LAPORAN CERAMAH BA DI DUN LIKAS

Graduan PJJ

Jam 9.00 malam kami sampai di Likas, depan Masjid Kg. Likas... ada ceramah dan kami berhenti di situ... Kelihatan Dato Syeikh Azmi (bekas Mufti P. Pinang) sedang berucap...ceramahnya lebih kepada bentuk pendekatan agama dalam menangani kezaliman yang dilakukan oleh UMNO dan BN serta kuncu-kuncunya. 

Kemudian syarahannya telah disambung oleh Setiausaha Pemuda KEADILAN Sabah, bekas pegawai PETRONAS (gaji terakhir beliau ialah RM6000.00 sebulan), anak tempatan dari Keningau. Beliau telah ditukar ke Semenanjung kerana meneruskan perjuangan reformasi yang diasaskan oleh Datuk Seri Anwar. Di Semenanjung semangatnya semakin berkobar kerana terdedah secara langsung dalam perjuangan reformasi, setelah penuh semangat perjuangan di dada, maka beliau telah meletak jawatan bergaji RM6000.00 dan menceburkan diri sepenuhnya dalam aktiviti parti. Ceramahnya cukup bertenaga, mengajak rakyat Sabah mengembalikan maruah orang Sabah yang telah ditipu oleh BN berkali-kali. 

Katanya, sepanjang pemerintahan BN di Sabah, pemimpin UMNO dan BN telah berlumba-lumba mengaut segala hasil kekayaan Sabah untuk diisi ke dalam poket dan ke dalam perut mereka demi untuk memuaskan nafsu serakah mereka yang tamak dari DULU, KINI dan SELAMANYA. Kebuasan nafsu mereka juga berlaku di Terengganu..di mana UMNO dan BN telah merompak wang royalti rakyat Terengganu dan sangat berniat jahat terhadap kerajaan PAS pimpinan Tuan Guru Hj. Abd. Hadi. Apakah rakyat Sabah terutamanya di Likas ini ingin melihat kezaliman UMNO dan BN berterusan? Undilah calon KEADILAN/BA untuk menghantar isyarat kepada BN bahawa rakyat seluruh Malaysia mahukan reformasi dalam semua aspek dan pengundi Likas akan menjadi wira mewakili rakyat Sabah selepas rakyat di Lunas mewakili suara BA di seluruh Semenanjung. Buatlah perubahan....kuasa undi di tangan anda...tentukan 21 Julai adalah tarikh keramat bagi rakyat Sabah yang cintakan keadilan dan tidak sanggup lagi dibodoh-bodohkan oleh BN dan UMNoooo.

Ceramah disambung lagi oleh Timbalan Ketua Pemuda Keadilan Pusat iaitu Sdr. Mustafa kamil Ayub. Ceramahnya semakin bertenaga dan lancar dan lebih bertenaga dan lancar lagi ialah isu-isu yang telah diutarakan terutama sekali isu yang berkaitan dengan kezaliman yang telah dilakukan kepada Datuk Seri Anwar dan sekarang UMNO dan BN sedang menzalimi rakyat jelata dengan serangan "semburan kimia" kerana rakyat tidak mahu menyokong BN dan suka mendengar ceramah BA. BN takut rakyat jadi cerdik kerana orang yang cerdik tidak akan ditipu lagi oleh UMNO dan BN. Sdr Mustafa mengajak pengundi Likas buat perubahan dan mesti bersedia untuk bersama-sama kerajaan Barisan Alternatif menjelang 2004.

Sekarang UMNO dan BN sudah ditolak oleh orang-orang Melayu....sebab itulah pemimpin UMNO dan BN semakin "MENGGELUPUR, MENGGILA dan MENGGANAS dan semakin tunjuk temberang dengan bertopengkan ISA. Turut hadir dalam ceramah itu ialah isteri Ustaz Dr. Badrul Amin. Orang Sabah semestinya berbangga dengan Dr. Badrul kerana beliaulah satu-satunya anak tempatan yang ada ijazah Phd. dalam bidang agama Islam dan pernah jadi Professor Undang Islam di UIA. Kalaulah Dr. Badrul sanggup berjuang bersama BA...apakah orang-orang Sabah tidak mahu bersama BA....orang Likas...buatlah perubahan.

Kira-kira jam 11.00 malam ceramah di situ berakhir.

Penulis bersama rakan-rakan telah beredar dari situ dan menuju ke markas besar Parti Keadilan di Kg. Likas. Pada mulanya kami hanya sekadar ingin tinjau-tinjau tapi bila mendengar ucapan/syarahan yang bersemangat daripada Pesuruhjaya PAS Sabah yang baru iaitu Dr. Datu Bandira Datu Alang kami terus parking kereta dan terus mendekati ceramah beliau. Saya merasa Dr Bandira adalah anak tempatan yang bakal mewarisi kepimpinan BA Sabah pada 2004. Ketokohannya terserlah malam tadi...rupa-rupanya ucapan beliau yang berani telah memukau pendengar BA dan BN. Hujahnya yang spontan, tegas dan berani telah "memati akal" UMNO dan menyebabkan pemuda-pemuda samseng UMNO "naik sasau dan histeria" kerana tidak tahan mendengar hujah-hujan bernas beliau. "Ketidakintelektual" pemuda-pemuda samseng UMNO menyebabkan mereka hilang kawalan diri dan memaki hamun serta menyorak dan memboo penceramah PAS.

