Sepuluh Dalil Lagi Kenapa Mesti BN Ditumbangkan Di Likas

41) Calon BN Likas adalah calon bermasalah dari segi undang-undang berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu namun masih juga dipilih oleh BN. 

42) BN lebih percayakan calon yang bermasalah dari calon mereka yang bersih. 

43) Ketua BN Dr Mahathir terlalu ego dan takbur hingga tidak mahu melepaskan jawatan PM, kononnya belum ada penganti yang layak. 

44) 14 parti yang bergabung dalam BN terlalu patuh buta kepada Mahathir, sehingga tidak yang berani menegur kesalahan Mahathir dalam menguruskan politik dan ekonomi negara. 

45) Amalan kronisme, salahguna kuasa dan rasuah berleluasa di zaman Mahathir memimpin BN. 

46) BN membohongi rakyat Sabah berkaitan janji 100 hari mereka selepas menang dulu. 

47) BN terus mengamalkan budaya politik dendam, rasuah politik dan deraan kepada pemimpin pembangkang dan rakyat marhaen yang menolak mereka. 

48) Dr Mahathir tidak mahu letak atau serah jawatan kepada pemimpin lain, BUKAN sebab pemimpin lain tidak layak tetapi disebabkan Mahathir takut bencana menimpa diri, anak-anak dan kroninya seperti Suharto. 

49) BN bersikap double standard dalam isu warga asing/PTI yang membanjiri Sabah sehingga dibenarkan menjadi pengundi. 

50) BN sudah hilang minat, kesungguhan dan keikhlasan untuk memerintah negeri dan negara ini secara lebih telus, beramanah, demokratik dan mesra rakyat. Sebaliknya, BN lebih pentingkan kroni, anak-anak, suku sakat dan tauke-tauke yang membantu hulur RM kepada mereka setiap kali pilihanraya.

Kita harap rakyat, khususnya pengundi di Likas akan dapat menyedari akan putar belit BN dan para pemimpin mereka untuk menang dalam pilihanraya kecil Likas ini. Kekalahan mereka adalah satu petaka besar akan menimpa BN Sabah dan Kuala Lumpur pada pilihanraya umum akan datang.

Sekian, sama-samalah kita berfikir secara lebih matang dan bijak dalam menilai sepak terajang politik BN.   

Ibn Sabah, 17.7.2001M

Jumlah pembaca: orang