Reformasi Bertapak Di Bukit Quoin, Balung, Semporna, Sabah

Kg. Bukit Quoin, sebuah perkampungan terpencil dalam DUN Balung dan kawasan Parlimen Semporna. Ia agak ketinggalan dari segala segi baik dari segi pembangunan infrastruktur mau pun ekonomi. Penduduknya berbilang suku kaum , Suluk, Bajau, Tidung, Jawa, Bugis , Butun, Bisaya dan bermacam – macam lagi suku kaum yang tidak pernah didengari di Semenanjung ini. Namun keseluruhannya beragama Islam.

Kegiatan ekonomi penghuninya adalah sebagai petani, pekerja ladang, berniaga secara kecilan. Surat Khabar jarang didapati disini. Saluran maklumat hanyalah melalui radio dan TV sahaja. Kemudahan Internet jauh panggang dari api.

Maka tidak hairanlah kenapa keseluruhan penduduknya adalah penyokong BN yang setia. Shafie Apdal boleh tidur lena kerana mudah menipu rakyat di sini dengan dongengan palsunya.

Namun baru – baru ini Bukit Quoin diberi suntikkan Reformasi . rakyat mula dikejutkan dengan kehadiran seorang Reformis yang secara ikhlas menyampaikan maklumat dari internet kepada penduduk di sini kerana beliau mempunyai kemudahan komputer berinternet di Bandar Tawau dan membawa berita itu ke sini.  

Hasilnya, semasa kunjungan saya ke sana baru – baru ini , selaku orang dari Semenanjung pelbagai persoalan diajukan kepada saya tentang maklumat yang disampaikan oleh ‘Beliau’ ini . Tugas saya hanya mengesahkan sahaja apa yang telah mereka dapati itu. Tentang Anwar, tentang reformasi , ISA, BA, Daim, Mas, Timedotcom ,kehakiman  dan lain – lain lagi.

Sebahagian besar mereka melahirkan rasa kesal kenapa mereka begitu mudah di perbudakkan oleh pihak berkuasa hanya kerana maklumat yang disampaikan melalui media kuasaan BN.

Syabas Hj. Ansing satuwo teruskan usaha murni anda agar keADILan tertegak diBumi di Bawah Bayu. Moga Allah jua yang memberi ganjaran kepada usaha Tn. Hj. kerana usaha menentang kezaliman adalah satu jihad.

Pada Penduduk Bukit Quoin sebarkan maklumat ini kepada rakan dan taulan agar BN kita kuburkan di Negeri Di Bawah Bayu menjelang 2003/2004 nanti.

Assalamualaikum IQ ….. salam buat mamak dan keluarga…Torell ..Butitil ambu 2  dll..

Reformasi 3 x   …..Allahuakbar  3x….

Reformis KeADILan,  
Raja Anwar Raja Abdullah

Jumlah pembaca:orang