DUN LIKAS - RASUAH MAHATHIR DI SAAT AKHIR

Kempen Pilihanraya DUN Likas bertambah sengit apatah lagi tinggal beberapa jam sahaja penduduk-penduduk Likas akan membuat keputusan penting samada untuk mengekalkan pimpinan BN atau memilih kepimpinan baru di bawah Parti Pembangkang. Tentangan sengit lebih jelas di lihat iaitu daripada Parti KeADILan iaitu musuh utama UMNO.  Parti inilah sebenarnya yang banyak membuatkan Mahathir tidak lena tidur.

Ketakutan kerajaan di bawah Mahathir pada Parti KeADILan ternyata apabila saban hari di dalam media-media massa seperti akhbar-akhbar utama, TV dan Radio memainkan isu menuduh Parti KeADILan adalah parti penaja keganasan.  Perkara ini semua sebenarnya telah dijangka mesti dilakukan oleh kerajaan pimpinan Mahathir sepertimana yang dilakukan juga di Lunas baru-baru ini.  Apa yang merisaukan Mahathir adalah samada cara ini akan berjaya atau memakan diri sepertimana penduduk-penduduk Lunas telah mengajar beliau bahawa bukan semua rakyat di Malaysia ini bodoh dan hina.

Pilihanraya DUN Likas ini nanti turut menyaksikan satu lagi cara Mahathir untuk terus memperbodoh serta menghina rakyat di Likas.  Tanpa rasa malu dan bermaruah, Mahathir telah menawarkan hadiah istimewa kepada penduduk-penduduk Likas sekiranya berjaya menambah majoriti dan mengekalkan kuasa BN di Likas. Ini dinyatakan melalui akhbar perdana tempatan keluaran 19 Jul 2001.  Jika tawaran seumpama ini dilakukan disaat-saat rakyat akan turun mengundi bukan suatu rasuah, penulis tidak tahu apakah lagi yang patut dikatakan. Pihak SPR tentu lebih arif kerana badan tersebut dikatakan kini lebih telus.

Tawaran bodoh ini telah membuktikan dengan jelas bahawa Mahathir tidak lagi sanggup menerima kekalahan setelah terduduk di Lunas.  Tidak ada lagi menteri yang sanggup berjanji untuk menetap terus di Likas jika BN tewas sepertimana pernah dilakukan oleh `Si Putar Belit' Samy Vellu sewaktu berkempen di Lunas. Kepada pengundi-pengundi di Likas, belajarlah dari keberanian orang Melayu di Semenanjung yang majoritinya iaitu 64% telah menolak kepimpinan Mahathir kerana sikap `haprak'nya.  Janganlah lagi penduduk-penduduk Likas sanggup diperbodohkan serta dihina sehingga sanggup dijual beli dengan tawaran semurah itu oleh Mahathir.

Tugas penting penduduk-penduduk Likas adalah memberi mesej jelas kepada Mahathir bahawa tidak semua manusia boleh dibeli kerana yang mengundi nanti adalah manusia bermaruah bukannya seperti keldai yang sentiasa mengelilingi dan mengampu Mahathir sekarang. Mudah-mudahan tuhan membuka pintu hati rakyat Likas agar tidak terpedaya dengan propaganda serta janji-janji manis BN sepertimana yang pernah BN lakukan sebelum ini.

SELAMAT MENGUNDI, SALAM REFORMASI, LAWAN TETAP LAWAN!   

MASSURIA NS

Jumlah pembaca:orang