KeADILan Parti Penuh Adab Sopan, Tapi UMNO Parti Samseng  

Kesamsengan UMNO sudah diketahui rakyat Sabah, dengan budaya sombong, ego, ganas dan samsengnya nampak terserlah di Likas. Kesopanan penuh adab susila KeADILan ke Sabah juga diketahui oleh rakyat marhaen di Sabah. Kerana itu, janganlah percaya lagi tuduhan/fitnah UMNO/BN terhadap KeADILan di Sabah. KeADILan bukan parti samseng, tapi KeADILan adalah parti yang adil, mesra rakyat dan baik untuk semua rakyat majmuk di Sabah.

UMNO/BN Sabah, para pemimpin mereka sama ada dari UMNO Sabah, Pemuda UMNO Pimpinan YB Datuk Hishamuddin, KM Sabah, Datuk Chong Kah Kiat, Calon SAPP/BN Likas, Datuk Yong Teck Lee dan hampir keseluruhan tiung-tiung BN ini bercakap parti KeADILan tidak sesuai dengan politik Sabah, KeADILan samseng dan macam-macam lagi tuduhan melulu, penuh dendam berbaur takut dan gerun dengan sokongan atau simpati rakyat kepada KeADILan pimpinan DS Wan Azizah Wan Ismail isteri bekas Timbalan Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim yang dipenjarakan.

Rakyat Sabah yang majmuk, terutamanya pengundi di Likas lebih arif dan tahu menilai, siapa samseng sebenarnya, siapa pula parti perompak dan parti tidak beradab. Jawabnya cukup mudah ialah UMNO, sebab UMNO ke Sabah secara cukup jahat dan kejam dengan menikam dan membunuh USNO menggunakan keris UMNO yang tidak bersarung, mereka paksakan secara halus agar USNO dibubarkan dan bermacam-macam lagi janji-janji indah kepada para pemimpin USNO yang cepat pelupa dengan sejarah itu.

Berlainan dengan Parti KeADILan datang ke Sabah, KeADILan tidak membubarkan atau membunuh mana-mana parti yang wujud di Sabah. KeADILan ke Sabah cukup beradab dan bersopan untuk mengajak rakyat Sabah ke arah sebuah pemerintahan/kerajaan yang lebih baik, adil dan demokrasi. KeADILan tidak membawa budaya samseng, ganas dan dendam seperti UMNO. Tetapi KeADILan membawa budaya politik baru, persefahaman antara pelbagai kaum, mesra rakyat, mengajak rakyat kepada kesedaran politik baru, membudayakan ilmu pengetahuan, mengajak rakyat Sabah membuang segala budaya politik UMNO/BN yang buruk seperti tipu helah, merompak harta, tanah rakyat, budaya rasuah berleluasa, budaya ampu, budaya takbur, ego, kronisme, rasuah politik dan sebagainya.

KeADILan ke Sabah juga untuk membawa rakyat Sabah kepada sebuah kehidupan rakyat lebih adil, kebajikan rakyat akan diutamakan, agihan kekayaan secara adil, memberikan keutamaan rakyat Sabah di pelbagai jabatan/kementerian persekutuan, royalti minyak lebih baik dan kerajaan rakyat. UMNO Ke Sabah lebih mengutamakan mengkayakan orang-orang UMNO pusat terutama Dr Mahathir, anak-anak dan kroni-kroninya. Bayangkan di Sabah hari ini orang Sabah banyak sudah menyebut mana-mana projek utama kerajaan mesti orang kata itu orang Mahathir, kroni Mahathir dan anak-anak atau suku sakat Mahathir. Itulah bezanya UMNO dan KeADILan datang ke Sabah. Rakyat dan pengundi Likas tentu lebih tahu, sudah banyak maklumat yang diperjelaskan oleh para pemimpin BA dalam kempen-kempen di Likas.

Oleh itu, kebenaran sudah jelas, kepalsuan juga sudah nyata. Jadi pilihlah yang benar dan tolaklah yang palsu, fitnah dan tipu helah UMNO/BN di Likas. Dan bersamalah dengan kebenaran yang diwar-warkan oleh para pemimpin BA dengan mengundi BA CALON PARTI KEADILAN PUAN CHRISTINA LIEW.

Sekian.

Ibn Sabah, 19.7.2001M

Jumlah pembaca:orang