Libas  Melibas  Dalam Pilihanraya  Likas
(Strains  In  The  Likas  Byelection   in  Sabah)

UMNO  sudah  yakin  bahawa  kemenangan  pilihanraya  kecil  Likas  akan  memihak   kepada calon Barisan  Nasional.    Parti SAPP memang  yakin  juga  kerana  presiden parti  yang  juga  bekas  ketua  menteri  Sabah  adalah  calonnya.  Ketua  Menteri  Sabah, Dato’ Chong Kah  Kiat, memang  tidak  ada  alasan  untuk  bertegas  bahawa  orang  yang  sebolehnya tidak  menerima  sokongannya   tetapi  terpaksa kerana  jawatan  yang dipegangnya kini, akan menang  besar  juga. Semua mereka  ini  mempunyai  pelbagai  masalah  yang  sedang  menghantui:  apabila  munculnya  seorang  calon di bawah lambang  Parti  Keadilan  yang  turut  bertanding.   Inilah  yang  menjadi perhatian lapuran  berita  akhbar  Malaysia.

Kenyataan  memang  berbeza.  UMNO  Sabah  sudah berpecah-belah  sehinggakan  pengerusinya  mantan  ketua  menteri  Dato’  Usu  Sukam   bertegas  agar  ditonjolkan  seorang calon  Melayu.. Anak bekas  gabenor  negeri, Datin  Saidatul  Said  Keruak   sudah  bersedia  melanggar   disiplin  parti  untuk  menjadi calon bebas  sehinggakan  abangnya  Dato' Salleh Said  Keruak   memujuk  untuk  membatalkan hasratnya itu.  Demikianlah  keadaan UMNO  Sabah  sehinggakan   begitu  ketara  rekahannya membayangkan   calonnya tidak  mampu menang  jika  bertanding.  Walaupun  wujud  15,000 pengundi Melayu dan  Muslim  di situ,  hanya  penonjolan  seorang  calon Cina  yang  mampu  meraih kemenangan  untuk BN.  Seorang  lagi  bekas  ketua  menteri   Tan Sri  Harris  Salleh  berkata beliau  akan  menyokong  sesiapa  sahaja  calon BN  asalkan   orang  itu  bukannya  Dato’ Yong. 

Terdapat  empat  orang  calon  Cina  - setiap   seorang daripada  Barisan  Nasional, PBS, Keadilan  dan  seorang calon  bebas  akan  berentap.  PBS tidak  mampu  memujuk   Keadilan  untuk berkecuali.  UMNO  yang  merupakan  musuh ketat   PBS dan menyebabkan  perpecahan  pengundi  Melayu  di  Likas,  berkemungkinan  memangkah  calon  Keadilan  sehingga  mencemarkan  peluang  BN.  Inilah  sebabnya  UMNO  dan BN  menyerang  Keadilan.  Chong Eng  Leang  daripada  PBS  akan   mendapatkan  semula  pengundian  yang  lama  daripada  orang  Melayu  yang  anti  PBS, di dalam dan  di luar  UMNO,  sehingga  memberikan  sokongan  kepada  calon keadilan, Ms. Christina  Liew  yang  dulunya  seorang ahli  PBS. Jika  pembelotan  itu  menjadi  lebih besar  daripada  jangkaan,  besar kemungkinannya  beliau  akan  menang.

Inilah  satu  kemenangan yang  tidak  direlakan  oleh  UMNO.  Ia  juga  akan  merupakan  kemenangan  pertama  untuk  Keadilan  di Sarawak  ataupun  Sabah dan menggugat  senario  politik di  Semenanjung. Itulah  sebabnya  wujudnya  satu  serangan habis-habisan  oleh  pemimpin  Barisan  Nasional   ketika  mereka  berkempen. UMNO  pusat  mahukan  Dato’  Yong  menang,  walaupun  rayuannya  di mahkamah  telah  ditolak pada  September  dulu dan  sesiapa  sahaja yang  mendapatkan  pengundian yang   paling banyak  akan  diistiharkan  menang.

Dengan  lain perkataan,  mahkamah  akan  menentukan  siapa  yang  menjadi pemenang  akhirnya.   Perkara  semacam ini pernah berlaku  satu  ketika  dulu.  Waktu  itu  MP  Bukit  bintang,  Wee  Choo  keong  telah  kalah  rayuannya   menunggukan  pilihanraya semula.  Mahkamah  telah  memerintah   calon  yang  kalah  menjadi  pemenangnya.  Barisan  Nasional  sudah  bersedia  memilih  jalan  seperti  ini: adalah  lebih  mudah  daripada  kemenangan   di  pihak  Keadilan.  Namun, hanya  ada  empat  hari  lagi  sebelum  hari mengundi. Chong  daripada PBS nampaknya  mempunyai   peluang  yang  terbaik. Barisan  nasional  nampaknya   sanggup  menerima  kemenangan  PBS, walaupun  wujud  15,000 pengundi  Melayu  dan bumiputera    yang  beragama  Islam, 7,000  pengundi Cina  dan  bakinya   orang  Kadazan.  Sepatutnya  keputusan  sebaliknya yang seharusnya   terjadi.

Apa yang  tidak  disebut  selalu  ialah  sikap  ketuanan  UMNO, dan peranannya   yang  mudah   menyerah  kepada  arahan UMNO  pusat  sambil  memperlekehkan  perasaan  dan  sensitiviti  tempatan. Semua itu  akan  dicabar  seandainya  Keadilan  menang  nanti.  Ketua   terulung parti  itu,  Dato’ Seri  Anwar  Ibrahim  masih  mempunyai  penyokong  setia  di Sabah,  mencemarkan  keselesaan  Perdana  Menteri  Dato’ Dr.  Mohamad  Mohamad. Mengikut  congakkan  UMNO, ia  tidak  akan  menang. Barisan  Nasional  sedang  tercabar  di   bahagian  tengah,  utara  dan  timur  Semenanjung. Ia  bergantung  harap  kepada  Johor,  Sarawak  dan Sabah  untuk  menjamin  kemenangan  dalam  pilihanraya  yang  akan  datang.

Kemungkinan  munculnya  Keadilan  dalam  dewan  undangan  negeri  Sabah, walaupun  tidak  berapa bertenaga,  akan  menukar  ragam  politik  negeri  itu  sekali  lagi. Seandainya  kemenangan  memihak  kepada  Keadilan  ia  akan  mengulangi  kemenangan  hebat  di  Lunas,  Kedah. Permainan  sorok-sorok  di  Sarawak,  mengenai  tarikh  pilihanraya  dewan perundangan  negeri  mempunyai  kaitan  dengan  fenomena  ini.  Ia  juga  ada  kaitannya  dengan  keinginan  UMNO  untuk  menyerlahkan  kehadirannya  di   negeri  itu.

 

M.G.G. Pillai

Diterjemahkan  oleh  SPAR 01

Jumlah pembaca:orang