Likas – Igauan Madey bakal berterusan

Kita melihat di TV ¾  dalam buletin utama pada 15.07.01 yang disampaikan oleh Kamaruddin Mape ( anak BugisTawau di SMK Kuhara tahun 80an dahulu ) bagaimana Chong Kah Kiat dan Yong Teck Lee menyerang Parti Keadilan Nasional dengan serangan yang menggila betul kononnya KeADILan ini membawa budaya samseng dan rakyat Sabah akan menolak KeADILan dalam pilihanraya kecil Likas nanti. Antara yang dinyatakan adalah Ceramah oleh Gobalakrishnan di Pasar tidak mendapat sambutan dan isu yang dibawa adalah isu basi dan ceramah itu tidak mendapat sambutan dan ditunjukkan klip Gobi saolah – olah bercakap sorang – sorang dan membawa ucapan yang provokasi kononnya.

Saya secara kebetulan berada di Sabah dan sempat mengikuti sedikit perkembangan di Likas sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi saya ke tempat lain dan sempat juga melihat gelagat Gobi semasa beliau berceramah di pasar itu.

Apa yang saya lihat adalah berbeza dengan apa yang dipaparkan dalam TV 3.  Semasa Gobi berceramah  dia berdiri di atas longgokkan batu  dan terdapat tali yang direntang di sekeliling longgokkan batu itu jadi para  hadirin tidak dapat berdiri rapat dan pihak tv 3 /4 pun memilih angle yang sesuai  bagi menunjukkan  saolah – olah ucapan Gobi tidak mendapat sambutan.

Sebenarnya  ceramah spontan itu mendapat sambutan hangat oleh para pengunjung terutamanya daripada  masyarakat Islam . Antara sungutan daripada hadirin pada hari itu adalah mereka sebenarnya tidak terdedah kepada berita – berita sebenar tentang isu –isu semasa dair pespektif Barisan Alternatif. Malah apabila di ceritakan tentang keadaan DS Anwar Ibrahim yang terlantar di Sg. Buluh juga adalah berita asing buat mereka dan mereka tidak mempercayainya . Maka terpaksalah saya hadiahkan kepada mereka CD DS Anwar semasa pengkebumian Allahyarhamah Mak Yan tempoh hari dengan harapan sumbangan kecil itu dapat menarik sedikit undi kepada KeADILan.

Yong Teck Lee  dan Chong Kah Kiat  menyatakan KeADILan membawa budaya samseng  tetapi siapa sebenarnya yang membawa budaya samseng ?  KeADILan atau Pemuda BN ? Selepas penamaan Calon pihak kita telah mendirikan markas dan bilik gerakan di sesuatu tempat  tetapi pada keesokkan harinya pihak BN pula membuat B.G dan markas mereka betul – betul bertentangan dengan BG dan markas KeADILan  tidakkah ini merupakan tindakan provokatif untuk menimbulkan ketegangan  ?

Dalam satu ceramah pada sebelah malamnya ketika Gobi sedang berceramah  terdapat sekumpulan budak – budak belasan tahun yang masih belum layak mengundi membaling batu kepada para hadirin sehingga menimbulkan sedikit kekecohan sehingga memaksa Gobi menyatakan  mereka adalah kumpulan haprak Umno sebagaimana yang diisytiharkan oleh Presiden mereka dalam perhimpunan agung mereka baru-baru ini . Sesungguhnya Umno ini sememangnya haprak. Tindakan berani Gobi ini akhirnya  menyebabkan mereka berasa malu dan menghentikan tindakan mereka  untuk seketika tetapi dipenghujung ceramah itu kejadian yang sama berulang kembali.

Dalam perkembangan yang lain ketika ceramah oleh YB Azmin Ali terdapat juga provokasi yang sama , sekumpulan pemuda menjerit “ Pembohong “ beberapa kali kepada YB Azmin. Tetapi apabila di minta oleh Azmin supaya mereka tampil kehadapan dan menyatakan kepada hadirin bahagian mana dalam ucapan Azmin itu yang dikatakan bohong oleh mereka  dan jangan hanya bertindak untuk mengganggu majlis itu mereka dengan tersipu – sipu beredar dari situ dan tidak lagi mengganggu ceramah tersebut.

Apakah tindakan mereka ini bukan provokasi ?  Kita juga ingin mencabar Chong dan Yong supaya membuktikan dakwaan mereka yang KeADILan ini samseng . Jangan hanya menggunakan media yang mereka kuasai untuk melemparkan tuduhan yang tidak  berasas sama sekali dan menyebarkan fitnah sebab pengundi Likas menjadi saksi tentang keceluparan mereka dan yang menjadi Hakim nanti adalah pengundi Likas dan bukannya rakyat Malaysia di luar Likas.

Kepada pengundi Likas saya menyeru agar berani membuat perubahan agar igauan Mahathir berterusan dan biarlah Likas menjadi  kesinambungan kepada Lunas. REFORMASI….Undilah Calon KeADILan……UNDIONO OH KeADILan.

Reformis KeADILan,
Raja Anwar Raja Abdullah
(di Sabah )