Satu  Wajah  Di  Media
(A Portrait  in Mixed Media)

oleh  Lorie Holland

FEER  issue cover dated  26 July,2001.

Surat  khabar Malaysia  menjadi bahan berita pula kali ini.  Pada  bulan Mei,  akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang  Pau  menyebabkan  kehangatan apabila  sebuah  parti politik utama Cina membeli    bahagian  saham yang membolehkan parti itu menguasai Nanyang  Press Holdings.  Kini,  ada sumber  desas-desus  mengatakan  bahawa saham New Straits Times  Press  akan  dijual  untuk  dikuasai  oleh Telekom  Malaysia. Dua-dua kaunter itu memang patut diamati  akan kemajuannya,  walaupun  demikian  para pengamat  menasihatkan agar  berwaspada.

“Kami  sengaja  jauhkan  saham-saham media,”kata  Edmund Cheah   ketua  pengarah  KL  Mutual Funds, salah satu  kumpulan amanah  saham  swasta  yang  terbesar  di  Malaysia. “Fundamental  sesebuah  syarikat itu bukannya  senang  untuk  dinilai, apatah lagi  dengan  pembabitan  politik yang  lebih  menyulitkan.”

Walaupun  demikian,  pengamat lain  berkata kedua-dua   urusan niaga itu berkemungkinan besar menaikkan  garisan  pendapatan kedua-dua  akhbar  yang  terlibat.  Nanyang   yang  boleh berbangga  dengan  purata pulangan sekitar 14.2%   selama  lima tahun, penjualannya  akan  membawa  penyatuannya  dengan The Star Publications  yang  dikuasai  oleh  MCA.

Pengurusan  baru di New Straits Times  Press  dijangka  memberi fokus  pada  urusan  penerbitan  kumpulan itu  dan  membantu  menyekat  menurunnya edaran  akhbar dan  juga  pendapatan  daripada  pengiklanan.   Harga saham NSTP  sudah  mula melonjak  sebanyak 22%  sejak satu  minggu yang  lalu  berasaskan  jangkaan   ia  dijual Sahamnya  sekarang dipasarkan  pada  sekitar 3.04 ringgit  (0.89). Namun masih ada  kerunsingan mengenai masalah  politik  di  masa  hadapan. (Catatan: Saham NST  pernah  bertakhta pada  kadar  RM19.00 -  penterjemah)

Pada  Mei 31, pembelian Nanyang oleh MCA  telah mencetuskan  kemarahan   masyarakat Cina  sehinggakan parti itu kini  mahu menjualnya semua  keseluruhan  pembelian  mereka.   Perundingan  dengan  bakal pembeli masih  menghadapi  jalan  buntu,  sedangkan MCA  melalui   bahagian  pelaburannya  terpaksa  membuat  tawaran mandatori untuk  membeli  saham  pegangan   yang  ada di tangan  pelabur  eceran sebelum berakhirnya  Julai  ini. Peraturan ini perlu dipatuhi kerana MCA  telah membeli  lebih  daripada  tiga puluh  peratus  saham  syarikat  itu.  Harga  saham  syarikat ini  sedang  bertahan pada  tahap  5.20 ringgit.

Penjualan  saham  NSTP memerlukan keizinan  Kementerian Kewangan  dan Telekom  Malaysia     menafikan adanya  sebarang  rundingan  mengenai pembelian  itu. Lagipun, NSTP  memerlukan seorang pembeli   untuk  CAHB,  Commerce  Assset  Holding, dalam usahanya    untuk mengurangkan  bebanan hutangnya. Bayaran faedah terhadap  hutang ini  adalah sekitar  80 juta  ringgit ($21 million US dollar) setiap  tahun.   Inilah  yang menyebabkan    keuntungan  operasi  NSTP  selalu ditulis dengan  dakwat  merah.

Kedua-dua  penerbitan menghadapi zaman yang  tidak menentu:  harga  kertas   yang  semakin  meninggi dan  pendapatan  daripada  iklan yang  semakin  meluntur  disebabkan  kegawatan ekonomi. “Pada  keseluruhannya   keadaan industri tidak juga  berubah  walaupun ada  kemungkinan  ia akan   mula pulih enam bulan dari sekarang  seandainya  ada  pemulihan  ekonomi  negara  pada   bahagian akhir  suku  tahun  ini,” kata  Jeffrey  Tan   seorang pengamat media untuk KAF-Seagrott   Research di Kuala  Lumpur.

Seandainya  keadaan industri  pulih, NSTP  berkemungkinan turut pulih  juga   dan berkemungkinan besar akan muncul seorang bakal pembeli CAHB  tidak lama lagi. Demikian catatan  kertas penyelidikan  Merril  Lynch.  Namun  demikian, penjualan  CAHB  tidakkan mampu   merobah  nasib  kumpulan itu, walaupun nanti    adanya  satu  pengurusan  yang  baru  yang diterajui  oleh  Telekom  Malaysia, ia tidak juga  memberikan keghairahan kepada  para  pengamat   seperti yang  diselidiki oleh ‘The  REVIEW’.

‘The  REVIEW’  berpendapat  New  Straits Times, pada  langkah   awalannya  haruslah   mengenepikan persepsi  awam bahawa ia  terlalu rapat dengan  kerajaan. Harga  sahamnya  pun  dikira  mahal  oleh banyak  pihak  apabila  dibandingkan  dengan  harga  pasaran   calon  utama  pasaran, The  Star  Publications.

Tamat.

Catatan:    Berapa  banyakkah saham  NST  yang dibeli dulu  pada kadar  RM19.00 sesaham dan masih  lagi  dalam  simpanan  Tabung  Haji, KWSP,  KWAP, Tabung  Angkatan Tentera  dan  sebagainya???? – penterjemah

Jumlah pembaca:orang