SEMPENA 20 TAHUN KEDURJANAAN PEMERINTAHAN MAHATHIR DI MALAYSIA

HARI-HARI TERAKHIR SEORANG DIKTATOR HAPRAK

Bahagian 4

Likas bukan ukuran kekalnya kuasa politik Mahathir

Biarpun negara ketika ini sedang bersiap sedia melalui sebuah pilihan raya kecil, namun ia bukanlah satu ukuran yang menjamin kekalnya kuasa politik Mahathir di masa depan. Biarpun BN diramal memenangi pilihan raya kecil ini, pengaruh Mahathir dalam laporan yang diterima begitu merosot akibat salah laku dan penyelewengan yang berlaku dalam 20 tahun zaman pemerintahannya berakhir pada 16 Julai lalu. Ramai pengundi di Likas yang sebelum ini bergantung kepada berita akhbar dan televisyen merasa terkejut dengan pendedahan yang baru diterima. Kini mereka sudah menerima sumber alternatif yakni berita internet yang lebih telus dan tepat. Jadi tidak hairanlah jika rakyat mampu menilai apakah sebenarnya muslihat yang selama ini menjadi persoalan mengapa Mahathir mahu terus memegang takhta Perdana Menteri dan menyingkirkan tiga orang timbalannya (Musa Hitam, Ghaffar Baba dan DSAI).

Laporan dari Likas secara ringkas itu juga menyimpulkan bahawa angin reformasi sudah memulakan pengaruhnya di negeri bawah bayu itu. Pasukan penceramah dari BA telah dihantar dari Semenanjung agar dapat memberikan penerangan kepada rakyat apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam era pemerintahan Mahathir kini. Kita amat bersyukur dalam hal ini kerana dapat dilihat kerjasama yang kukuh dalam BA terutamanya Parti KeADILan Nasional untuk menyampaikan mesej kepada rakyat meskipun terpaksa menghadapi tentangan dari BN yang menggunakan Polis dan jentera kerajaan yang lain bagi menghalang siri ceramah mereka. Lihat sahajalah dalam siri gerak gempur yang sedang dijalankan di Negeri Sembilan, PKN Negeri Sembilan menghadapi tentangan 'ala Mossad' dan dapat dilihat siri ceramah penerangan telah dihalang meskipun dalam rumah persendirian. 

Tindakan melampau polis

Pihak polis telah mulai bertindak di luar perikemanusiaan dan tanggungjawab mereka. Sifat mereka dahulu adalah 'pelindung' rakyat kini bertukar menjadi alat politik. Justeru itu polis kini disifatkan sebagai 'anjing Mahathir'. Setelah 'bapa anjing' membelasah bekas TPM DSAI dalam sel di Bukit Aman dengan tangan terikat pada malam jahanam 20 September 1998, warga polis kehilangan maruah mereka di kaca mata rakyat. Merudumnya imej polis sedikit demi sedikit sehingga ada yang mengharamkan keturunan mereka dari menjadi polis.

Perbuatan melampau polis sudah dilaporkan kepada Suhakam. Namun Mahathir sengaja mencabar Suhakam dengan penafian ke atas kuasa badan bebas itu di negara ini bagi melindungi perbuatan 'ganas' pasukan polis. Umpamanya dalam perhimpunan ratusan ribu rakyat di Lebuh raya Kesas November tahun lalu, pasukan polis diperlihatkan 'mengganas' dengan pukulan dan tendangan ke atas rakyat yang sedang bersurai dan kenderaan orang awam dirosakkan. Begitu pula dengan apa yang telah terjadi di Pokok Sena juga di Kamunting. Imej pasukan polis kini tidak lebih sebagai anjing yang kelaparan mencari makan di longgokan sampah. Walau pun ada laporan yang diterima mengatakan bahawa pasukan polis sendiri tidak rela diperlaku sedemikian, melainkan atas sifat mencari makan, namun hakikat yang diterima bersabit keganasan pihak polis tidak dapat dimaafkan. Jika enggan bersekongkol dengan kezaliman ini, anggota polis sewajarnya mengambil tindakan tertentu yang memastikan pasukan polis mampu dihormati oleh rakyat. 

September yang kelabu

Sesuai dengan pemecatan dan tuduhan salah laku fitnah Mahathir ke atas DSAI pada 2 September, 1998 maka bulan September tahun ini diramalkan Mahathir akan melepaskan jawatannya. Apakah ini sesuatu yang benar? Dari sudut ekonomi, bulan September diramalkan ekonomi negara akan berada di tahap yang semakin sukar. Kenaikan harga barangan misalnya sudah mulai terasa kini dan inflasi tidak dapat dielakkan. Pembuangan pekerja semakin serius sehingga institusi kewangan yang kukuh juga tidak terkecuali. Seorang rakan yang sudah berkhidmat selama hampir sepuloh tahun ditawarkan imbuhan sebanyak RM20,000 untuk dihentikan perkhidmatannya. Ini melambangkan suasana ekonomi yang tidak nyaman dan tidak selesa.

Menteri Kewangan dalam sesi pertama perbincangan ke arah penyediaan Belanjawan 2002 sudah memberikan amaran kepada kakitangan kerajaan  bahawa mereka jangan berharap kepada pemberian bonus tahun ini. Ini adalah langkah dari mengecilkan sebanyak 2 peratus cukai korporat yang dijangkakan hanya melegakan golongan berkenaan, tetapi jelas tidak memihak kepada rakyat marhaen yang berpendapatan rendah.

Justeru itu kedatangan September dinantikan bukan sekadar mahu memperingati 2 tarikh bersejarah yang mencalitkan sejarah hitam politik negara, tetapi juga ramalan beberapa pihak bahawa keadaan ekonomi yang kian meruncing serta desakan dari para mahasiswa dan rakyat negara ini mahukan diktator haprak itu mengundurkan diri. Jika ini yang berlaku bermakna perjuangan memartabatkan kembali maruah negara sudah separuh bahagian berjaya dan kita hanya perlu menyempurnakan sebahagian lagi bagi meranapkan pengaruh BN yang semakin tidak relevan.

Helang Rimba