Likas Milik Siapa ?

Sejenak berada di PRK Likas semasa berkunjung ke Sabah dan menemubual beberapa orang rakan lama penulis yang juga adalah terdiri daripada aktivis reformasi dan AJK Pemuda Umno bahagian Tawau yang sedang bertugas di PRK Likas ini memberi sedikit gambaran kepada penulis untuk membuat sedikit ulasan tentang pola pengundian yang bakal berlangsung 21 Julai, nanti

Berikut diperturunkan ‘Raw-Data’ secara sepintas lalu tentang keputusan PRN Sabah 1999 yang lalu , Yong Teck Lee (BN)  - 9900, Dr. Chong (PBS) 4200, Dato. Harris Salleh – 3800, PAS 200 , Setia – 400 dan Bebas -100 undi.Jumlah pengundi di Likas adalah 25,000 orang, peratusan keluar mengundi – 72 % .

Jika diambil kira jumlah pengundi hantu  dan yang telah meninggal dunia yang telah dikeluarkan dari daftar pemilih yang baru ini sejumlah 3800 nama, maka pengundi baru di DUN Likas 2001 ini adalah seramai hampir 5000 orang. Ini adalah kerana jumlah pengundi 2001 ini adalah sekitar 26500 orang. Oleh itu secara kesimpulannya bolehlah diandaikan bahawa keputusan PRN Sabah Dun Likas 1999 yang lalu tidak boleh diambil kira lagi .

Penulis meramalkan keputusan PRK Likas 2001 adalah seperti berikut :

                        Undi secure BN ialah      ( 9900 – 3800 )                   = 6100

                        Undi secure PBS ialah    ( 4200 -+ 0 )                        = 4200

            Undi Secure KeADIlan  ( 3800 + 200 + 400 + 100 ) = 4500  (anggap undi yang tidak diberi pada BN dan PBS memberi undi pada kita )

Jumlah keseluruhan 14,800 warga Malaysia di Likas telah pun menyatakan pendirian semasa PRN 1999 lalu yang lain itu dianggap sebagai hantu yang telah diNYahkan.

Maka milik siapakah DUN Likas kali ini bergantung  ke arah mana pola pengundian pengundi baru yang bakal mengundi nanti. Jika jumlah yang bakal keluar mengundi adalah 75 % maka pengundi yang bakal menjadi sasaran kempen kita kita adalah sejumlah +- 7000 orang. . Maka, undi dari 7000 pengundi inilah nanti bakal memberi kemenangan kepada calon yang bertanding nanti.

Jika diambil kira PRK Lunas sebagai rujukkan 10 % pengundi baru akan memberi undi mereka kepada Parti Pemerintah (BN) ,jumlah 700 bakal memihak kepada BN. Anggaplah lagi 25 % undi kepada PBS sejumlah 1750 memihak kepada PBS , 5 % kepada calon Bebas = 350 dan baki 60 % kepada KeADILan = 4200.

Keseluruhan keputusan ini nanti adalah seperti berikut :

            Yong Teek Lee  ( BN )                =  ( 6100 + 700 )    = 6800 undi

            Chong Eng Leong ( PBS )           =  ( 4200 + 1750 )  = 5950 undi

            Christina Liew   ( KeADILan )      =  ( 4500 + 4200 )  = 8700 undi

             Kong             ( Bebas )             =              -           =  350  undi

Kita berharap dengan isu – isu tempatan dan isu – isu nasional yang begitu banyak untuk diperkatakan dalam siri kempen kita bakal menarik perhatian pengundi – pengundi Likas untuk  menyokong dan seterusnya memenangkan calon KeADILan dalam PRK ini.

Soal Ras calon nampaknya tidak menjadi masalah kerana semua calon yang bertanding adalah dari kaum yang sama. Jadi formula 60- 60- 10 yang dilaksanakan di Lunas amat sesuai juga dilaksanakan di Likas ini  dengan menggantikan senarai  kedudukan India kepada Kadazan-Dusun  dalam formula tersebut  . 

Ingatlah kata – kata seorang petugas tempatan  kita tempoh hari “ Satu Malaysia diberitahu KeADILan samseng tetapi Pengundi Likas tahu BN lah yang samseng dan yang bakal menjadi hakim nanti adalah PENGUNDI LIKAS”.

Wallahhuaqlam… kita merancang , Tuhan merancang… Namun perancanganNya maha sempurna..

 

Reformasi 3x…………Allahuakbar 3x……..

Reformis KeADILan,

Raja Anwar Raja Abdullah.