Mula-mula  UTAR,  Kemudian  PUTAR
(First UTAR,  Then The Spin)

MGG Pillai

Setelah  diberikan lesen  penubuhan UTAR (Universiti Tunku  Abdul Rahman)  apakah  gerangannya tindakan  MCA  seterusnya?  Ia  tidak pun tahu, kerana  belum membincangkan  perkara itu.   Perkara ini belum  dibincangkan  lagi  kerana  sedikit  sangat  manusia  yang  tidak  sangsi.  Adalah  menjadi satu  amalan dalam  parti Barisan  Nasional membincangkan  secara  terbuka   sesuatu perkara,  asalkan perbincangan  tertumpu  kepada  perihal  memuji-muja  dan  mendewakan  wawasan  ketuanya.

Presiden  Dato’ Seri  Ling Liong Sik  berpendapat universiti itu  akan  menonjolkan  Malaysia  sebagai satu  pusat  pengajian  tinggi  yang  berwibawa. Bukan   begitu pula  pendapat  setiausaha  agung  parti,  Dato Seri  Ting Chew  Peh. Dia  yakin  universiti itu  bertujuan untuk   menyatu padukan  parti. Kita  boleh jangkakan  betapa  MCA  mampu   menonjolkan  keadaan  yang  mencelaru  dalam  usaha   cuba  memutar minda apa  yang  boleh  dilakukannya.   Sepatutnya para pemimpin parti hentikan  semua  cerita  dongeng ini  dan   tumpukan  usaha  terhadap  usaha  menubuhkan  universiti  itu.

Tapak bangunan  universiti belum  diketahui lagi, namun  Dr.  Ling  sudah  sibuk  mahu  menarik  pelajar luar negara   pula.  Masyarakat Cina  mahukan  sebuah  universiti  menampung pelajar  Cina  yang  tidak dapat  memasuki  universiti  tempatan. Sememangnya  Ling pintar  dalam  kerja  putar-memutar.  Kerana  itu  dia  yakin  UTAR  akan  menjadi  universiti yang   diminati.  Kalau kita  ikut cakap  dia  UTAR  akan merancakkan  kemajuan  ekonomi,  pelancungan,  perumahan  dan    bisnes  eceran negara.   Yang pasti, UTAR   tidak  akan  bergantung harap  kepada  masyarakat  Cina sahaja.  Tetapi,  setiausaha  agong  parti  mempunyai  pendapat  yang   berbeza.

Ling  telah  mencemuh  orang  lain,  seperti PAS,   yang mempertikaikan  kewujudan  universiti  seperti UTAR,  yang  akan diuruskan  oleh parti  politik.  Mereka cemburu,  katanya,  sambil  memperlekehkan  institusi  pendidikan  tajaan  PAS.  Seperti biasalah, kepala  ikan  yang  mereput memang tidak  mampu  berfikiran  waras.   Dia tidak  tahu  nilai  apa  yang  dicakapkannya   itu.

MCA sudah  menjadi  rakan  parti  yang  memerintah  negara  sejak 1952,  dan  menjadi rakan yang  penting  dalam  komposisi barisan  nasional  sejak   penubuhan   Merdeka Universiti  dikemukakan sekitar  1969.  Kenapakah  lama sangat baru  lesen  penubuhan  universiti  itu  diluluskan?  Jawapannya   adalah disebabkan  UMNO  yang menentang  permohonan  itu.  Kerana itu  tidak  ada  menteri  kanan yang mengendos  penubuhan universiti  MCA  itu. Menteri  Pendidikan, yang mengepalai   kementerian  yang  mengeluarkan    lesen  tersebut  pun bersikap  membisu  sahaja.  Ini  menunjukkan  betapa MA  semakin  dipulaukan  dalam Barisan Nasional.

Ini menunjukkan ada  sesuatu  yang  tidak  kena. Lesen itu  telah dikeluarkan  satu  tahun  dulu  lagi  untuk  membolehkan Dr.  Ling mengumumkannya  mengikut  masa  yang dipilihnya.  Apabila  tercetus  kemelut  Nanyang Press  dan  kisah  tekanan  masyarakat Cina  yang  mengusulnya,  Dr.  Ling umumkan   kisah  lesen universiti  itu  sedangkan  dia  bercadang melakukannya  tahun  hadapan untuk  menjamin kemenangan  pemilihannya semula. Kerana   himpitan majlis  tertinggi  parti  yang  diketuai  oleh  timbalan  presiden  MCA, Dato’ Lim Ah  Lek,  yang  menyanggah  setiap  gerak  gerinya,  UTAR  pun  menjadi  bahan  perbalahan  yang  diserabuti  oleh  segala  tekanan  dalaman  itu.

Majlis  tertinggi mengalukan  UTAR  seperti  juga  DAP  memuji  MCA  kerana  mendapatkan lesen  sebuah  universiti. Tetapi,  kerajaan  sudah pun  menyatakan  pendiriannya  mengenai  sokongan   selanjutnya.  Masyarakat Cina perlu menanggung beban  penubuhan universiti.  Tetapi,  apabila Dr. Ting berpendapat  bahawa  universiti  itu  akan  merapatkan MCA,  rancangan  penubuhan  universiti akan  menjadi satu  kerja yang sukar.  Keadaan  dulu  ketika  UTAR  ditubuhkan,  memang amat  berbeza   sekarang.  Ketika itu  banyak bantuan kerajaan  yang  telah diterima.  Tetapi, layanan semacam ini tidak  akan diberikan kepada  UTAR.   Terpaksalah  dianjurkan  pengutipan  derma, dan  masyarakat Cina perlu  diterlibat  sama.  Satu  ketika  dulu,  MCA  mampu  mengawal dan  mempengaruhi masyarakat Cina  persis  gaya  UMNO  mempengaruhi orang  Melayu.  Perkara  semacam  itu  sudah  pun  lama berlalu.

Kalaulah  Dr. Ling mempunyai  niat   yang  tidak  berbau  politik, dia  sudah  mampu  menubuhkan  beberapa jawatan  kuasa  tertinggi yang  dianggotai oleh  beberapa insan daripada  masyarakat Cina  yang  dipilih kerana ketokohan  mereka  dan  bukan kerana pembabitan  politik  mereka.   Setakat ini, Ling hanya  memiliki sehelai kertas memberikan  keizinan  kepada MCA  untuk  menubuhkan sebuah  universiti.  Sepatutnya  dia menggembeling    tenaga masyarakatnya  untuk  berunding  dengan  kerajaan.

Selagi  ini  tidak  direncana,  UTAR  akan  menjadi satu   kertas  keramat   sahaja.  Para  pemimpin MCA,  bermula daripada presidennya  harus  hentikan  perdebatan  mereka dan mula hubungkan jambatan menghubungkan  mereka dengan  akar  umbi, yang  telah  lama  mereka musuhi. Memang   boleh  dijangka masalah  yang  akan  muncul pula. Mula-mula  MCA  mesti  tunaikan  janjinya  untuk  menjual  kebanyakan  saham Nanyang  Press itu.    Dr.Ling  telah  meracau  untuk  menunjukkan  siapa  ketua  dalam  organisasinya. Tindakannya itu  memudaratkan  masyarakat  yang diwakilinya.  Masa depan  UTAR  amat  bergantung kepada  kemampuan  MCA mempunyai  kuasa  mengawal  Nanyang  Press. MCA terpaksa   bertanggungjawab  dengan  masalah  itu dan bukan  masyarakat yang diwakilinya.

MGG  Pillai.

Diterjemahkan oleh SPAR 01

Jumlah pembaca: orang