Pemuda-pemuda haprak ini mula menunjukkan "ketidakgentleman" mereka dengan membaling batu dan menongengkan pantatnya (punggung) ke arah penyokong BA. Ada juga kelihatan SB-SB yang cuba mengawal pemuda haprak yang sedang emosional dan hampir hilang kewarasan. Kalau saya jadi SB...tangkap saja kepala haprak yang sedang dilindungi oleh Bapak Haprak DULU, KINI dan SELAMANYA.

Kebijaksanaan Dr.Datu Bandira berhujah dengan golongan haprak ini menyebabkan serangan dan provokasi mereka reda dan terserlahlah kejijikan dan kehaprakkan UMNO dan BN lalu...besarlah kemaluannya.

Bila Dr Datu Bandira berhenti...ceramah diteruskan oleh Sdr Roslan Kassim iaitu Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional. Beliau mulakan ceramah dengan mendeklamasikan sajak "Melayu Tidak Lupa" dan saya rasa ini satu pendekatan baru dalam menyampaikan message kepada audien dan ternyata Sdr Roslan Kassim cukup hebat dan mempesonakan sesiapa saja yang mendengar sajaknya itu. Sdr Roslan akan meneriakkan nama Mahathir.... pendengar akan sambung Mahahaprak... dan sdr Roslan akan sambung "Melayu Tidak Akan Lupa" selepas itu beliau akan meluahkan segala kejahatan dan kezaliman yang telah dilakukan oleh Diktator Tua selama 20 tahun pemerintahannya. Beliau akan membilang satu persatu kedurjanaan yang telah dilakukan oleh Mahahaprak Tua.

Di ketika inilah gerombolan pemuda haprak UMNO yang sasau dan menggila sekali lagi datang dengan gelagat dan kerenah seperti apa yang telah dilakukan ketika Pesuruhjaya PAS Sabah berucap. Sdr Roslan membalas tindakan mereka dengan ucapan yang lebih berani... beliau berkata... " inilah budaya samseng yang telah dibawa oleh pemuda dan puteri UMNO dari Semenanjung dan diajar kepada pemuda haprak UMNO Sabah. Sebaliknya Keadilan datang ke Sabah adalah untuk membawa wadah baru dalam perjuangan parti politik yang bersih dari segala kejijikan yang telah dilakukan oleh UMNO dan BN.

Suasana semakin tegang bila pemuda haprak UMNO tidak boleh menangkis hujah BA yang semakin lantang, berani dan jelas.

Kecetekan akal dan budi pemuda UMNO Haprak itulah menyebabkan mereka hilang maruah dan panduan...iblis dan syaitan sudah menguasai jiwa dan akal mereka...lalu mereka cuba merempuh pendengar ceramah BA tapi sikap matang dan intelek pendengar ceramah BA serta dipimpin oleh penceramah yang berwibawa maka Sdr Roslan Kassim telah mengajak penyokong BA bertakbir tiga kali dan melaungkan reformasi. Suasana reda sedikit tapi selepas itu pemuda haprak UMNO yang tidak puas hati terus menggila dan sasau.... maka Sdr Roslan Kassim telah membaca doa memohon kepada Allah supaya mereka yang cuba melakukan kezaliman diberi hidayah oleh Allah dan seterusnya berjuang bersama BA...  beberapa ketika maka tibalah 2 trak FRU untuk membuat kawalan.... selepas itu barulah pemuda haprak UMNO berundur... alhamdulillah tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Pada pemerhatian saya...ceramah BA akan aman damai jika tidak diganggu oleh mana-mana pihak. Sekarang barulah saya nampak dengan mata kepala saya sendiri... sebenarnya UMNOlah yang memulakan sesuatu provokasi dengan harapan penyokong BA akan berang dan seterusnya bertindak balas... maka pada masa itulah FRU dan SB akan bertindak menangkap dan bertindak ganas terhadap penyokong BA. Kumpulan haprak UMNO dan BN akan terlepas dari segala tindakan undang-undang.

Oh! ya saya lupa nak nyatakan bahawa pada malam tersebut juga ada Konsert Siti Nurhaliza tidak jauh dari tempat ceramah BA tapi khabarnya pemuda-pemuda lebih suka dengar ceramah BA dari dengar konsert. Nampaknya Dollah Badawi telah membawa Siti Nurhaliza untuk dipersembahkan kepada orang Likas. Dia ingat orang Likas bodoh dan mudah terpedaya dengan konsert. Kununnya sebelum itu di tempat yang sama... Dewan Serbaguna Likas telah digunakan oleh Dollah Badawi untuk kempen calon BeEnd. Ingatlah anak Badawi bahawa kamu gunakan kemudahan jet kerajaan untuk datang ke Sabah..tapi kamu datang ke Sabah adalah semata-mata untuk kempen pilihanraya....cukuplah Mahahaprak saja yang bergelumang dengan dosa..tapi kamu tu...anak ulamak tapi dalam internet gambar kamu dalam majlis arak dipaparkan...adakah kamu pernah minum arak... tolong nafikan kalau tidak dan satu lagi suruh bini kamu tutup kepala... jangan ikut bini Mahahaprak... jangan pakai ilmu astora haprak.. kununnya pakaian menutup kepala tidak wajib.

Ceramah selesai 15 minit jam 12 dan kami terus ke Anjung Selera untuk minum teh tarik...terima kasih ustaz PAS kerana belanja kami minum.

Ceramah BA di Kg Likas akan menjadi kenangan kami sekereta, lebih-lebih lagi seorang sahabat kami dari suku kaum Dusun.

Sekian.

Jumlah pembaca:orang