SEMPENA 20 TAHUN KEDURJANAAN PEMERINTAHAN MAHATHIR DI MALAYSIA

HARI-HARI TERAKHIR SEORANG DIKTATOR HAPRAK

Bahagian 2

Undang-undang Yang 'Double Standard

Beribu-ribu laporan yang dibuat oleh para pemimpin parti BA dan juga orang perseorangan terhadap pelbagai kepincangan yang berlaku dalam tiga tahun kebelakangan, yakni semenjak DSAI dipecat, nampaknya hanya dipandang sepi. Kita melihat terdapat banyak ketidakadilan berlaku. 

Umpamanya, lihat sahaja dalam kes Al-Ma'unah. Telah nyata dan terang-terangan bahawa memiliki senjata api secara haram, maka jika kembali kepada akta berkenaan maka kesalahannya seseorang itu boleh ditahan di bawah ISA tanpa dibicarakan dan boleh terus dijatuhkan hukuman. Namun kita melihat seolah-olah kerajaan BN khasnya di pihak pendakwaan, dalam kes ini seolah-olah mahu melaksanakan keadilan kepada pihak yang sudah nyata bersalah. Dalam negara kita. memiliki senjata api secara haram boleh digantung sampai mati. (Maaf, perbetulkan saya jika salah). Begitu jika anda memiliki dadah melebihi beratnya 1 kilogram.

Namun keadilan yang kita harapkan ke atas penahanan pemimpin BA seperti Ezam, Lokman Adam, Shaari Sungib dan yang lain-lainnya, yang jelas tiada bukti untuk dikaitkan dengan sebarang penggunaan senjata mahupun lastik, mengapakah tidak boleh dibicarakan secara terbuka sebagaimana yang berlaku ke atas kumpulan Al-Ma'unah. Mengapa mesti ISA digunakan ke atas musuh politik Mahathir.

Dalam kes Al-Ma'unah kita mencabar kepimpinan BN atau kepada pihak pendakwa raya untuk menjatuhkan hukuman mati ke atas kesalahan yang tersebut kerana mendatangkan ancaman kepada keselamatan  negara. Tetapi sikap pendakwaan seolah-olah mahu 'melepaskan' ketuanya dari sebarang hukuman. Kita meneliti perjalanan perbicaraan di mahkamah dan pelbagai aksi lucu dilakukan oleh Mohd Amin untuk dikaitkan sebagai perbuatan 'orang tidak siuman' agar terlepaslah segala hukuman ke atasnya.

Mohamad Amin dilaporkan bercakap seorang diri semasa perbicaraan berlangsung dan pernah dilaporkan juga beliau membalingkan selipar ke arah hakim.  Apakah ertinya ini? Adakah ini bermakna kerajaan akan memenjarakan beliau secara terhormat di Tanjung Rambutan  serata membebaskan segala tuduhan dalam episod Sauk ini?

Mahkamah Kangaroo

Semenjak Ariffin Joker dan Hakim Hacks Paul Augustine mengepalai 2 kes utama fitnah ke atas DSAI sehingga membawa ke pada hukuman penjara 15 tahun, kita merasakan bahawa mahkamah sudah diperalatkan demi nafsu seorang Perdana Menteri yang haprak kepada tugasnya. Walaupun kita memang sudah merasakan bahawa ada tangan 'gergasi' yang selama ini membayangi perjalanan mahkamah kes perbicaraan fitnah liwat dan rasuah kuasa DSAI, kita tidak menyangka 2 orang hakim yang sanggup secara terang-terangan 'takut' kepada ancaman sehingga menjatuhkan hukuman di luar tabii undang-undang yang ada. Maka selaras dengan pencabulan itu rakyat Malaysia bersetuju bahawa sistem keadilan mahkamah yang ada hanyalah laksana mengikut telunjuk seorang yang 'pengecut' hadir ke mahkamah, tetapi berhasrat ingin menguasai mahkamah.

