Mahathir   Mahu  Jadi   Presiden  PAS ??

Kelmarin 21  Julai, 01,   Mahathir  telah  mendesak  PAS   supaya memperincikan secara  bertulis  bentuk  Islam  yang  diperjuangkan oleh PAS.  Penerangan itu  harus  juga  ditulis  dalam semua bahasa yang digunakan oleh penduduk negara  ini.

Alahai   Mahathir.....

Beberapa  bulan  yang lalu,  Mahathir  telah berucap di  Jepun  dan  menasihatkan  orang  Jepun  bagaimana  memerintah  negara.   Malahan  sehingga  kini  pun  dia  mempunyai  kolum  khas  di  akhbar-akhbar  Jepun  di  mana dia  dikatakan  mempunyai  peminat  yang  ramai.    Selang beberapa minggu  selepas  nasihatnya itu, kabinet  Jepun  dirombak  dan  Jepun  terus  dilanda kegawatan  ekonominya.

Beberapa minggu  yang lalu, Mahathir telah berucap  di  hadapan  perwakilan  OIC  (Masyarakat  Islam  Sedunia).   Tema ucapannya  mengingatkan  negara  Islam  dan  Arab  terutamanya, bahawa  kegagalan  negara  Islam di dunia  ialah  kerana  mereka  menumpukan  terlalu  banyak  masa  kepada  keagamaan. Dia juga  menyebut  betapa tidak  ada  salahnya  menjadi seorang  diktator  yang  baik.

Di tanahair sendiri sejak kebelakangan  ini  Mahathir begitu  takut  dengan  kebangkitan  rakyat, sehinggakan  segelintir  pelajar  yang  berdemo  jalanan pun dianggap  sebagai musuh besar  negara. Pelajar  yang  baru  belajar  mentafsir ragam dunia  pun  ditangkap dan didera  menggunakan akta yang berbisa termasuk  ISA. Di  waktu  yang  sama  pelbagai usaha  dilaksanakan  untuk  memikat hati  pelajar termasuk   penubuhan  Puteri  UMNO.  Tetapi  apakah  tindakan  ketua  protem (sementara)  Puteri  UMNO sebaik  sahaja  bangunan  Dewan Tunku Chanselor  (DTC ) terbakar?  Dia  masuk  mengganggu  Naib  Chanselor  Universiti  yang baru  mulakan  persidangan  akhbar  pada  8.30 pagi.

Azalina  Othman  menuntut  Naib Chanselor  itu melepaskan  jawatannya. Tuntutan  itu  disokong  pula  oleh  Ketua  Pergerakan  UMNO  dan  dilaungkan  lagi oleh Timbalan Menteri PB (pintu  belakang) pendidikan bahawa  pengganti  NC  itu  “boleh dicari  ganti dengan  segera”. 

Beberapa peristiwa di  atas ini  terjadi  selepas  Mahathir  terbang  keluar  negara  dengan  duit rakyat  untuk  menasihatkan  negara  orang.  Para  pemimpin  negara  lain  itu  tidak  pun  mengeluarkan sebarang  kenyataan  dengan  nasihat  dan  tunjuk ajar  Mahathir.  Kenapakah agaknya?

Kini,  Mahathir mahu  PAS  pula  mengikut  cakapnya.  Kenapakah agaknya?  Kenapakah  dia tidak  tanya diri  sendiri  kenapakah agaknya  orang  Melayu  dalam  UMNO tidak  mendengar  cakapnya  selama  ini, sehinggakan  kebanyakan maksiat  dan  salah laku yang  terjadi  di negara  ini  berpunca  daripada  masyarakat  Melayu   yang  ada  hubung kait  yang  rapat  dengan  UMNO?

Cuba  jawab pula  kenapakah  selama  ini  Kes  Memali  ditangguhkan  di  mahkamah?  Bagaimana  pula  pampasan  yang  harus  diselesaikan di  mahkamah  kepada mangsa  letupan  kilang  mercun di Sungai  Buluh? Bagaimana  pula  dengan  senarai  harta  timbunan  Mahahtir  dan  keluarganya  sejak  beliau  menjadi  Perdana  Menteri sehingga  kini  yang  sepatutnya  dibentangkan  untuk  pengetahuan  rakyat? 

Mahathir  menganggap  setiap  perkara  yang  berkaitan  dengan  dirinya  adalah tidak  perlu difikirkan  lama-lama  kerana  Melayu  sudah dirobotkannya menjadi  bangsa  yang  mudah  lupa,  ataupun  Mahathir  sudah bersedia impikan  jawatan  presiden  PAS  pula? 

Qalam Kencana

Nota webmaster: Kita ucapkan 'kirim salam' kepada seorang diktator yang berniat untuk menunjuk ajar rakyatnya. Maha haprak itu telah benar-benar menjadi 'bingung' akibat tindakan rakyat yang enggan mempedulikan pandangan dan nasihatnya. Walaupun dipaksa atau digunakan kekerasan, rakyat tidak merasakan itu satu penyiksaan, malahan ia dianggap sebagai 'tonik' (meminjam kata-kata Ibn Sabah) dalam meneruskan perjuangan yang mulia. Baru terasa satu jihad yang suci dan ikhlas apabila Maha haprak itu terus menyindir dengan kata-kata 'rasuah keagamaan'. Ini cara baru memperlekehkan nabi dan ajaran Islam yang suci. Apakah ajaran Islam cuba merasuah umat di dunia dengan janjian 'syurga' pada hal yang pergi tidak balik pun untuk mengesahkan balasan itu. Demikian ulas Mahathir. Saat ini saya teringatkan Umar Al-Khattab. Jika beliau masih hidup nescaya terpenggallah leher Maha Haprak itu dan terpisahlah jasadnya tanpa berkepala di bumi Allah ini ~ webmaster

Jumlah pembaca:orang