Mahathir Dan Keaiban Politiknya Yang Terbesar
(Mahathir  and  Colossal   Political   Failure)

Setelah  mencengkam kuasa selama dua puluh tahun, orang  yang  selama ini menggelarkan dirinya  sebagai   pemimpin  bangsa Melayu  terulung, telah  membuat pengakuan betapa dia telah gagal  memajukan  orang  Melayu.   Demikianlah  pengakuan yang  menakjubkan yang keluar daripada mulut seorang diktator yang sakit dan sudah pun berusia  76 tahun  itu,  yang  mempunyai sejarah jenayah  untuk terus  mencengkam  kuasanya  sudah pun  menunjukkan  tanda-tanda  mahu  menyerah kalah. Pada  satu ketika  dulu,  apabila berakhirnya   kisah  penangkapan Anwar   yang  diikuti dengan pemenjaraannya, Mahathir berlagak menunjukkan  keangkuhan betapa dia  mampu  menangani krisis  yang diciptanya sendiri itu  melalui dua  cara:  pertama,  mengnyahkan Anwar  dengan  fitnah dan   hukuman  penjara. Kedua,  dengan memesongkan pandangan rakyat  daripada  bencana ekonomi   yang dicetuskannya  secara   melengah-lengahkan masa dengan  jangkaan dia  mampu  memperbetulkan keadaan.  Alahai, kedua  rencana  itu  gagal  sehinggakan   maruahnya  sendiri hampir terpenggal.   Hampir tiga  tahun selepas itu,  Mahathir  terus gagal untuk  melakukan walaupun sedikit  usaha  untuk  memperbaiki keadaan.  Sebaliknya,  majoriti  rakyat  Malaysia   sudah  pun  menolaknya  dan  mengcopnya  sebagai seorang pembohong besar dan  seorang  pariah  poli                             tik yang tidak bermoral. Mahathir  dianggap  sebagai  seorang pariah  politik yang pintar  menggadaikan nilai-nilai murni berpolitik semata-mata untuk menghumbankan para  pembangkang politiknya  agar  dia terus  dapat  mencengkam  kuasa.

Mahathir  Menghampakan Harapan  Melayu

Kalau disemak semula segala lakonan  Mahathir kita akan didedahkan kepada  segala sikap beliau memperlekehkan  orang Melayu.  Bertahun  lamanya  kepimpinannya  itu  sarat  dengan  krisis kepimpinan  sehinggakan  dia  hanya  mampu  melaksanakan  benda-benda yang  memberikan beliau  satu  perasaan berada  di  mercu   pencapaian  yang   palsu.  Inilah  pencapaian  yang  memberikan  dia kemegahan  yang kini  menjadi satu  igauan ngeri,  kerana ia  adalah  hasil  bahana  kemelut Anwar  Ibrahim  yang diciptanya sendiri.  Pada   hari ini  diktator yang  zalim ini sedang  mengerang    kerana kesakitan  yang    bukan kepalang,  walaupun  secara luaran  dia  bermuka-muka  seolah-olah    dia  adalah seorang  pemimpin yang berani dan mempunyai  keyakinan diri. Tetapi, semua orang  sudah tidak lagi  merasa pelik lakonan  yang penuh keyakinan yang dihiasi senyuman plastik..Rakyat  tahu  bahawa  di sebalik  semua  itu  terpendam  seribu  ketakutan  dan perasaan  yang  pilu.  Melalui  ciptaan Dasar Ekonomi Baru  (DEB) orang  Melayu  telah  diberikan  harapan  palsu  dan disuapkan  dengan bersudu, tanpa  ditunjukkan  mengharungi  dunia kehidupan  dengan  semangat  yang padu, sehinggakan  mereka  menjadi  satu bangsa yang  serba tidak tahu.  Inilah kesannya  apabila  kepimpinan yang  ada di tangan  Mahathir  sengaja  dibiarkan  begitu sahaja, membiarkannya  mencengkam  kuasa  mengikut  seleranya, sehinggakan  Melayu sudah  menjadi  satu bangsa  yang  tidak bermaya, otaknya diputar belit hanya  mengharapkan subsidi  untuk  hidup  tanpa  sebarang  jati diri.   Kesan  jangka  panjang telah  melekat  berkarat   kepada bangsa  Melayu  itu disebabkan  seorang  pemimpin  yang sungguh haprak   dan angkuh sehinggakan  kelemahan  bangsa  Melayu itu  sudah  nampak  amat  menyeluruh.  Banyak buktinya kini betapa Mahathir  sudah  menghancurkan harapan  bangsa Melayu, sambil beliau terus  menghina  kebijaksanaan  yang  ada,  meruntuhkan   kepercayaan  mereka  dan  melencongkan  arah  tuju  kemajuan  bangsa. 

