Perjuangan  Populis   menghakiskan  kuasa Mahathir
(Populist  causes  sap  Mahahtir's  power  base0

Douglas  Wong:   Financial  Times  UK 

16 Julai,  2001.

Apabila  Mahathir  Mohamad  mula-mula memegang  jawatannya  sebagai  perdana  menteri  kira-kira  20  tahun  yang  lalu,  tentera  Soviet  masih  bertahan  di Afghanistan.   Ronald  Reagan  dan  Margaret Thatcher  masih lagi  selesa di  pejabat  mereka  sedangkan  perjuangan  revolusi Iran  berada  di  kemuncaknya.

“Saya  sudah  bertemu  bermacam jenis  orang  politik, saya  sudah  membaca  pelbagai  teori  dan  theology.  Saya  fikir  tempoh  20  tahun  berada  di  jawatan  itu,  sudah tentu  ada  sesuatu  yang  telah dipelajari,”  demikian katanya  bulan lalu. Sebagai   pemimpin  negara  yang paling lama perkhidmatannya  di Asia,  Dr. Mahathir telah  berjaya  memimpin gagasan  parti  politik  BN    memenangi lima   pilihanraya  umum  dan membawa  negaranya  daripada  tahap  dunia ketiga  kepada   ambang  dunia  pertama. 

Akan  tetapi,  kemenangan pemilu  1999  dulu  telah  disamping oleh satu  hayunan  yang  menyanggah  parti  peneraju  gagasan  itu,  UMNO,  dan  inilah  hayunan  yang  sehingga  kini  masih  tidak  mampu  diperbetulkan  oleh  Mahathir.

Untuk  pertama  kalinya  bulan lalu,  dia  memberi  amaran  bahawa  kemenangan pihak pembangkang  dalam pemilu  yang  dijangkakan  pada  2004,  “adalah serba  mungkin”  dengan  munculnya  pengundi  baru  dalam  daftar  pengundi. 

Ekonomi  Malaysia, yang  telah berjaya  pulih  daripada   krisis  kewangan yang  melanda Asia,  dan  kawalan  matawang  yang  diperkenalkan  sebagai langkah  tindakannya,  kini dihantui    kegawatan  ekonomi  sejagat,  yang sudah pun  memukul  negara  jirannya Singapura  untuk  menangani  pukulan  kegawatan  itu.

Sungguhpun  Mahathir  akan  berusia  76 tahun   pada tahun ini,  dan  pernah  menjalani   operasi  injap  jantungnya  pada  1989  dulu,  Dr. Mahathir  masih tidak  menunjukkan  sebarang  tanda  dia  bersedia  mundur  daripada jawatannya.

“Takkan  saya boleh mengundurkan diri  dan  membiarkan  negara  ini  dalam  keadaan   tidak bersedia     meneruskan  kemajuan  negara," kata beliau  tahun lalu.

Pada  tahap  awalannya Mahathir    muncul  sebagai seorang  juara  kepada  masyarakat  melayu  yang merupakan  lebih  60  persen  penduduk  Malaysia  yang  berjumlah  23  juta.  Namun, dia  pernah berkata bahawa  kejayaannya  yang  paling menggembirakan ialah  menyatupadukan  orang  Melayu itu  kepada  masyarakat Cina  dan India  untuk hidup  bersama.

Malahan ada satu  bancian rasmi    tahun lalu  yang  menunjukkan  betapa  tidak wujud  sebarang  interaksi  antara     pelajar  pelbagai kaum  di  Universiti  Malaya. Para penganalis berkata  salah  satu  sebab  terjadinya  perkara ini  adalah  kerana  terhakisnya  sokongan  Melayu  terhadap kerajaan,  dan  penonjolan  imej  tarikan  ajaran  Islam  di kalangan  masyarakat  Melayu.

Parti  pembangkang PAS, telah  memenangi  dua  kerajaan  negeri   dan  mengambilalih peranan   DAP  sebagai    parti  pembangkang yang  utama pada  1999 itu   dan kini  semakin  yakin  bahawa  ia  mampu  menubuhkan kerajaan  pusat  yang  akan  datang.

