Kerajaan  Rancang Ambil alih  Renong
(Malaysian  Government Plans To Wrest Control of Renong)

Leslie  Lopez:  The Asian  Wall  Street  Journal

18     Julai  2001.

(Sila  baca  catatan  dan  komen  penterjemah di akhir  terjemahan ini)

Kerajaan Malaysia sedang  merancang untuk mengambil  alih  Kumpulan  Renong  daripada   pemegang saham  utamanya – dan  ini dilihat  sebagai  satu  isyarat   stail  baru  menyelesaikan  hutang bertapuk  negara.

Sebagai  salah  satu konglomerat  terbesar  Malaysia, Renong  mempunyai perniagaan   menguruskan bank dan tol jalan raya, memiliki konsesi  penggerudian  minyak  dan  gas dan memajukan   hartanah. Di waktu yang  sama konglomerat ini adalah  syarikat  korporat  yang  terlalu banyak  berhutang. Sebagai  bekas  sebuah  cabang pelaburan UMNO, Renong ternyata lembab   melaksanakan  pengstrukturan  hutang bertapuknya  sebanyak   13 bilion ringgit  (US$3.42 billion) sehingga mendesak kerajaan  bertindak. 

Mengikut  cerita beberapa pegawai  tinggi kewangan  dan   juga  pegawai kerajaan, sebuah  agensi  kerajaan  akan  mengumumkan  rencana pengambilalihan  United  engineers  Malaysia  Berhad,  yang  mempunyai   pegangan  saham  Renong   sebanyak  32.6%, seawal  minggu  hadapan. Disebabkan berkecamuknya  skim pengstrukturan  Renong  yang semakin bergelombang itu,  usaha kerajaan  mengambilalih  itu  akan  menyebabkan  Halim Saad  yang  kini  merupakan  pemegang  saham terbesar  dan  juga  pengerusi  eksekutif  Renong  kehilangan  kuasa dalam  empayar  niaganya.

Perubahan  dalam  hakmilik dalam Kumpulan Renong  akan  merupakan  gegaran susulan  yang sungguh  besar ekoran  persaraan  mantan menteri kewangan Daim Zainuddin  pada  bulan  Jun  yang  lalu. 

Beberapa pegawai  kanan  kerajaan  yang  terlibat dengan pengambilalihan  UEM  ini berkata,  usaha  tersebut  akan  melibatkan  hampir  dua bilion  ringgit (wang rakyat  Malaysia) yang  dikendalikan  sendiri  oleh  perdana  menteri  minggu  lalu.

Azman  Yahaya, pengarah  urusan Danaharta,  dikatakan  akan  menyelia  segala usaha pengambilalihan  itu, mengikut lapuran  beberapa  pegawai  kewangan. Seandainya  berjaya, Dato Azman  dijangka akan  menggantikan  Tan Sri  Halim sebagai  ketua  pasukan pengurusan yang  terbaru  di Kumpulan  Renong.

Renong Bhd  dan  UEM adalah merupakan  syarikat  yang  tersenarai.  UEM  memegang  saham  terbitan Renong,  di waktu  yang  sama  Renong  menguasai  37.1%  saham UEM. Melalui  satu  rangkaian  struktur  yang  mengelirukan, dua  syarikat  gergasi ini menguasai  pula  sembilan lagi syarikat  yang  tersenarai di bursa  saham,  yang  pada  satu  ketika dulu  merupakan  tumpuan  pelaburan  niaga  UMNO.  Tan  Sri  Halim  memegang   sekitar 16.5%  ekuiti  Renong  dan  secara  teknikalnya  menguasai  keseluruhan  kumpulan   syarikat itu.

Ketika  Tun  Daim menjadi  menteri  kewangan,  beberapa  syarikat yang  berhutang  besar-besar   yang  mempunyai hubung kait  yang  rapat  dengan tuan-besar  politik mereka telah  menerima  bantuan  kerajaan  untuk bernafas  lega   sehinggakan  menjadi fokus  cerca rakyat  marhaen.

Usaha  kerajaan  untuk  mengambilalih  UEM akan dilihat sebagai bukan  satu usaha  menyelamatkan  syarikat itu oleh kerajaan  ‘ala  bailout’.  Kerajaan  menjangkakan  rencana ini akan diterima dengan baiknya oleh  warga  perbankan  yang menyimpan saham-saham UEM sebagai cagaran  pinjaman  ataupun kolateral  kepada pinjaman  Kumpulan Renong dulu dan  juga  daripada pemegang  saham  eceran  syarikat  itu.