Mahathir  Memporak-perandakan  Negara

Hanya  kerana  mahu  terus  bernafas lega  dengan  nafsu politiknya, dia telah  memporakperandakan    susunan ketatanegaraan  (polity) Malaysia. Bukan  sahaja  dia  telah  menaburkan  racun yang berbisa malahan  telah  menghancurkan   perjalanan budaya, sehinggakan  segala porak-peranda  itu memerlukan satu usaha  yang besar dan  unik  untuk dibaik pulih.  Segala  dosa Mahathir kini mula terdedah  sedikit demi sedikit, menyerlahkan  kehaprakan  berpolitik dan kesilapannya  yang  besar-besar.  Cara  berpolitik beliau yang menyalahi hukum dan kesusilaan, dan  kesewelannya  telah  menjadikannya  seorang pemimpin  yang berhati syaitan,  dikutuk  dan  disumpah-seranah  oleh  rakyat  secara berpanjangan.  Ramai  orang  Melayu  yang  menganggap beliau sudah  murtad.  Malahan  Persatuan Islam Amerika Utara sudah  pun  mengenali beliau sebagai musuh agama Islam. Segala  dosa  politiknya,  kesilapannya  menerajui  ekonomi  negara, sikapnya yang  celupar  terhadap  ajaran  agama, kekejamannya  dan  segala  fitnahnya sudah  memporak-perandakan  negara,  sehingga  berkemungkinan besar  terpelanting menjadi sebuah  negara  pariah,  untuk   dicemuh,  dan dipersendakan oleh masyarakat sejagat. Malaysia sedang  menanggung aib  yang besar,  kekecewaan  dan  kehinaan  disebabkan  ketamakan  dan kehaprakan  seorang pemimpin yang  sudah  lama gila  yang  mementingkan  dirinya  jauh  lebih  utama daripada  kepentingan  negaranya.

Malaysia  Boleh Diselamatkan  Hanya Dengan Menangkap  Mahathir

Krisis  yang melanda Malaysia  akan  terus  berpanjangan  disebabkan  Anwar  dikenakan  hukuman penjara secara  tidak  adil dan  kepimpinan Mahahtir  sebagai  seorang penjenayah.  Masalah ini tidak  akan  reda  selagi  si penjenayah  tidak  ditangkap  dan  yang  dimangsakan tidak  dibebaskan. Selagi  ini  tidak terlaksana, tidak ada yang  dapat  menyelamatkan  negara. Setiap rakyat faham  bahawa Mahathir sebenarnya  penjenayah  itu  yang mesti ditangkap  dan dipenjarakan.  Di  waktu yang  sama rakyat  pun faham bahawa  Anwar  tidak berdosa  dan hanya Anwar  mampu  memperbaiki keadaan sebelum  bencana terus berpanjangan..    Masalahnya  sekarang, Mahathir  sudah  ketakutan dan enggan  menerima  kebenaran. Dia masih mengharapkan  masa dan  kepintarannya  untuk memutarbelit  rakyat jelata  untuk  terus  menipu  mereka.  Malangnya  (untuk  Mahahtir) kebenaran itu  mempunyai lebih  kekuatan daripada seribu  pembohongan,  sehinggakan si  pembohong  kini  sudah  terkepung,  tidak bermaya  dan  keliru  untuk berfikir  mantap  selalu sehinggakan  perangainya  bertukar-tukar, sekejap marah  sekejap  gusar, mengutuk  dan mencerca  semua  insan yang  ada melainkan  dirinya juga. Tetapi,  seluruh dunia  sedar kini  dialah  sebesar-besar  penyangak,  kaki temberang  yang paling  gadang  dan yang lebih  penting   lagi dialah  penjenayah yang  paling  besar  kerenah.