Jelas segala bukti yang ada sebagaimana yang diwar-warkan oleh Mahathir Mohamad hanyalah di mulutnya sahaja. Sebagaimana mudahnya beliau melemparkan fitnah, tetapi tidak mudah untuk membuktikan secara terang dan jelas bahawa apakah maksud 'kita ada bukti' itu. Maka jadilah Perdana Menteri itu seorang yang amat haprak ke atas kata-katanya sendiri!!!

Drama berganti drama

Di tengah-tengah kemelut kita membicarakan keadilan dan kebenaran yang berlaku dalam sistem keadilan dan mahkamah negara, kita dikejutkan pula dengan tindakan ganas sekumpulan tentera Jihad yang dinamakan Kumpulan Abu Sayyaf. Kita dipertontonkan bahawa kumpulan ini bertindak ganas menyeberangi samudera luas dari kepulauan Filipina terus memasuki Laut Sulu dan ke perairan Sabah hingga ke pantainya lalu menculik sejumlah pelancong untuk dijadikan tebusan.

Meneliti tindakan Abu Sayyaf ini kita ada beberapa persoalan untuk dijawab. Apakah kumpulan ini menggunakan kapal yang amat canggih sehingga ianya bebas dari di kesan oleh radar pengkalan tentera kita di Sabah atau satelit yang berada di angkasa raya. Kita membelanjakan ribuan juta hingga bilion untuk melengkapi kemudahan canggih ini, tetapi dengan mudahnya ditembusi oleh kumpulan Abu Sayyaf.

Perkara kedua yang mesti kita fikirkan apakah jenis kapal atau bot yang digunakan oleh tentera Abu Sayyaf sehingga gagalnya tentera laut kita mengejar mereka sehingga mereka dapat melepaskan diri ke Filipina. Dan sekali lagi tentera ini mampu pula menembusi pertahanan laut tentera Filipina dan terus bersembunyi di kubu-kubu mereka dengan selamat. Ini adalah beberapa perkara yang amat anih untuk diperjelaskan.

Tidakkah perkara yang sebenarnya berlaku, apabila sekumpulan tentera Abu Sayyaf berunding dengan sekumpulan yang ditaja oleh kerajaan BN tetapi berlaku perselisehan faham sehingga kumpulan ini menahan tebusan lalu dibawa pergi. Ini ada kaitannya dengan apa yang telah dilihat oleh para wartawan yang sempat ke Filipina dan menyaksikan anak-anak muda Filipina memakai baju berslogankan 'Undilah Barisan Nasional' dan mempunyai cap dacing di sebelah hadapannya.

Inilah drama berganti drama yang mahu dipertontonkan kepada rakyat Malaysia dengan erti kata bahawa kerajaan ini semakin haprak dalam soal memenangi pilihan raya dan mengekalkan kuasa mereka yakni dengan menggunakan undi hantu.

Serangan ke atas parti-parti BA melalui Perhimpunan Agong UMNO

Kita tidak lupa dalam dua perhimpunan agung UMNO yang telah lalu atau jika nak kita heret perhimpunan agung UMNO 1999, 2000 dan yang terbaru 2001 maka sekali lagi pemimpin agung dan paling haprak itu menggunakan pentas Dewan Merdeka menghina perjuangan parti-parti BA khususnya PAS.  Seruannya, 'wahai orang-orang PAS' atau 'wahai orang-orang Melayu' mengheret kepada kita betapa ceteknya minda seorang yang bergelar PM ketika itu. Itu laungan yang dibuat dalam ketiga-tiga perhimpunan agung UMNO mutakhir ini.

Dan yang paling kita ingat sekali PM itu melaungkan kehaprakannya sambil melaungkan sajaknya 'Melayu Mudah Lupa' yang lebih jelas kepada kita akan wujudnya di kalangan elit Melayu yang lupa kepada tanggungjawab mereka sebenar untuk membela bangsa justeru kerana alpa mengumpul harta dan lupa hingga kepada bebanan hutang yang bakal ditanggung oleh anak bangsa di masa depan.

(bersambung)

Helang Rimba