Wasiat Rasulullah saw kepada Abu Hurairah

“Buatlah Lima perkara nescaya kamu menjadi orang yang paling mengabdikan diri kepada Allah”

1. Tinggalkan perkara-perkara yang telah Allah haramkan  nescaya kamu menjadi orang yang paling hampir kepada Allah

2. Kamu redhalah anugerah (rezeki) yang Allah berikan kepada kamu nescaya kamu menjadi orang yang paling kaya disisi Allah

3. Sukailah kejayaan orang lain sebagaimana kamu menyukai kejayaan dirimu

4. Berbuat baiklah kepada jiran-jiran kamu nescaya kamu akan beroleh kesejahteraan

5. Jangan kamu banyak ketawa kerana perkara itu boleh membawa keaiban kepada kamu

Pengajaran:- 

Eloklah bersederhana semua aspek dalam melayari kehidupan serta tidak melampaui batasan.Berbuat baik sesama insan , elakkan perasaan hasad dengki dan irihati.Bersyukur kepada Allah tuhan sekelian alam.

Kesimpulan:

Perkara perkara diatas akan menambahkan lagi keimanan kita kepada Allah swt jika beristiqamah mengamalkannya.Wallu A’lam.

 

Hagnet fakaw naw

Jumlah pembaca:orang