Tambahan  lagi, menghumbankan  Halim Saad  sebagai  ketua Renong  boleh dianggap  sebagai  satu  isyarat   betapa  syarikat   niaga yang mempunyai  hubungan yang erat  dan  intim  dengan  kerajaan  tidak lagi  diberikan  muka  oleh  kerajaan, dan barisan  pucuk pengurusan  atasan  syarikat tersebut  akan  dikenakan  tindakan  kerana  salah urus  mereka yang  sudah-sudah. Demikian  lapuran  beberapa  pegawai  tinggi  kerajaan.

Adalah  dijangkakan  kerajaan  akan  mengumpulkan  sekurang-kurangnya  45% saham UEM  melalui usaha  ini  dengan harga  tawaran kerajaan  itu  dijangka  sedikit  tinggi daripada  harga  pasaran.. Spekulasi  ini  menyebabkan kegiatan  luar  biasa dalam  urusan  jual beli  saham UEM, yang ditutup   tinggi  sekitar  16%   pada  hari  Selasa  dengan  harga penutup pada  paras  3.56, naik  0.50  sen  berbanding harga  Isnin.

Bebanan Hutang  Bertapuk

Pada  pertengahan  1997,  ketika  Asia  dihantui  krisis  kewangan,  Renong  dihenyak  hutang  yang berjumlah  26  bilion ringgit,  bersamaan  dengan  5%  hutang  yang ada  dalam  sistem perbankan  di  Malaysia. Sejak itu  Renong dan  juga  Uem  telah  menjalani  pengstrukturan  hutangnya yang disatukan  sebanyak  8.4 bilion  ringgit,  melalui  terbitan bon  yang  mempunyai  jangka hayat  selama tujuh  tahun  bermula    awal  1999.  Renong telah  membayar  keseluruhan  hutang  yang berjumlah  empat bilion  ringgit  yang  dihutang oleh salah  sebuah  anak  syarikatnya, Time  Engineering Bhd  pada  awal tahun ini, daripada  hasil kutipan penyenaraian  salah sebuah  anak syarikatnya  yang  bergiat dalam bidang telekomunikasi.

Akan  tetapi  sebanyak 13 bilion ringgit  yang  merupakan hutang bertapuk  masih  belum disusun atur,  tidak  dikira pula rencana  pembayaran balik bon  yang diterbitkan  pada  awal 1999 itu.   Pembayaran  kupon tidak diperlukan, namun  Renong dan  sekutunya   terpaksa  membayar  sejumlah  16 bilion ringgit  kepada  pemegang bon itu apabila ia  matang  pada 2006 . (Hahaaaa... bukankah pemegang  bon itu  sekarang  KAP dan  KWSP? – penterjemah)

Masalah  hutang  Renong ini  dicemarkan  lagi oleh  masalah hutang peribadi  Tan  Sri  Halim Saad yang  berhutang besar  dengan  UEM.  Hutang Halim terhadap UEM adalah  berupa ‘put  option’  yang dipersetujuinya   pada  awal  1998  yang  memestikannya  membeli  pegangan  UEM dalam Renong  sekitar  32%.  Sebahagian  pembayaran  yang  berjadual  berjumlah  100juta  ringgit  sepatutnya  dilunaskan selaras  dengan  perjanjian  ‘put  option’  itu  pada  Sabtu  yang lalu.  Tetapi,  Halim  Saad  diberikan sambungan  masa  untuk  menarik nafas  dan  ngapnya,  untuk  selama  60 hari  lagi. Ini  merupakan  sambungan  manja  untuk  menarik ngap  lagi  untuk  kali kedua  sejak  Februari  dulu  oleh  lembaga   pengarah  UEM.

Seorang  pegawai kerajaan  yang terlibat dengan  pengambilalihan  UEM  itu  memberitahu:  seandainya  rencana  itu berjaya, Renong   kelolaan Danaharta yang  dipimpin oleh  Datuk Azman   bercadang  menjual  sebahagian  aset  kumpulan itu  untuk merehatkan  hutang  lapuk.  Apa  yang lebih   menyulitkan ialah  cara mana  menyelesaikan hutang  Renung yang  dibuatnya melalui    terbitan  bon, kerana  menyelesaikan  masalah  ini  adalah satu  ‘pening kepala’ yang  amat  besar  sekali.

