Seloka : BN MENANG MAIN "BUYUK" (TIPU) Bah:2

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Salam sejahtera!
Saturday, 21 July, 2001
10:08:57 PM

(Selepas keputusan Pilihan Raya DUN Likas diketahui)

BN diisyitihar sebagai pemenang,
BA terima perasaan tenang,
BN ketawa mata berlinang!,
BA bersyukur walau kecundang.

BN dah menang dengan menipu,
BA senaraikan penipu dan pengampu,
BN menang teruslah merapu,
BA dah tangkap pengundi hantu.

Mereka menang dengan menbuyuk,
Enak mengulangi perangai buruk,
Namun BA tahu, apa ditapuk*1,
Andang-angangtah*2 perangai kuyuk*3.

Namun bersyukurlah kepada Tuhan,
Anggaplah ini satu "ketentuan",
Gembiralah mereka ketawakan Tuhan,
Mereka dah lupa balasan Tuhan.

Adilkah menyogok rakyat yang malang?
Itulah kerja BN yang jalang,
Nak pastikan kemenangan terus dijulang,
Beli rakyat wang sedulang.

Undi ditentukan dengan mata wang,
Yong Teck Lee pandai bermain wayang,
Kini agenda jelas terbayang,
Berbillion ringgit sedang ditayang.

Nampaknya rakyat terus ditipu,
Melihat ringgit mata kelabu,
Entah kenapa masih tak tahu,
Nak kata bodoh saya tak mahu.

Adakah mereka telah diugut?
Nak pangkah BA mereka takut?
Garang agaknya mahu membukut*4!
Memangkah BN terpaksa ikut?

Atau BA gagal merancang,
Ingin kemenangan tetapi pincang!
Nak lawan BN mereka dicincang,
BN menganggap mereka kacang.

Untuk menjamin satu kemenangan,
Yakinlah mereka wang ditangan,
Undi dibeli cukup lumayan,
Biarpun "Hantu", tetap dilayan.

Nampaknya BA harus waspada,
Masih terbentang peluang yang ada,
Eloklah atur segala agenda,
Nak tawan negara singkirkan mamanda.

Anggaplah Likas langkah pertama,
Namun perjuangan tetap utama,
Genggamlah azam terus bersama,
Mantapkanlah BA bagai laksmana.

Anggaplah Likas kubu dan markas,
Ingin berjuang hebat dan tangkas,
Nanti 2004 kita memberkas,
BN disumbat di dalam bekas.

Untuk semua penyokong KeAdilan,
Yong Teck Lee menang bukan ukuran,
Ulangkan terus takbir laungan,
Kumandangkan REFORMASI azimat perjuangan.

keterangan: * (istilah/bahasa suku Brunei)
*1= disorok atau disembunyikan.
*2= sememangnya (itulah).
*3=anjing.
*4=menumbuk.

Lawan Tetap Lawan!
RE-FOR-MA-SI
Takbir3x

Sekian Terima(lah) Kasih.
Oleh:
Azhari(s)
11:18:23 PM

Jumlah pembaca:orang