Mahathir  Impikan  Jemputan  Rumah  Putih
(Mahathir Eyes  the  White  House)

FEER Issue  cover  dated:  26 July,2001.

Perdana  Menteri Mahathir Mohammad  sudah  semakin  terdesak  mengimpikan  satu  jemputan  daripada White  House   untuk membuat  lawatan  ke Washington.   Sejak  beberapa bulan  yang  lalu,  dia  telah  mengirimkan tiga  pucuk  perutusan  kepada  Presiden  George W. Bush, termasuk satu  pucuk  di  mana  dia  memberikan  tahniah  kepada  presiden  itu  kerana  caranya  menyelesaikan  kemelut  pesawat  pengintip  Amerika    dengan  China  pada  April  lalu.  Demikian  cerita  yang  dibocorkan   oleh para  diplomat  Asian  yang  berpengkalan  di  Washington.  Sebaik  sahaja meletusnya perkara  itu,  Mahathir  telah  menunjukkan  simpati  terhadap  China  dengan  berkata:  “tidak ada  satu  negara  pun  yang  suka  diintip.”

Mahathir  telah  juga  menghantar tiga  orang  perutusan  khas  ke  Washington  - mantan  duta  Malaysia  di  PBB  Razali  Ismail,   mantan  Menteri Kewangan  Daim Zainuddin  (sebelum beliau  bersara)  dan  Menteri  Luar   Syed  Hamid  Albar  -  untuk    berjumpa dengan  pasukan  dasar  luar  Bush, dengan  tujuan  mengenal-pasti sama  ada  pentadbiran  baru  itu  berminat  untuk  memperbaharui  hubungan  dan  cuba   merisik  sama ada  satu  lawatan  boleh  dilaksanakan..   Di  Kuala  Lumpur,  Perdana  Menteri  telah  mengambil  langkah  yang  belum pernah dilakukannya  sebelum  itu  dengan  meningkatkan hubungan  dengan  Amerika  Syarikat. Tetapi  itulah yang dilakukannya  apabila  bertemu  dengan  Commander   Ketumbukan  Amerika  di Asia-Pasifik,  Adm. Dennis  Blair  dan  Duta  Lynn  Pascoe. 

Sebelum itu perhubungan  diplomatik ternyata  dingin  selepas  Mahathir  mengaibkan  dan  menangkap  mantan  timbalannya  Anwar  Ibrahim pada 1998,  hingga  mencetuskan kritikan pedas daripada  timbalan  presiden  Amerika,  Al Gore.  Selepas  bertemu  Pascoe,  Mahathir  memberitahu  para wartawan  bahawa  dia  telah  memberitahu  duta  Amerika itu  bahawa:  “kami rasa  kami mampu  memperbaiki  hubungan  dengan  pentadbiran  baru dan  melupakan  segala   perselisihan  yang sudah  lalu.”

Tamat.

Jumlah pembaca:orang