Pengundi Likas Mesti Buat Keputusan Tepat  

Assalamu'alaikum warahmatullah... 

Kepada, Seluruh rakyat dan pengundi Likas,

Kita semua sudah mendengar liur basi para pemimpin BN menabur janji-janji pembangunan kepada rakyat Likas, bayangkan 16 tahun atau 3 kali pilihanraya calon SAPP/BN, Datuk Yong Teck Lee mewakili DUN Likas isu pembangunan masih juga belum merata dinikmati oleh seluruh rakyat Likas. Tetapi Datuk Yong, para pemimpin BN Likas, kroni-kroni mereka dan KM Sabah sudah 6 orang bertukar ganti, yang kaya raya, senang linang dan hidup mewah ialah para pemimpin BN Sabah dan kroni-kroni mereka juga, termasuk para pemimpin BN KL dilayan sangat mesra oleh BN Sabah dalam kerjasama merompak, merampas tanah, harta benda rakyat atas nama pembangunan dan kemajuan. RAKYAT LIKAS dapat apa, rakyat Sabah dapat apa, yang mereka pelihara pengundi warga asing/PTI juga...

Rakyat dan pengundi Likas dari semua kaum bersatu hatilah kalian untuk tumbangkan calon SAPP/BN. Apapun mereka beri RM, beras, tangki air dan..dan..dan......kecuali racun. Terimalah itulah serpihan harta rakyat yang mereka rompak. Untuk mereka agihkan kepada rakyat musim kempen pilihanraya sahaja. Kalau mereka menang jangan harap mereka akan turun lagi ke LIKAS, yang rakyat tahu mereka akan ke Putrajaya, PWTC, ke..ke.. dan..dan....JADI ajarlah BN dan calon mereka di Likas ini, KALAHKAN DAN TUMBANGKAN CALON BN DI LIKAS pada 21 Julai ini.

Rakyat Likas, besar jasa anda dengan menumbangkan BN di Likas, anda akan dikenang sebagai wira rakyat Malaysia yang majmuk, anda akan diingat oleh jutaan rakyat Malaysia, anda akan ditabik sebagai rakyat yang berani BUKAN rakyat bacul dan pengecut, anda akan dicontohi oleh seluruh rakyat Malaysia yang majmuk kerana anda menjadi rakyat dan pengundi bijak, rakyat pintar dan berpandangan jauh.

Apalah gunanya anda diberi RM50, beras seguni untuk dimakan dalam seminggu, cukupkah itu?, tetapi lima tahun lagi anda akan menderita sekeluarga, mungkin datang pilihanraya sekali lagi baru anda diberikan kebendaan yang serupa itu oleh BN. Alangkah, sebenarnya anda telah diperbodoh dan dipermain-mainkan oleh para pemimpin BN Sabah, BN KL dan calonnya di Likas. Jangan anda, pengundi Likas yang cerdik dan bijak diperbodoh sampai dua tiga kali oleh BN dan para pemimpin mereka yang tamak dan merompak harta serta tanah rakyat.

Kerana itu, tetapkanlah pendirian anda pada 21 Julai nanti UNDILAH CALON PARTI KEADILAN PUAN CHRISTINA LIEW demi untuk sebuah kemenangan yang lebih bermakna pada tahun 2003/4 nanti.

Sekian, pastikan UNDI DAN PANGKAHLAH CALON KEADILAN PUAN CHRISTINA LIEW.

Penyokong BA,
Kota Kinabalu, Sabah.
19.7.2001M.

Jumlah pembaca:orang