Kini  Terdedah  Konspirasi  Bedebah
(The Conspiracy  Unravels)

Jul17,2001.

Rakyat  Malaysia  terkejut dengan  berita itu. Tidak siapa  yang  menjangkakan  bahawa  rayuan  peguam Anwar, Zainur Zakaria   boleh  mencetuskan  satu  peraturan yang  sungguh berkuasa   dan begitu  terbuka.  Penghakiman itu  dikeluarkan dengan satu tenaga  yang kuat, sehinggakan  tidak ada  yang  bersedia  dengan kemunculannya.  Para hakim  di bangku Mahkamah  Persekutuan  telah  menyatakan betapa mereka  tidak serasi  dengan keputusan  penghakiman  dua  perbicaraan  yang mereka kaji  itu.  Mereka berpendapat  bahawa  setiap  satu   penghakiman yang dibuat  secara  berasingan  dalam perbicaraan  Anwar Ibrahim adalah  satu  hasil  persekongkolan  yang  dilaksanakan   oleh  para  pendakwaraya secara   bersubahat  dengan   mantan  Ketua  hakim  Negara.

Walaupun  namanya  belum disebut lagi, mantan  Ketua  Hakim  Negara   adalah  Tok  Dalang yang sentiasa hadir, mengarahkan  setiap  peristiwa  dari  sebalik  tabir.  Konspirasi  yang didalangi  daripada   tahap  yang  paling  tinggi  itu  memang  jelas  terdedah,  dan  ia  menunjukkan segala  kebenaran  yang  pernah  ditegaskan oleh  Anwar  Ibrahim  dalam  dua  perbicaraan  ke atasnya.  Salah guna  keadilan  oleh    hakim  Augustine  Paul  dalam  usahanya bersubahat  dalam  konspirasi  itu telah dikutuk,  dan  peri lakunya itu  telah  dikritik dengan  pedas  sekali sehinggakan  dia  tidak  boleh  lagi   berkhidmat atas  nama  keadilan Dia  seharusnya  meletakkan  jawatan,  dan  adalah  satu  teka-teki  sahaja  apakah dia  akan  terlepas  dari pendakwaan.

Para  pendakwa yang  bertindak mengikut  arahan   orang atasan  yang kini  menikmati  habuan  sebagai seorang hakim  di Mahkamah  Persekutuan kini  dihantui  keaiban  dan  perasaan  betapa kelakuan  mereka dulu  adalah mencemari  batasan  kelakuan  di luar  sempadan  tugas kehakiman  yang  dapat diterima oleh akal  yang  waras.  Sudah tentu  mereka  turut  sedar  betapa  mereka diberikan  perhatian  yang  keras untuk  satu  tempoh yang  pantas.  Pada  waktu  ini  mereka masih  berkhidmat  sebagai  pegawai  di mahkamah, tetapi  perkara ini  tentu  tidak  akan berlanjutan tanpa mereka merasa  resah  dan gelisah.  Perkhidmatan  mereka  dulu  tidak  boleh diambil  kira  lagi, kerana  berlakunya  satu pencabulan  kepada  segala  janji-janji. Malahan  gelagat mereka itu  adalah satu  tamparan  yang  menghina  masyarakat  perundangan   yang  sepatutnya  mengekalkan tradisi  ketelusan  dan  keadilan  mengikut  amalan  hukum-hakam perundangan  Inggeris.

Demikianlah  kejutan yang  diterima oleh  rakyat  Malaysia  sehingga  mereka masih belum  berupaya   untuk  menyesuaikan diri  menerimanya.  Penghakiman  yang  dibuat  secara sebulat  suara  oleh  mahkamah  menolak  dakwaan  adanya perilaku  menghina  mahkamah  terhadap  Zainur Zakaria  adalah  amat  jelas  tercatat  sehinggakan   negara  naik malu  dan  marah  melihatkan nama  para  penyangak   yang terbabit. Dalam banyak hal, di mana  perihal  kejahatan  itu  tidak  pun disebut  secara terperinci,  kesan  gelagat  bedebah itu  memang  mudah  difahami.

