Sammy Vellu Kaki Temberang

Saya Letchumanan A/L nadeson bekas calon bebas berlambangkan BAS semasa pilihanraya kecil Lunas tempoh hari merasa terpanggil untuk menjawab pembohongan Sammy Vellu yang disiarkan oleh berita Bahasa Tamil pada pukul 1.00 tengahari 22.07.01.

Antara kenyataan Sammy ialah beliau setiap bulan sejak MIC tewas di Lunas telah turun menemui rakyat Lunas dan YB Saifuddin Nasution telah mengabaikan tanggung jawabnya sebagai ADUN Lunas untuk memberikan perkhidmatan kepada pengundi di kawasannya.

Maka saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan Sammy itu. Sebenarnya Sammy Vellu adalah pembohong besar yang berjanji dengan masyarakat India Lunas dia tidak akan kembali ke K. Lumpur jika MIC tewas . Sejak Sammy Vellu kembali ke K. Lumpur baru sekali beliau datang ke Lunas untuk merasmikan belia Sabak itu pun di Kulim. Kekalahan MIC telah berlalu 8 bulan jika benar sammy setiap bulan datang ke Lunas bermakna Sammy dah 8 kali datang .Mungkin hantu-hantu peliharaan Sammy yang datang sebab sebagai penduduk tetap Kg. Paya Besar ,sayalah yang telah banyak membantu masyarakat India di Paya Besar ini bukan MIC atau Sammy Vellu. Pernah satu hari dulu rumah keluarga India telah hangus terbakar wakil MIC YB Saravanan yang datang meninjau telah dihalau keluar oleh keluarga India tersebut kerana Sammy janji tak serupa bikin.

Wakil YB Saifuddin Cikgu Hamid telah mengusahakan agar keluarga itu mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Itulah yang dikatakan wakil rakyat untuk semua kaum walaupun orang India hanya 10 % saja beri undi pada saifuddin tapi khidmat yang diberi tanpa mengira batasan perkauman , semua dilayan sama rata.

Jadi disini saya sekali lagi menyanggah kenyataan Sammy Vellu itu.

Sammy Vellu jangan jual temberang di Kuala Lumpur . Kembalilah ke Lunas sebab saya sudah sewa rumah untuk Sammy di Victoria Estate.

Letchumanan A/L Nadeson,
Calon Bebas Cap BAS

Jumlah pembaca:orang