Getaran Di  Pinggir Jurang  Likas
(Quavering on  the  precipe  at  Likas)

Pilihanraya kecil Likas, seperti  juga yang pernah  berlaku di Lunas, tahun sudah, menjadi  tumpuan  utama sekarang.    Pengundian  bermula esok pagi,  Barisan Nasional yang  memerintah  sudah merasakan bahangnya, gara-gara   gelagatnya  memperlekehkan  dan menyorok  segala  rekahan  dan  keretakan serta  pentadbiran   compang-camping yang berlaku  di negeri itu, bukan setakat Likas sahaja. Lunas  pernah  membuatkan BN menggigil,  Likas  berkemungkinan  membuatkan  BN  bergetar  di hujung  pedang.

Likas  sudah  dianggap lebih besar  daripada  sebuah  pilihanraya kecil.  Ia bukan lagi setakat  kemenangan untuk  BN  ataupun  penentang utamanya   parti Bersatu Sabah (PBS). Keputusan  pilihanraya itu  akan  menghantui  UMNO  sebuah parti   persekutuan yang telah menolak  segala nasihat  untuk  menjejakkan kaki ke Sabah untuk  menguasai negeri itu dengan  kawalan ketat kerajaan pusat  sehingga  menguasai segalanya di sana. Sememangnya,  Sabah  UMNO ataupun UMNO Sabah  terkepit di celah ketiak  UMNO pusat.

Dalam  pengurusan pilihanraya  kecil Likas  itu,  semua  pegawai penting datang daripada pusat. Timbalan perdana  menteri  (merangkap timbalan  presiden  UMNO) Abdullah Badawi,  mengarahkannya,  ketua Pemuda UMNO  Hishamuddin  Hussein Onn, bertanggungjawab dengan perjalanan kempen, menteri-menteri kabinet keluar masuk  bersimpang-siur, sambil berbuat silap  silih berganti dengan  mengenepikan  peranan  penyokong kuat BN tempatan di pinggir  sahaja. Inilah  yang  mencetuskan  semangat  kenegerian  yang  secara tidak sengaja.

Lagu-lagu  Sindiran

Memang  mudah  berbuat kesilapan, yang  paling serius  ialah  ketika  hari pencalonan minggu  yang  lalu. Kenapakah  para pemimpin  negeri  dan bahagian  pusat  masuk campur menegah Hishamuddin dan pergerakan pemuda UMNO  menyanyikan lagu-lagu sindiran yang kemudiannya  diikuti sama   oleh   pergerakan Puteri  UMNO?

Mereka yang  menyaksikan peristiwa ini  naik  bosan  dan  jijik sehingga  mereka mengundurkan diri sebaik sahaja menyedari sindiran kata  yang  dinyanyi.

UMNO  Sabah  dan PBS   mula-mula menyangkakan  pengerusi Keadilan negeri Saidatul  Said Keruak  yang  akan  bertanding. Apabila  Christina  Liew,  seorang peguam  yang popular dan  mempunyai   rekod perkhidmatan sosial yang  terpuji, mengemukakan  kertas pencalonan,  pertandingan  itu menjadi satu    perlawanan  sengit  antara  UMNO dan Keadilan.

Tetapi  di Likas, seorang  calon  beragama  Islam  tidak punyai banyak peluang  untuk berjaya.  Isu  yang  sebenar di tempat ini  ialah  perkauman  - hanya  seorang calon Cina yang akan menerima  sokongan.

Perlawanan Proksi

Pada mulanya  Keadilan tidak mahu  bertanding, tetapi  bertukar fikiran  setelah memikirkan perlunya  bersiap sedia untuk  menghadapi  pilihanraya  negeri  di Sarawak pada akhir tahun  nanti. PAS  menentangnya  di tahap awal, tetapi  kini  bekerja keras di belakang tabir.  Barisan Alternatif  pun mula bersemangat.

Tiba-tiba Likas meniru  apa  yang  terjadi di  Lunas. Ia menjadi  satu  medan perlawanan proksi. Seperti juga  di  Lunas,  pemimpin  pergerakan  UMNO  bersikap  liar. Dia tinggalkan  Lunas  di pertengahan  kempen  untuk  bersantai dengan  keluarganya. Di sini dia menyanyi lagu yang menyindir pula.  Tetapi, apa yang diterima-pakai di Lunas, mungkin tidak  diingini di  Likas.

UMNO mahukan  calon  beragama Islam untuk   kawasan  yang  mempunyai   seramai 26,000 pengundi, kerana  terdapat 15,000 pengundi Melayu  berbanding 7,000  pengundi Cina  dan 2,000 pengundi     bukan Islam.  Terdapat   begitu luas  perpecahan sehinggakan menteri pusat  terpaksa melakukan  kerja-kerja  menampal  tempat yang  rabik dan semangat  yang  carik.

Calon BN,  Yong Teck Lee, datang daripada  parti kecilan    Sabah Progressive Party (Sapp), bukannya  popular  ataupun  mempunyai  karisma. Mahkamah Tinggi sudah pun menolak  kemenangannya dalam pilihanraya  dulu  berdasarkan satu  petisyen pilihanraya. Para  pengundi  sedar  seandainya  rayuannya  gagal,  seperti yang telah berlaku, calon yang mendapat undian  yang  tertinggi selepas dia  sepatutnya dilantik mengisi kekosongannya.