Kini  kerajaan  turut  dikelabuti  satu  keaiban yang bermula daripada  perdana  menteri  yang  kalut  dicataat  kata-katanya “mengetahui  segala-galanya”,  hinggalah  para  pemimpin  tertinggi  di jabatannya  dan  para  sekongkolan  di  kementerian  Kewangan. Inilah satu  konspirasi yang  besar   bikinannya,  dengan  satu  senarai  nama  yang bukan kepalang  panjangnya.  Mereka  yang  memang  tahu dan  memang  mempunyai  bukti tetapi  enggan maju  ke hadapan  menjadi  saksi, adalah  merupakan  mereka yang  turut  bersubahat  dengan  memeram  kenyataan. Kalau  diambil kira semua  itu  sudah  tentu  negara ini  akan  kelam kabut  sehingga  bercelaru.

Pada  waktu  ini,  Anwar  masih  berada  dalam penjara, kesakitan  yang  tidak boleh  terkata  daripada  kecederaan  yang  ditanggung  berkaitan dengan  penangkapannya  dulu dan cara  dia  ditangani  ketika  itu. Cara  penangkapannya  diatur  dulu dan melihatkan  keadaannya  sekarang   memang  menunjukkan ada  niat  pembunuhan  yang rasmi  yang  telah dirancang.  Penderaan  yang berunsur  kebinatangan yang dilaksanakan oleh Rahim  Nor secara  kejam  dan garang  setelah  tumpasnya  rancangan  membunuh  itu   memanglah  menjurus  ke arah menyokong  teori  haprak  ini. Begitu  juga  dengan  pendedahan  terdapatnya  kandungan  arsenik yang  tinggi  dalam  air kencing  Anwar,   adalah  satu bukti  betapa  Anwar  memang  dijadualkan  akan  dibunuh  ketika  dalam  penjara.

Kerajaan  telah  menafikan  keracunan  ini  dan  Karpal  Singh  peguam yang telah  menyebut perkara ini  di mahkamah kini  sedang  menanti satu  tuduhan  mahkamah  kerana  membuat  tuduhan yang  dianggap  tidak  relevan. Kesan  keracunan arsenik  adalah  termasuk  keguguran  rambut dan  perubahan  warna kulit  dan  diikuti  perasaan  tidak  cergas  dan  lesu  menunjukkan  tahap  serangan  bisa  racun itu. Sampel  air kencing  yang  diperolehi  beberapa  ketika  lamanya  selepas  racun  itu  diberikan,  dan  keputusan  kajian  mencatatkan  keputusan  yang lebih  rendah  daripada  yang  sepatutnya  kalaulah  sampel  air kencing itu  diperdapatkan  sejurus  selepas  racun itu  ‘dimakan’.  Namun,  catatan yang  direkodkan itu  masih  menunjukkan  tahap  tinggi yang  menakutkan  kerana  ia  berpunca  daripada  hasil  sumber makanan  penjara    yang telah dihidangkan.

Demikianlah  angkuhnya  para  konspirator sehinggakan mereka  tidak  menafikan  wujudnya  racun  arsenik itu, malahan  mereka  mempertikaikan  bahawa  tahap  kandungan  arsenik  itu  adalah  sesuatu yang mereka  anggap sebagai  perkara  biasa sekarang, kerana ia boleh    berpunca daripada  bekalan  makanan yang biasa  seperti  udang .Hidangan  udang  yang  besar–besar  bukannya  merupakan  hidangan di  penjara,  namun kenyataan  haprak  itu telah  dipergunakan oleh  para  pendakwaraya,  dan  disokong pula   oleh   para menteri  dalam parti  yang berkuasa.  Keracunan  arsenik adalah  satu amalan  zaman silam dan  purba  dan  amat  sesuai  dengan  cara amalan  dan  stail  pemerintahan  seorang  perdana  menteri  yang  kejam  dan  tua.

