Golongan Muda dan Pengundi Atas Pagar Harapan Rakyat

Pengundi Likas dari golongan muda dan atas pagar yang cerdik dan intelek menjadi tumpuan boleh menangkan pembangkang?. Dalam pada itu tumpuan rakyat, terutama pengamat politik, pemerhati, peminat isu politik dan apa lagi para ahli politik tanah air. Sama ada parti pemerintah mahupun parti-parti pembangkang yang bertanding di Likas. BN, UMNO, SAPP dan para pemimpinnya yang sedang berkampong dan berkempen di Likas, Sabah. Sejak awal-awal lagi meramalkan BN akan menang besar, rakyat akan pilih calon BN dan bermacam-macam lagi propaganda mereka hamburkan, lukiskan dan siarkan di halaman-halaman akhbar yang memang berat sebelah itu, dengan sebuah gambaran hebatnya sokongan rakyat Likas kepada BN.

Gambar calon BN bersama ketua menteri, menteri-menteri pusat, menteri-menteri kerajaan negeri bersama rakyat atau penyokong di sana-sini. Untuk maksud bagi menggambarkan bahawa sokongan rakyat Likas adalah berpihak kepada calon BN, Datuk Yong Teck Lee. Namun, hakikatnya belum pasti, atas sebab rakyat yang celik politik, cerdik berpolitik dan dewasa dalam politik tipu helah UMNO/BN. Mereka akan menilai setiap kata-kata dan janji-janji yang ditaburkan oleh para pemimpin BN yang sejak dulu memang kerja BN tukang-menukang janji itu ini kepada rakyat. Tapi akhirnya yang kenyang dan kembung perut hanya beberapa kerat pemimpin, kroni, anak-anak dan suku sakat mereka, rakyat marhaen sekadar mendapat lebihan yang sudah tidak mereka perlukan lagi.

Begitu juga rakyat akan menilai kesungguhan dan keikhlasan politik pembangkang yang jelas membawa aspirasi rakyat marhaen yang terhimpit, terdera dan terbelenggu oleh budaya kepimpinan BN yang berdendam, tidak demokratik dan berkonfrontasi sesiapa saja yang mengkritik kepimpinan mereka yang tebal dengan nilai-nilai kebendaan, hiburan yang melalaikan rakyat, rasuah di sana-sini, penyalahgunaan kuasa yang berleluasa dan sebagainya. Pembangkang melihatkan nilai ketelusan dalam kepimpinan mereka, mengajak rakyat kepada budaya politik baru dan mendekati rakyat secara berhikmah bukan dengan taburan kebendaan yang melemahkan daya fikir dan akal budi rakyat.

Kesedaran rakyat dan pengundi Likas terutama dari kalangan golongan muda dan atas pagar yang tergolong sebagai pengundi bijak, intelek, terpelajar dan memahami isu-isu yang dibawa oleh parti-parti yang bertanding, adalah faktor utama yang akan memberi kemenangan kepada mana-mana calon di Likas. Setakat ini, cakap-cakap pemerhati amatur politik di Likas, kem pembangkang diberi semangat itu untuk mencipta sebuah kejutan terbesar di Likas selepas Lunas menjadi igauan seluruh kepimpinan UMNO (baru) pimpinan Dr Mahathir al-kutty. Likas tetap Likas, Lunas sudah dilunaskan. Rakyat dan pengundi asli Likas menjadi penentu sama ada mereka masih merelakan BN bersandiwara dengan pengundi warga asing/PTI Pulau Gaya. Dan rakyat Likas mesti cerdik dan menghantarkan isyarat berani kepada pimpinan BN Sabah, bahawa rakyat Malaysia di Sabah tidak mahu lagi pengundi hantu atau warga asing/PTI mengundi untuk memilih pemimpin di Sabah. UNDILAH DAN PANGKAHLAH CALON KEADILAN PUAN CHRISTINA LIEW untuk Sabah yang lebih adil dan baik, insya-Allah. Sekian.

Ibnu Sabah,
18.7.2001M

Jumlah pembaca: orang.