Pindaan Perlembagaan Untuk  Menghalalkan Pengundi Hantu
(Constitutional  Amendment  To Legalise  Phantom Voters)

19.07.2001.

Satu  lagi  usaha  terdesak  untuk   meminda  Perlembagaan  untuk  tujuan  memperkasa dan  memanjangkan cengkaman kuasa  UMNO. Kali ini, ia merupakan pindaan  perlembagaan  untuk  menghalalkan  pengundi hantu yang ramai di Sabah.

Menteri yang  bertanggungjawab dengan  undang-undang, Rais  Yatim,  telah pun membuat  pengumuman bahawa  BN  akan membentangkan satu pindaan kepada  Perlembagaan  Persekutuan  di  Parlimen  pada  minggu  depan:  apabila  daftar pengundi  digazetkan, ia  seharusnya  diterima  sebagai  sahih  dan tidak  boleh dipertikaikan lagi. Akhbar  “The Sun”  telah  memetik Rais  sebagai berkata:

..  “Daftar pengundi  tidak boleh  dipertikaikan   lagi di sebarang   mahkamah sebaik sahaja senarai  pendaftaran  itu  diumumkan  dengan rasminya.  Secara tidak langsung  ini mengenepikan  masalah  pengundi  hantu.”

Apabila disoal apakah  Kerajaan akan meneruskan  rencananya  meminda  Akta  Kesalahan Pilihanraya  (EOC:Election Offences Act)  untuk membolehkan rayuan  terhadap  keputusan mahkamah  pilihanraya, Rais menjawab  perkara itu tidak diperlukan lagi. Dia menambah: “Kita menyelam sambil minum air, dengan  pindaan perlembagaan ini”.

Jelas kini  tujuan  sebenar   dilaksanakan  pindaan  kepada perlembagaan itu  ialah  untuk  menghalalkan  ratusan  ribu  pengundi  hantu  di Sabah.  Ini  adalah  satu  kerja gampang  untuk  menutup buat selamanya  kotak Pandora  yang  telah dibuka  oleh Hakim  Muhammad Kamil bin  Awang  ketika beliau  mendedahkan  wujudnya  penipuan besar-besaran  dalam  pilihanraya  Sabah.  Penipuan  jijik  itu  dilaksanakan   melalui  penggunaan   puluhan  ribu  pendatang  Filipina dan  Indonesia   yang dilaksanakan secara  haram  untuk  membolehkan nama mereka  mewarnai  daftar  pengundi  Sabah.

Penghakiman Muhammad  telah  memansuhkan  keputusan  pemilu  Likas  dengan  mendedahkan  beberapa  kisah  berikut:

        Ratusan  ribu  nama bukan  warga  Malaysia telah digunakan  dari  kalangan pendatang  tanpa  izin  Filipina  dan Indonesia  untuk  dimasukkan  dalam daftar pengundi  di Sabah.

b)     Semua pengundi  hantu  ini  dikategorikan sebagai:

c) Kempenyang berleluasa telah dilancarkan untuk  mengagihkan IC biru  yang tidak sah kepada pendatang haram,  dan seterunya mendaftarkan nama mereka sebagai pengundi. Kempen  ini  dilancarkan  oleh  UMNO dan  dibantu oleh  pegawai-pegawai daripada  jabatan Pendaftaran Kebangsaan  (untuk IC)  dan  pegawai Suruhanjaya   Pilihanraya.

d) Pemimpin pembangkang telah  membuat beberapa aduan rasmi  mengenai  pengundi hantu ini dengan memberikan butiran lengkap  identiti  mereka,  namun  setakat  ini  belum  lagi  menerima  jawapan Jabatan  Pendaftaran  Negara, Suruhanjaya  Pilihanraya dan juga   pihak  polis.  Dalam hal  ini.  Pegawai-pegawai  tinggi daripada   Ibu pejabat  Suruhanjaya  Pilihanraya   di Kuala  Lumpur  telah  mengeluarkan  arahan  tegas  kepada pegawai  pilihanraya  di Sabah  supaya  tidak melayan  sebarang  bantahan rasmi  terhadap  pengundi  hantu  ini.    Akibatnya, tidak  ada  pun sebarang  perbincangan terbuka   mengenai bantahan  rasmi ini,  yang  sudah  tentu  merupakan satu  kesalahan  terhadap  Peraturan Pilihanraya  Sabah  (Registration of  Elections  -Sabah )  1971.

e) Hakim Yang Arif  Muhammad  pernah  menerima panggilan telefon  daripada  mantan  Ketua Hakim Negara, Eusoff  Chin, agar  mengenepikan  petisyen  pilihanraya  tanpa mendengarnya, namun bekas  hakim itu enggan  mematuhi  arahan  itu.  Muhammad  juga  mendedahkan  betapa  hakim-hakim  lain  yang terbabit  dengan  petisyen  pilihanraya    pun telah  menerima  gangguan  telefon  seperti itu  daripada  Ketua  Hakim Negara  yang sama dengan  arahan yang serupa.

Seandainya  Kerajaan  BN  memang betul-betul  ikhlas  dan  menghormati undang-undang, sudah tentu  kerajaan telah  mengambil tindakan  pantas   untuk membetulkan kepincangan  undang-undang  ini  seperti yang  dijelaskan oleh Hakim  Muhammad    seperti  berikut:

Akan  tetapi, apakah yang telah dilaksanakan  oleh  Kerajaan?  Tindakan   yang songsang telah  menjadi  pilihan  mereka.  Tindakan itu  ialah:

Pendek kata,  Kerajaan BN tidak sanggup  melaksanakan sesuatu untuk  menjamin keluhuran  Perlembagaan  dan  mengembalikan  martabat hak berpolitik rakyat Sabah untuk melantik wakil mereka  tanpa  sebarang  pencemaran (yang  memihak kepada  UMNO) daripada  gangguan  para pendatang haram  yang berlakon sebagai  pengundi  yang  sah. Sebaliknya,  Kerajaan  BN bergantung harap kepada  kekuasaan  bilangannya  yang  besar  di  Parlimen  untuk  memutar-belit hak-hak  rakyat  Sabah, dan juga  rakyat  Malaysia seluruhnya.

Apabila  hari  mengundi  di  pilihanraya  kecil  Likas  bermula pada  21 Julai  nanti,  setiap  rakyat  yang berhak  mengundi  seharusnya  menggunakan  hak  keemasan  untuk mengundi  dengan  menunjukkan kejijikannya  terhadap  salah laku  BN  yang derhaka dan curang kepada negara ini.

  Kim Quek.

Diterjemahkan oleh SPAR

Jumlah pembaca:orang