BETULKAH ‘KUKUH UMNO KUKUH NEGARA’?

ALAHAI MAHATHIR 1987

Sempena majlis memperingati ulang tahun dua dekad pemerintahan memanda Perdana Menteri yang amat kita kasihi, penulis juga ingin turut sama mengambil kesempatan tersebut untuk turut sama meraikannya tetapi sambutan ini bukan dalam bentuk majlis makan-makan seperti yang dianjurkan oleh para pengampunya, sebaliknya dengan berkongsi minda bersama para pencinta keadilan dan kebenaran.

Penulisan ini dikhususkan perspektifnya kepada pengkajian tema ucapan dasar memanda PM dalam Perhimpunan Agung Parti spesis terakhir pada tahun 1987 di mana berlaku pergolakan yang amat dahsyat  di dalam UMNO sehingga menyebabkan UMNO diharamkan selepas itu berikutan penghakiman yang dibuat  oleh Tan Sri Harun Hashim beserta penubuhan Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh yang kini kembali menjilat punggung memanda penguasa yang sangat sayangkan anak-anaknya itu dengan semangat ‘daddy kasi’.

Jika kita mengimbas kembali, pada tahun itu, tema ucapan dasar wira adi jagat ialah "kukuh UMNO kukuh negara". Sepintas lalu dapat ditafsirkan bahawa dia ingin menerapkan ke dalam fikiran rakyat bahawa hanya UMNO sahaja yang mampu mentadbir negara ini dan menjaga kedaulatannya tanpa diganggu oleh pihak asing. Taktik menyalahkan pihak asing inipun merupakan cara lama yang dipraktikkan oleh para diktator dunia di mana mereka mencipta ‘kambing hitam’ demi menyelamatkan kelangsungan pemerintahan.

Di sini diperturunkan petikan ucapan memanda yang berbunyi: "Segala-galanya yang kita nikmati hari ini adalah hasil perjuangan UMNO. Kita telah menangkis Malayan Union, kita telah mencapai kemerdekaan, kita telah mengisikan kemerdekaan ini dengan pembangunan, kita telah meningkatkan ekonomi dan pelajaran orang Melayu dengan menggunakan kekuatan UMNO….Ingatlah tidak ada seorang pun daripada kita termasuk saya yang penting…..Yang penting ialah pertubuhan ini, UMNO, sebagai sebuah badan untuk mengubah nasib orang Melayu".

Penulis ingin menekankan bahawa memanda PM telah membohongi rakyat sejak sekian lama di mana perjuangan menuntut kemerdekaan negara hanya berjaya diperolehi hasil titik peluh usaha pemimpin-pemimpin parti bangsat UMNO dengan terus menafikan pengorbanan pelopor-pelopor ke arah kemerdekaan seperti Almarhum Tok Janggut dan Almarhum Tok Ku Paloh serta pemimpin rakyat pra kemerdekaan seperti Almarhum Ustaz Abu Bakar al Bakir dan Almarhum Dr Burhanuddin al Helmi serta Almarhum Ahmad Bostamam yang tidak pernah dihargai langsung akan perjuangan mereka.

Masyarakat sekarang pun kebanyakkannya tidak mengetahui sejarah sebenar kemerdekaan negara kerana sejarah negara telah sekian lama diselewengkan melalui buku-buku teks sejarah yang diajar di sekolah. Penulis berharap agar para sejarawan tanahair yang prihatin dapat menggubal semula sejarah sebenar negara agar rakyat tidak lagi terus buta sejarah.

Mengikut kaca mata penulis, sebenarnya perjuangan menuntut kemerdekaan adalah hasil usaha ulama-ulama tadi beserta ulama seperti Almarhum Ustaz Abu Bakar al Bakir yang pernah digelar oleh Dato’ Onn Jaafar sebagai ‘bahaya dari gunung’ iaitu merujuk kepada Gunung Semanggol yang menjadi pusat permulaan pergerakan Hizbul Muslimin di mana akhirnya diharamkan oleh British hasil rundingannya bersama UMNO. Walau bagaimanapun, PAS yang merupakan kesinambungan dari perjuangan Hizbul Muslimin tidak diharamkan berikutan UMNO bersama Perikatan menang besar dalam Pilihanraya Umum pertama negara tahun 1955. Percayalah sekiranya PAS menang besar ketika itu, negara kita pasti tidak akan mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana PAS tidak mahu bersekongkol untuk mempertahankan kepentingan ekonomi penjajah dan yang paling besar meneruskan dasar pentadbiran negara yang selari dengan sistem sekular British.

Memanda yang sudah uzur itu turut memainkan isu pembangunan sejak dahulu sehinggalah sekarang kerana dia terus beranggapan bahawa Melayu itu merupakan bangsa yang bodoh dan haprak. Melayu sekarang terutamanya Melayu pasca merdeka amat terbuka minda mereka bahawa pembangunan itu wajib dilaksanakan oleh pemerintah seperti bapa menyara keperluan anaknya. Mana-mana parti politik yang menang pasti akan terus membangunkan negara kerana itu sudah menjadi tanggungjawab utama hatta parti Komunis di Russia sekalipun memajukan negara apabila mereka memerintah.

Jadi, tidak timbul persoalan rakyat perlu bersyukur kepada kerajaan yang memberi mereka kesenangan hidup. Penulis beranggapan bahawa isu syukur kepada kerajaan ini boleh membawa kita kepada syirik kerana kita khususnya kaum Muslim hanya boleh bersyukur kepada Allah di atas segala nikmat pemberian-Nya.

Di sudut yang lain pula, penulis mengakui bahawa UMNO dahulu berlainan dengan UMNO zaman memanda PM khususnya di zaman Tun Razak, kita dapati beliau bertungkus lumus untuk kemajuan rakyat seperti projek pembukaan tanah (FELDA) bagi dimajukan rakyat agar rakyat dapat turut sama berkongsi kekayaan negara. Tun Razak juga tidak menggunakan kedudukannya untuk mengumpulkan kekayaan peribadi dan kaum kerabatnya. Ini amat berlainan dengan zaman memanda yang dikasihi di mana dia memperkayakan kroni-kroninya kerana anak-anaknya yang sangat disayanginya itu semuanya merupakan multi billionaire.

Mungkin timbul hujah khususnya di kalangan kaum tua (pengundi saluran tiga) bahawa memandalah yang membawa masalah kepada negara bukannya UMNO, jadi kita perlu menjatuhkan memanda dan terus mengekalkan kesinambungan pemerintahan UMNO yang menjadi tonggak bagi kelangsungan orang-orang Melayu di negara. Penulis tetap tidak setuju dengan alasan itu seperti mana yang pernah disentuh penulis dalam tulisan-tulisan sebelum ini di mana sistem UMNO itu sudah teruk dan reput yang tidak mampu lagi diperbaiki oleh sesiapapun. Negara hanya boleh diselamatkan dengan kita menukar sistem itu kepada satu sistem alternatif yang baru.

Abu Mujahed Abdullah Azzam
mpkangar@ikhlas.com

Jumlah pembaca:orang