Nampaknya 'durhaka kepada YDP Agong' menjadi modal kepada sipencacai Mahathir Mohamad dan para pengampunya dalam menangani kebangkitan rakyat. Begitulah dalam laporan yang kita dapati dari kejadian rusuhan oleh pihak polis dalam himpunan aman di hadapan kem Tahanan Kamunting semalam. Kita merasa tidak faham sejak bila YDP Agong tidak membenarkan rakyatnya berhimpun. Apakah ini satu muslihat anggota polis atau benar ianya datang dari YDP Agong. Jika benar baginda tidak membenarkan rakyat berhimpun dalam keadaan aman dan selesa mengapa setiap majlis dijemput rakyat meramai dan meraikannya?

Lakonan oleh pegawai polis mengatakan 'arahan YDP Agong' perlu dipandang serius oleh pelbagai pihak. Justeru itu saya berharap pihak parti pembangkang khususnya sila melihat isu ini sebagai sesuatu yang besar kerana jika benar pegawai polis ini menjual nama YDP Agong, adalah menjadi satu kesalahan besar kepada beliau kerana menjatuhkan imej YDP Agong sebagai takhta yang berdaulat sehingga menjadi tempat hinaan oleh para pengampu dan si pencacai Mahathir yang haprak itu.

(bersambung)

Helang Rimba