Seorang  pemimpin   UMNO dan  mantan  ketua  menteri,  Harris Salleh, berkata dia sanggup  memilih calon BN  asalkan  calon  itu bukan  Yong. Inilah pendapat yang disuarakan  oleh  ramai  puak-puak  UMNO.

Boneka  Yang  Bertali

Adalah sukar untuk  seseorang calon  beragama Islam menerima kemenangan  di Likas.   Itu sebabnya,  UMNO dan PBS  terperangkap  apabila  Christina  Liew   mengemukakan kertas pencalonannya .Kalau  ada  pun calon  bebas  di sana  peluangnya  tidak  akan pergi  ke mana.

Keadilan tidak perlu menang untuk  membuatkan  UMNO dan  PBS menggeletar. Keadilan hanya perlukan  30 peratus  undi untuk tujuan  itu.  Itu  sebabnya  UMNO dan PBS tumpukan menyerang Keadilan sahaja  dan  tidak menyerang  antara  satu  sama lain  antara mereka berdua.  Dengan lain perkataan,  Yong hanya merupakan  satu  boneka  yang bertali-temali untuk  ditarik sana-sini.  Namun  ada  tali  kesamaan  antara  empat calon Cina  yang bertanding itu. Mereka  pernah menganggotai   PBS  di masa dulu.

Sebagai  sebuah parti yang tidak pun berdaftar di  Sabah,  Keadilan  mempunyai barisan petugas  di balik tabir yang sungguh gagah.  Pengarah  pilihanraya  ialah Johari Abdul, yang satu  ketika dulu  merupakan  pengarah  penyelidikan  Biro Tetangga, cabang perang urat-saraf di jabatan perdana menteri.

Kejadian berpaling tadah  selepas  kemelut  Anwar membuatkan  UMNO semakin kematu; seorang lagi  pegawai perang saraf   ialah seorang  ahli Parlimen  PAS dan wakil rakyat Keadilan  di Lunas.   Kalau  Lunas sudah menakutkan  UMNO, Likas  sudah tentu berlagak dua  kali ganda, tidak kiralah keadilan akan menang ataupun  tidak.

Kempen UMNO   mengaibkan  Anwar  di Likas  sudah  melantun balik  kerana dia masih mempunyai  penyokong yang  kuat di Sabah, termasuk  dalam  kabinet  negeri. Pergerakan Pemuda UMNO  dan  juga  Hishamuddin gagal menghitamkan  nama  baik Anwar, malahan telah membuatkan pengundi Sabah  naik  muak dengan  mereka.

Tidak ramai  yang  menjangkakan  kemenangan  untuk Keadilan. Tetapi,  kalaulah calon Keadilan  berjaya  mendapatkan  satu  pertiga  pengundian  yang  ada,  ia akan menjadi satu isyarat  keras  kepada  UMNO dan  PBS, dan menyediakan  mereka  untuk lebih  yakin bertanding  di  Sarawak  pada  akhir tahun  ini.

Inilah  yang  diberikan  penekanan   dalam  kempen  Keadilan tetapi diperlekehkan sahaja  dalam kempen  BN  dan  PBS.   Semalam Yong   menjadikan  perkara  ini lebih  lucu lagi. Dia   telah berjenaka  agar pengundi mengingatkan  kepalanya  yang botak dan mukanya yang berjambang.  Tetapi, sepatutnya   dia  memberi  penekanan kepada khidmatnya sebagai wakil rakyat  selama 16 tahun  di  kawasan  itu.

Dilema Seorang Proksi

Proksi  UMNO di Likas  mesti   berusaha untuk  menang.  Kekalahan dan  juga kejayaan yang baik  oleh  Keadilan akan memperlekehkan  kuasa  pusat  di negeri itu. Perpecahan di kalangan  masyarakat  Islam Sabah  adalah lebih serius daripada  yang terdapat    di kalangan  masyarakat  Cina,  Kadazan  ataupun  Bajau  yang  merupakan  salah satu kumpulan  Islam  itu.

Perkara   ini telah ditudungi oleh   lakonan   penyatuan  politik   yang mewarnai budaya. Sekali lagi  inilah fenomena yang  pernah  tercetus  di  Lunas  dulu.

Ada satu isu  hangat  yang kerap dibincangkan  berkaitan  dengan  cara kerajaan pusat cuba  memulas tangan   urusan  harian  Sabah  terutama  sekali apabila  kemajuan ekonomi  negeri sedang  merasa angin  kegawatan.

Memang  terdapat  sedikit  pergeseran  dalam sistem politik dan pentadbiran negeri dalam  urusannya  dengan  kerajaan  pusat.  Lebih-lebih  lagi sejak  Labuan diserahkan kepada  kuasa  Wilayah  Persekutuan. Kini, sudah  tercetus  desas-desus  adanya minyak di  dasar laut  di  situ  yang  mempunyai  bekalan  yang  lebih  banyak daripada  yang terdapat  di  Kuwait.

Seandainya  Kuala  Lumpur  tidak  berhati-hati,  perdebatan  politik di Sabah berkemungkinan mencetuskan semangat  kenegerian. Dalam hal  ini, siapa yang menang, dari kaca mata UMNO dan PBS sudah tidak penting lagi  asalkan  yang  menang itu bukannya  orang Keadilan.

tamat.

Jumlah pembaca:orang