KELENTONG YB: ALAHAI MAHATHIR 1986

Dalam ucapan Mahathir sempena perhimpunan agung Umno 1986 yang menuntut ahli-ahli dan pemimpin Umno untuk bersetia dengan parti walaupun telah tidak dipilih sebagai calon dalam pilihanraya umum 1986 yang lalu menarik perhatian penulis untuk membuat sedikit ulasan mengenai ucapan tersebut.

Para ahli dan pemimpin Umno telah menyahut seruan tersebut tanpa berfikir panjang lagi , hasilnya BN menang besar ketika itu . PAS tinggal Pengkalan Chepa dan Rantau Panjang sahaja. Kepimpinan Mahathir disanjung , dipuja dan dilambung, walaupun suara suara sumbang dalam Umno mula kedengaran namun ia dipinggirkan.

Suara penentangan ditekan hebat sehingga muncul satu kuasa penentangan anjuran Musa- KuLi atau Team B , menyanggah Mahathir dan Team 'A'nya . Mujur ada Anwar Ibrahim to the rescue dengan bantuan Ayah Mertuanya. Peristiwa yang Lain itu telah menjadi sejarah.

Maka daripada saranan Mahathir ini wujudlah satu trend dimana kesetiaan membabi-buta dituntut ke atas setiap ahli Umno terhadap Presidennya , jika ada suara penentangan yang timbul, ia akan dihadapi dengan pelbagai bentuk penindasan yang tak terfikir oleh akal yang waras. Akhirnya penentangan mati dan wujudlah suasana ampu-mengampu dalam parti usang itu. Akhirnya wujudlah Pemerintahan Authoritarian, Mahafiraun ini menjadi MAHAFRAKAUN .

Natijahnya Mahafrakaun ini menjadi sangat berkuasa dan bermulalalah era pengagihan projek-projek penswastaan kepada Kroni dan sanak saudara di kalangan elit pemerintah. Jumlahnya bukan lagi Ratusan Juta RM tetapi telah menjadi berbillion RM. Inilah  akibatnya jika kesetiaan membabi buta diberikan kepada Mahafrakaun ini.

Sepatutnya kesetiaan ahli kepada parti mestilah dinamis dan berasional. Ahli perlu sentiasa bermuhasabah dan menilai kepemimpinan serta membuat teguran takut-takut pemimpin itu tergelincir daripada dasar dan hala tuju perjuangan parti. Sekiranya teguran tidak diambil peduli maka turunkan pemimpin tersebut dari singgahsananya. Pepatah Raja ADIL raja disembah, Raja ZALIM raja disanggah mesti dijadikan pedoman supaya kita tidak dituntut di Padang Mahsyar nanti. Zaman ini adalah era di mana Jebat menjadi pedoman dan era Tuah telah lama berlalu. Jangan kita putarkan sejarah untuk kembali ke era Tuah itu . Ia sudah tidak relevan.

Sebenarnya krisis keyakinan terhadap Umno ini adalah hasil daripada perancangan Mahafrakaun yang dibuat secara tersusun dengan dinasihati oleh para freemasonion untuk melemahkan umat Melayu dan akhirnya meletakkan umat Melayu ini ke taraf PARIAH. Retorika memartabatkan bangsa Melayu hanyalah merupakan rallying faktor Mahafrakaun untuk mengabui bangsa Melayu agar mereka mudah lupa.

Mereka telah sampai ke tahap akhir perancangan itu , ini dimangkinkan lagi oleh pemimpin-pemimpin Umno yang Rasuah dan bacul, yang sayangkan pangkat dan harta dan mengkesampingkan tujuan asal mereka berjuang di dalam Umno.

Oleh itu, kita sebagai rakyat Marhaen yang tidak mempunyai sebarang kepentingan whatsoever haruslah menggembelingkan usaha untuk menghalang konspirasi jijik ini dari menjadi kenyataan. Berpadulah kita dalam Barisan Alternatif untuk menumbangkan kerajaan HAPRAK BN yang tidak bermaruah ini. Bebaskan DS Anwar Ibrahim dari penjara Sungai Buluh !!! Jangan biarkan beliau terseksa di sana. Sebab dialah penyelamat kita untuk mendirikan satu bangsa yang benar-benar merdeka dan bermaruah !!!!!!!!!!!!

Salam reformasi untuk semua. NYAHKAN MAHAFRAKAUN INI. !!!!!!!!!!!!!!!!!!!! BEBASKAN ANWAR !!!!!!!! BEBASKAN TAHANAN ISA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Reformasi 3x .. Allahuakbar 3x

 

Reformis KeADILan,

 

Sham Abadi

Jumlah pembaca:orang