Pada   30  Jun lalu, muncul  satu lapuran baru  yang  membabitkan   seorang   pegawai bank  bernama Murad. Yagn  membuat  satu  kenyataan  akhbar  di Singapura.  Dia telah  membuat  perakuan  akan  penglibatannya  yang  membohong dan  mengelirukan serta  memohon  maaf  kepada  Azmin  Ali.  Dia  telah  menyebut  dan  memberikan  nama  merka  yang terlibat  mengugut  beliau  membaca  satu  kenyataan  palsu    yang mereka sediakan  di  mana  dia  ‘mengaku’ Anwar  mempunyai  satu  akaun  di luar  negara  yang  sungguh  besar  simpanannya.  Dia  telah  memberikan  nama mereka yang terlibat  dan  turut  menyebut  betapa  dia  sendiri  telah  menghadiri satu  pertemuan dengan  perdana  menteri  secara  peribadi. Inilah  pertama  kalinya  seorang  saksi  telah  membuat  kenyataan  betapa   perdana menteri terlibat  secara  peribadi  dan  secara terus  dalam  konspirasi  menghenyak Anwar.

Nama perdana  menteri  disebut  juga  dalam satu  hal  yang  dikemukakan  dalam satu perbicaraan. Dalam hal  itu  ada  disebut kisah  menghalang proses  pengadilan   ketika perdana menteri  mengarahkan  BPR  menghentikan  siasatan  melibatkan   longgokan wangtunai  yang dijumpai   dalam  laci meja seorang pegawai  tinggi  di  kementeriannya. 

Sudah  wujud  satu  situasi kini  di  mana para  hakim  sudah memberi  ingatan  betapa  konspirasi ini  akan disiasat  dengan  penuh  keyakinan.  Tetapi,  eh kerana kuasa  kepolisian  terletak kepada  menteri  hal ehwal  dalam  negeri, peluang perkara itu dilaksanakan  dengan  segera  adalah  bertaraf serba mungkin  sahaja. Ketua  Hakim Negara  sebenarnya  adalah seseorang  yang  dilantik oleh  Majlis Raja-Raja, dan  tidak  tertakluk kepada  perdana  menteri . Terpulanglah kepada  raja dan  sultan  bertindak  menggunakan khidmat  Ketua  Hakim  Negara  agar  semua  tuduhan  yang diperlukan itu  dikemukakan. Mampukah  Ketua  hakim  Negara  bertindak  seperti itu? Rakyat  Malaysia  tidak pernah  menuntut  sesuatu yang besar daripada  raja-raja  mereka  dan  dalam hal ini sebarang  tekanan  agar dilaksanakan tindakan itu adalah sesuatu yang  dianggap kecil  sahaja.

Kini,  majlis raja-raja   seolah-olah  beristirahat  dengan  selesa dan  Ketua Hakim Negara  seolah-olah  menyorokkan  muka. Siapakah  di kalangan rakyat  Malaysia  yang akan  bertindak  untuk  menjadikan  perkara ini satu kenyataan?  Rakyat tidak  mampu bergantung harap kepada  parlimen,  walaupun  para  pembangkang  yang menganggotainya boleh  membuat keributan di  dewan  itu. Inilah  satu cabaran kepada setiap  rakyat  Malaysia  apakah  sebenarnya   satu  demokrasi itu  untuk menyanggah  apa  yang  dianggap  kuasa  diktator  yang  kejam. Inilah  cabaran  demokrasi  di mana  ia  menjadi lumpuh  menghadapi  segala  kekejaman itu  sehingga  membisu  dan  terus  terdiam. 