Di sebalik  usahanya  menubuhkan  sebuah  negara  Islam,  PAS  telah  menganjurkan    beberapa isu  yang  popular, seperti  kebebasan badan  kehakiman  dan  usaha memerangi korupsi dan  kronisme,  untuk  menarik  lebih  luas  sokongan  dan  membolehkan satu  jalinan hubungan  baik  dengan  parti pembangkang yang lain  seperti  DAP.

Kerajaan  pusat   bertindak balas.  Abdullah   Badawi,  yang merupakan timbalan Mahathir,  telah  membuat  perakuan  bulan lalu  bahawa  UMNO  akan  memberikan  perhatian  yang  lebih  luas  terhadap  hak  asasi manusia,  kebebasan bersuara, pengawasan korporat  dan  kebebasan badan  kehakiman yang  dianggap penting  oleh  generasi  muda.

UMNO  sudah pun  bertindak terhadap    15 ahli  parti  yang terbabit dengan  politik  wang.  Secara  berasingan   pula,  anak  lelaki  kedua  Mahathir,  Mokhzani, telah  melepaskan   perniagaannya  dan  juga  politik. Daim Zainuddin  pula  telah  melepaskan  jawatannya  sebagai  menteri kewangan  dan  Bendahari  UMNO  setelah dia  menjadi  sasaran  kecaman  kerana salah guna  kuasa   menggunakan  dana  kerajaan  dan juga  parti.

Dr. Mahathir  telah memilih  pendekatan  Islam  yang  menyanggah  PAS  sebagai  mengamalkan  ajaran  modernisme. Di waktu  yang  sama dia  telah  melantik  wanita  ke  dalam kabinetnya  dan  beberapa  jawatan  tertinggi  dalam  kerajaan seperti menjadi  Gabenor  bank  negara.

Sepanjang pemerintahannya  selama  dua  dekad itu  dia  telah  menonjolkan     kemajuan  sains  dan  teknologi  sambil  menekan  kumpulan  Islamis  yang   meniru  aliran  revolusi  Iran.

Untuk  menentukan  keamanan  dalam  sebuah negara  yang  multikaum dan  multiagama itu,  Mahathir  telah  mengekalkan pelbagai  undang-undang   yang  keras-keras   seperti pengawalan  terhadap  media  dan  penahanan  tanpa perbicaraan. 

Dalam satu  episod  1985,   pasukan   keselamatan  (yang mabuk kerana  dimabukkan) telah  membunuh  15  pengikut  seorang  pengajar  agama  Islam  (dengan  kerajaan menuduh  mereka  cuba  menegakkan  sebuah  negara  Islam  secara  tindakan  militan)

Mengikut  Farish  Noor,  seorang  ahli  sains politik,  kerajaan  Mahathir  berjaya   menangani     kritikan  kumpulan  agama   dalam  hal ini  dan  juga  dalam  banyak peristiwa yang  lain disebabkan  wibawa  Anwar Ibrahim,  yang mula  menganggotai UMNO  pada  1982.

Anwar naik melonjak   sehingga  menjadi  calon pengganti  jawatan  yang dipegang  oleh  Mahathir.  Akan  tetapi, pada  1998,  Anwar  terhumban  setelah mereka  gagal  menyetujui  cara    menangani   krisis kewangan  yang  melanda  negara (disebabkan  Mahathir  mahukan  negara  menyelamatkan  semua  syarikat  anak-anaknya yang  sudah  terhenyak  longlai).

Mahathir  telah  menjatuhkan  tuduhan  terhadap  Anwar   kerana  korupsi  dan kelakuan  di luar  tabii. Semua tuduhan itu ditolak  oleh  Anwar,  namun dia akhirnya  dikenakan  hukuman  yang  kini  sedang  dirayukannya.

Apakah  dua orang  pemimpin ini dapat  bermaaf-maafan semula  ataupun    Mahathir  berjaya  mencari  jalan  untuk  memintas  cabaran  yang  dimajukan  oleh PAS  dan perjuangan  populis  yang  dianjurkannya,  akan  berkemungkinan  merupakan   episod terakhir  dalam  pemerintahannya.

Douglas Wong

Diterjemahkan oleh SPAR  

Jumlah pembaca:orang