Beberapa pegawai  kewangan  yang terlibat  dengan  rencana kerajaan  ini    memberitahu:  Dr. Mahathir  bertindak  mendapatkan  penglibatan  Danaharta  kerana  pengalaman  dan ‘track record’ Datuk   Azman  yang baru  berusia  37  tahun,  sudah  mempunyai   rekod  kerja  yang  cemerlang  dalam  memperbaiki sistem  perbankan  negara  ini.

Datuk  Azman  enggan membuat sebarang  komen.

Catatan penterjemah:

Mengikut  Qalam Kencana,  semua  ini  adalah  sebahagian skrip lakonan  pengunduran  Daim sebagai  menteri  kewangan. “Manakan mudah  ‘isi’  berenggang daripada ‘kulitnya’ ”  kata  beliau.  Lagipun  Malaysia  sejak Daim menjadi  Menteri Kewangan  dulu lagi  telah  bergiat  cergas  dengan  terbitan bon  yang  diklasifikasikan  sebagai  ‘hybrid bond’  yang  menjadi  amalan  negara  yang  bebas  pergerakan  sistem  perbankannya. 

“Apabila  Malaysia  mengamalkan konsep ‘hybrid bond’  ia  sebenarnya  memperlekehkan status  negara  itu  sebagai  negara  yang  bebas dalam  pergerakan kewangannya, sedangkan  keluar masuk dana  dikawal  dan  bank  yang muflis  dibiarkan  terus  hidup kerana yang  membuatnya muflis adalah para  menteri kabinet  dan  pemimpin  UMNOBN.

 

Salah  satu  musibah  penggunaan  ‘hybrid bond’ ini pernah dituliskan oleh Harun Rashid.  Di Malaysia  syarikat yang  amat  pintar dan suka  menggunakan  hybrid bond  adalah syarikat  yang  berstatus,  pak pacak, dan kroni sahaja  kerana  putar belit  mereka mendapat  restu Raja  Penyangak.

Oleh kerana  sebahagian  besar  pemimpin  UMNO  adalah  lepasan sekolah menengah  sahaja  ataupun  diploma  tempatan  yang  diperolehi  secara  skim enngsotan  markah kelayakannya,  berapa ramaikah  antara  pemimpin UMNO  itu yang faham selok belok  kewangan  global? 

Kemudian, lihat pula  kepada  kelayakan  dan taraf  pemikiran  penulis  ‘unggulan’ bertaraf  upahan  UMNO BN?  Kita bukan  mencaci mereka tetapi apabila mereka  memperbodohkan  orang  Melayu  yang sebangsa  dengan mereka  walaupun  ada  antara mereka yang tidak pun mempunyai setitik darah melayu, kita berhak mempertahankan diri kita. Siapakah Zam Senator yang pernah menjadi Ketua Pengarang U.Melayu?  Beliau adalah lulusan  darjah  lima Sekolah melayu. Bagaimana pula dengan Pak Habib  bekas  tukang  kebun  dan penjual  ensyklopedia  yang sudah  menjual  hampir 40 buku? Apakah kepintarannya selain menulis  mengikut  sistem ‘cut  and  paste’?  Oleh kerana penulis semacam ini  yang  mengabui  pemikiran orang  Melayu  di tahap  tertinggi,  orang bawahan  pun  terikut  sama.  Laksana  perjalanan  keretapi, Apabila  kepala  masuk  selekoh,  gerabak di belakang pun ikut mengiring  sama.....!!” 

Selagi konsep  ‘hybrid  bond’  ini tidak  dimansuhkan,  sebarang usaha  Raja  Penyangak  untuk  apa  yang  dikatakannya  memperbaiki sistem kewangan  negara  ini  adalah  tidak  jauh  sasarannya  daripada apa  yang  disebut  sebagai  ‘Tikus  Memperbaiki Labu.’  Apabila  tikus  besar  terkencing  merata,  sesiapa  yang  mendekatinya akan dijangkiti  ‘hawar tikus’  juga... Haahaahaaa....memang  ‘Melayu’ haprak  dibuat  oleh  Mahathir...!!!!

Diterjemahkan oleh SPAR

Jumlah pembaca:orang