Mahathir Akur  Kepada Ideologi Anwar

Setelah gagal  dengan  politik  yang berunsur perkauman,  dan kecundang  dengan  usaha    melunturkan falsafah Anwar ke arah  politik  multikaum,    pemimpin kejam yang  semakin terdesak itu  sudah  mula memainkan  rencana  menukarkan  BN  menjadi sebuah  parti  yang berunsur multikaum  juga.  Dia  akan  kecundang  juga  kerana  BN  sudah lama pekat dengan  amalan  korupsi  yang  sudah  lama berkarat. Sebarang  usaha  mengikis  amalan  itu  akan  menemui jalan  buntu. Memang  tidak ada  antidot kepada  virus  ala ĎAIDSí  yang  menular seluruh  UMNO/BN  yang dapat  menahan  perjalanannya  ke lembah kemusnahan.  Racun  yang berbisa sudah masuk menyerap  darah daging  UMNO dan BN  menyebabkannya  lumpuh  dan  longlai,  hanya  mampu kelihatan  bermaya  kerana  adanya kekuatan  eksekutif yang  masih  dicengkam   kuasa. Anwar sedang  menghidu  udara  kemenangan  disebabkan  partinya  berjaya  meraih  sokongan padu generasi  muda  rakyat  Malaysia  yang  sudah  lama membisikkan  sayonara  kepada  UMNO/BN.

Mahathir Dan  UMNO Dalam Lembaran  Sejarah

Rakyat  Malaysia  yang  masih muda  sudah lama  menganggap  UMNO/BN sebagai ketinggalan zaman.  Tidak ada cabaran lagi dan  semangat  juang  yang  disaluti keberanian  dan  keperwiraan dalam UMNO/BN  sudah  lama  turut menghilang.  Semua pemimpinnya  sudah lama mabuk  kuasa yang tidak ada  kekuatan  rohaninya.  Masa depan gagasan UMNO/BN  sudah  tidak  menjanjikan  apa-apa.  Sudah  hilang segala  keperwiraannya, harapannya dan  semangat perjuangannya. Yang masih boleh dijanjikan oleh  UMNO/BN ialah  politik  menakut-nakutkan,  budaya  membenci dan menyogok serta  korupsi,  penderaan  dan  propaganda. Setiap  unsur  politik  yang jijik ini  adalah pasport  untuk mempercepatkan langkah  UMNO/BN  menghala   kubur  tanpa  pusara. UMNO/BN sudah menjadi penyangak  bajingan sekarang  sedangkan  BA sudah  dianggap  sebagai  pahlawan dan pejuang  negara. Mahathir  boleh menangis,  meraung  dan   menjerit lagi,  membohong  dan  memperlekehkan rakyat marhaen  dengan segala  penipuannya. 

Apabila diambil kira semua keadaan  ini,  hanya  ada  satu  peluang  sahaja  untuk  rakyat negara  ini  melaksanakannya. Tangkap Mahathir,  dera dia dan  bawa  dia  ke  muka  pengadilan.  Bebaskan  Anwar  kerana  hanya dia  yang  jelas  mampu menyelamatkan keadaan  dan  membersihkan  segala  kejijikan  yang  dihimpunkan  Mahathir  yang sudah  pun  menjadi  gunung  kejijikan  yang  setiap hari  mengeluarkan bau yang mencemar  udara .

Semangat  kebenaran
21  Julai,2001.

Diterjemahkan  oleh SPAR

Jumlah pembaca: orang