Perdana menteri yang  semakin berusia  tetapi  masih  angkuh  gelagatnya,  memang  berani  memperlekehkan  dan  mengenepikan  sebarang cabaran  yang  cuba mengengsot kuasa  diktatornya. Di waktu  yang  sama, Anwar menunggu, begitu juga  seluruh  rakyat  Malaysia  yang  menyedari akan sikapnya itu. Rakyat  terus  menunggu  dan  tertunggu-tunggu  sambil  semakin ramai  golongan bapa  dan  golongan  anak  muda  yang  ditangkap dengan lahap untuk  diperangkap. Penangkapan itu  berterusan,  sambil   kes  perbicaraan mahkamah  menjadi semakin panjang,  semua itu  adalah  satu lakonan  untuk  menutup  segala  kecurian  dan konspirasi  yang bertujuan mengekalkan  perdana  menteri  terus  kekal  di puncak  jawatan  yang  maha tinggi.  Kalaulah  semua  kenyataan itu  didedahkan  seperti  yang pernah  terdedah  dalam perbicaraan  di  Likas, akan  terdedah juga  kisah  beliau  memegang jawatannya  secara haram,  diselamatkan oleh   penipuan  ketika  pilihanraya  yang  sungguh  menyeluruh  pendekatannya;  sehinggakan kisah itu  sahaja  sudah  mencukupi  untuk  dijadikan  satu  contoh  konspirasi  dan penipuan  yang  melibatkan  SPR dan   perdana   menteri.

Ketua   Polis Negara yang mahu  melindungi  Raja  Beruknya  telah  mengeluarkan  arahan  betapa  sesiapa pun tidak akan dibenarkan  ....tidak kira  wanita,  lelaki  sudah berusia,  kumpulan  mahasiswa, orang  asing, dan  sesiapa sahaja.  Mereka yang tidak  ditangkap  dan dipenjarakan tanpa  perbicaraan  akan terus  merana  dalam  pelbagai  cara, daripada   penyingkiran  dan  dinafikan hak  untuk  menyambung pelajaran  kepada  segala  tuduhan yang  penuh  kepalsuan  yang  dihadapkan  di  muka pengadilan.  Semua  tindakan  ini  dilaksanakan secara  bersungguh-sungguh   untuk  menutup  jenayah  besar mereka terhadap  Anwar  Ibrahim, seorang  insan yang telus  yang  kesalahannya  hanya  kerana  enggan  membiarkan  korupsi  berleluasa  terus.

Segala  rahsianya,  kedudukannya  yang  sungguh  berkuasa,  caranya naik  meniti tangga  menghampiri  ambang pejabat  perdana menteri menjadikannya  seorang insan yang amat berbahaya kepada  para  konspirator. Mereka  telah  merancang penyingkirannya  secara  keaiban,  dan telah  menggembeling  keseluruhan  sumber dan tenaga  di negara ini  untuk  menutup  segala  kebaikan  yang baru  ataupun yang lama dengan melaksanakan  pelbagai dosa.  Segala usaha  mereka untuk  menutup  segala kerja  jijik  yang  besar  dosanya,  mereka  terpaksa membuat  dosa lagi  terhadap  rakyat yang  tidak  berdosa.  Sampai bilakah  perkara  ini  akan  berterusan?

Pihak polis  sudah  semakin takut  kalau-kalau  hari  penentuan akan muncul  juga, menjadikan  mereka terus  terdesak seolah-olah  semakin diasak. Apabila konspirasi itu semakin membuka segala balutan  pekungnya,  semakin ramai  orang yang  didapati terlibat  Bahagian  kehakiman  sudah pun menjadi  sendat  dengan  segala  kes  untuk pengadilan  dan  sudah  semakin  meloya  menanganinya. Hari pengadilan sudah semakin  tiba.  Hari yang gemilang itu  sudah  semakin  menjelma.  Perdana  menteri  kini  sudah  mula  belajar  memandu  pesawat  Canadian  Bombadier, sebuah jet  yang terbaru khas untuknya. Dia  sedang berlatih bagaimana  caranya untuk  cabut  hari  dalam kegelapan malam melalui  terowong panjang  yang terletak di bahagian bawah ‘Mahligai  Arimata  Rakyat’   di  Putrajaya.  Sudah  tentu  isterinya  akan  turut  berada disampingnya untuk bergegas menuju  pintu  jet yang  sudah sedia  menunggu dan sudah  terisi  minyaknya  untuk  meluncur  berterbangan. Apakah  akan  dilakukannya  seandainya enjin  pesawat  itu  enggan  dihidupkan?

Harun  Rashid

Diterjemahkan  oleh SPAR

Jumlah pembaca:orang