IWK   Pasang  Iklan
(IWK   Takes  An  Ad)

Indah  Water  Konsortium  (IWK)  telah  memasang  satu iklan di  “The  Star’ hari  ini (Julai 18)   yang berbunyi:  Tanpa  Indah Water bekalan  harian  air anda mudah tercemar . Kemudian  dengan  huruf  yang  kecil  ada  disebut:  Di Indah  Water  kami bertekad menentukan  bekalan  air anda  bebas  daripada  segala  cemaran   dan pengotoran. Perkara ini hanya dapat  dilakukan  melalui  pengurusan  kumbahan  yang  teratur.  Tetapi, ini bukan kerja  mudah.  Itu sebabnya  kami  meminta anda  melunaskan bil anda yang mungkin bernilai  hanya  RM2 setiap bulan. Tanpa  bayaran  itu,  kami tidak dapat membantu  anda.  Fikirkanlah.... kerana  alternatifnya amat  busuk  sekali.  Ini hanya merupakan satu  harga  yang  kecil  untuk  menentukan  ketenteraman  anda.”

Kita boleh  memberi tahniah  kepada  IWK  kerana  langkah murninya  mengenai bekalan air  dan  persekitaran.   Ia seharusnya meneruskan  apa yang mahu dilaksanakannya. Tetapi,  apakah   sangkut paut  langkah murninya itu  dengan  kita?  IWK  telah membuat tindakannya  dengan  mata  yang  terbuka.   Ia fikir  mampu  memeras daripada “pelanggannya”  apa  sahaja  yang  ia  suka.  Bukannya semudah itu. Tidak ada seorang pun rakyat  Malaysia  yang enggan  membayar apa  yang dimestikan. Tetapi,  IWK tidak boleh mengarahkan  mereka, seperti yang dilakukannya  melalui  kata-kata  di iklan. Iwk tidak pernah  membuka  perjanjian  dengan  para  “pelanggangnya”  untuk  menyediakan khidmat kumbahan. IWK beranggapan  dapat  “pelanggan”  tanpa  membuka  sebarang kontrak..  Tidak ada  bil  yang  dikirimkan  dan  tidak ada  penyelesaian  masalah  asas  dengan masyarakatnya.

Iwk sudah pun  mengugut  menghantar  penagih  hutan g kepada  para pelanggannya. Besar kemungkinan  IWK  akan menerima beberapa  surat  saman  kerana  tindakannya itu membawa anggapan bahawa  IWK  menganggap   para  “pelanggan” berhutang  kepadanya dan mesti membayar hutang  itu  pula.  Apabila tidak ada kontrak bagaimana  boleh wujud hutang? Bolehkah  IWK dan  menteri  kerajaan   tempatan dan  perumahan  menjelaskan sejelasnya kepada  rakyat  Malaysia  kenapa  mereka  dimestikan  membayar  sesuatu  yang dianggap sebagai  hutang  tanpa  sebarang  perjanjian?

Terdapat  dua   isu  di  sini:    Ada satu  masalah besar  IWK yang  tidak  ada kena mengena  dengan  kita. Isu yang kecil itu menyangkuti  usaha  IWK mengutip  duit daripada kita  sedangkan  tidak  wujud  sebarang perjanjian antara  kita  dengan syarikat  itu. Inilah isu  yang mesti diselesaikannya. Itu  sebabnya mereka membeli  ruang iklan untuk menjelaskan kenapa  kita mesti membayar  mereka  walaupun  tidak ada perjanjian. Kenapakah  IWK  merayu  agar  pelanggan  membayarnya sedangkan IWK sudah pun mengugut dengan penggunaan  khidmat penagih  hutang? Seandainya penagih  hutang menunjukkan muka mereka  di pintu  rumah  anda, suruh mereka berlalu  sahaja  ataupun lapurankan mereka kepada  polis  sebagai cuba  mengganggu  anda.   Itulah  sebenarnya yang dilaksanakan oleh IWK  apabila  menugaskan  tukang kutip hutang  untuk  menagih hutang  yang tidak pun  wujud.  Itulah hal  sebenarnya selagi  tidak ada  satu perjanjian  yang sah antara anda dengan IWK.

M.G.G.Pillai 

Diterjemahkan  oleh SPAR  01

Jumlah pembaca:orang