BLACK METAL BUKAN ISU SEBENARNYA.....

Saya ingin menambah sedikit terhadap perbincangan mengenai Black Metal ini. Kerana kesimpulan isu ini sama dengan kesimpulan yang saya buat mengenai isu Daim dan buku Khalid Jafri itu.

Pertama isu buku.

Khalid Jafri si penulis upahan Mahathir, isu yang sepatutnya tercetus oleh setiap minda yang kritikal adalah seperti berikut (diikuti jawaban saya secara peribadi):

1) siapa pengupah buku itu ?

Kerana Khalid adalah penulis upahan. Beliau mestilah berkedudukan cukup tinggi - bukan senang nak hidup kalau yang dihentam itu Tun Daim ! Dan kalau tidak masakan Khalid berani! Yang menjadi persamaan mangsa Khalid (Anwar dan Daim) adalah mereka menjadi masalah kepada PM.

2) adakah Daim akan menjadi subjek penyiasatan dan pendakwaan? - Tidak ! Ingat dia, kroni-kroninya, Mahathir dan anak-anak Mahathir semua makan setalam! Satu bocor semua bocor - apatah lagi kalau di mahkamah ! Kecuali Daim kena denda dan dibenarkan simpan kekayaan dia! Jadi saya nampak buku itu hanya maneuver politik - semata-mata nak "mencipta" "bad guy" - si Daim dan "good guy" - si PM. Ingat, kalau Daim didakwa, mesti sekali dengan PM kerana mereka semua makan setalam !

Jadi terciptalah seorang penjenayah yang cukup jijik - si Daim. Yang takdenya kes jenayah di mahkamah (mana boleh nanti semua kena londeh) ! Mahathir pulak punya peluang menjauhkan diri dari segala tahi yang terpalit dari kekalutan dan kerakusan kroni dua-tiga tahun kebelakangan ini. Semua nak dilonggok atas kepala Daim.

Kedua isu Black Metal.

Semenjak mula lagi, fahaman sebegini sudah lama wujud didalam masyarakat -

bermula dengan menolak agama pada 60-70an dahulu (hippies, flower power dan lain-lain pengaruh barat seumpamanya) kepada yang anti-agama seperti memuja syaitan dan Black Metal. Rupa lain-lain, konsep dan kesudahan sama. Agama itu dibuang jauh-jauh dari masyarakat.

Setelah digembar-gembur kesana-kemari, bermuka-muka akhbar menjadi bahan tatapan isu black metal, adakah tindakan yang diambil terhadap mereka yang dikatakan mastermind Black Metal ini? Siapa yang jadi penajanya? Mereka berkumpul ada permit ke? Mana boleh ada konsert tanpa pengetahuan pihak berkuasa?

Saya ingin bertanya, adakah ia akan jadi seperti kes-kes jenayah yang tak ada penjenayah (seperti Daim)? Saya cenderung mengatakan "ya". Ia hanya isu yang sengaja diada-adakan untuk mengabui perhatian orang Melayu (TV, Utusan, BH dan Metro akan mencanang isu ini macam takde isu lain) sementara perkara-perkara penting seperti pindaan Perlembagaan (BN mahu menghalalkan pengundi hantu), bailout Renong (rakyat tanggung hutang Renong/UMNO) dan kezaliman ISA disorokkan. Bolehlah BN bernafas seketika.

Jika nak dikatakan BN begitu mengambil berat terhadap ajaran sesat, sejarah menunjukkan mereka pernah bertindak menggunakan ISA terhadap penganut syiah dan pengikut Al-Arqam tidak lama dahulu.

Soalannya, kenapa lain pula dengan golongan Anti-Hadis? Kassim Ahmad dan kuncu-kuncu ajaran sesat ini adalah ahli UMNO berdaftar dan menulis artikel saban hari dalam akhbar harian seperti Utusan dan The Sun. Fahaman mereka ini berteraskan penolakan hadis dan penafsiran semula Quran mengikut suka mereka. Malah, mereka cenderung menggunakan Quran bahasa Inggeris kerana mereka ini tak tahu Bahasa Arab, jauh sekali ilmu tafsir! Dan mereka inilah yang menjadi barisan hadapan menentang PAS disamping "hulamak-hulamak" UMNO yang lain seperti Astora Jabat, Yusof Nor dan Mid bin Man....

Lihat juga penerbitan yang UMNO benarkan - majalah dan terbitan mengenai tahyul, misteri, hiburan dan berunsur kelucahan bertimbun di kedai-kedai sambil PM dan juak-juaknya berpura-pura bimbang dan risau mengenai Islam. Apakah sebenarnya harapan yang hendak umat Islam letakkan pada mereka ini?