LAKONAN WARGA ASING DI SABAH

Setelah beberapa lama melihat kelicikan warga asing/PTI mencari penghidupan di Sabah, sampai ada yang sudah menjadi warga negara sama ada secara sah atau tidak, ada anak-anak mereka yang sudah berpendidikan tinggi, boleh berniaga dan sebagainya, meninggalkan penduduk warga negara Malaysia dalam beberapa bidang.

Kata seorang sahabat, membincangkan isu warga asing/PTI di Sabah cukup membosankan dan memuakkan semua orang Sabah yang prihatin terhadap isu yang tidak selesai-selesai ini. Itu sebab Dr Mahathir tidak mahu letak jawatan sebab kata ada kerja yang belum selesai, termasuklah isu warga asing/PTI di Sabah yang dipergunakan oleh UMNO/BN di Sabah sebagai pengundi hantu untuk menangkan calon mereka dalam pilihanraya. Memang warga asing dan termasuklah yang berstatus PTI di Sabah sekarang ini, mereka cukup liat dan licik untuk mengalah kepada operasi yang dibuat oleh kerajaan sama ada melalui polis, tentera dan juga penguatkuasa kerajaan persekutuan.

Untuk menggambarkan beberapa episod lakonan tapi benar, bagaimana warga asing dan PTI boleh terus bertahan di Sabah:

1) Kawasan Setinggan di Tepi Bandar.

Warga asing dan PTI cukup licik mencari kawasan yang boleh mereka duduki, mendirikan rumah dan sebagainya, sehingga menjadi perkampungan warga asing, walaupun tidak selesa, tapi ada pelbagai kemudahan letrik, telefon, air, kedai runcit dan sebagainya. Bayangkan apabila sudah berpuluh tahun mereka menetap dan berkampung di situ, mereka sudah masak dan tahu bagaimana memohon supaya kawasan itu boleh diwarta sebagai kampung. Sama ada melalui penubuhan cawangan UMNO misalnya, mendekati orang kampung yang ada nama, pegawai kerajaan, YB atau orang politik.

Kelicikan lakonan mereka itu, sampai ada YB, orang politik, pegawai tinggi kerajaan/swasta dan pemimpin masyarakat termakan dan tertipu oleh liciknya warga asing di Sabah. Dengan kata lain, di belakang mereka ada orang-orang tertentu yang melindungi mereka, atas nama pekerja dan sebagainya.

2) Penempatan Sementara.

Kawasan-kawasan pembinaan bangunan kerajaan atau swasta, selepas saja bangunan-bangunan atau projek itu disiapkan. Warga asing dan PTI yang menjadi pekerja dalam projek itu akan mencari kesempatan mendapatkan tapak atau kawasan yang masih lapang/kosong, untuk dijadikan tempat tinggal, kerana projek telah siap rumah/kongsi mereka akan dirobohkan, dalam hal ini mungkin mereka sudah survey lebih awal dan mempengaruhi orang-orang tertentu bagi membolehkan mereka menduduki kawasan tersebut.

Akhirnya, penempatan yang asalnya untuk sementara itu, mereka angkut kawan, keluarga dan rakan-rakan lain mereka untuk berkampung dan berumah di situ. Inilah budaya hidup mereka, sanggup bersusah-susah dahulu. Setelah mereka mempunyai jalan dan cara meneruskan kehidupan, mereka akan terus berusaha menetap dan mencari jalan bagaimana perkampungan mereka itu diiktiraf oleh penguasa. Di sinilah nampak mainan dan liciknya warga asing atau PTI bermuka-muka dengan orang ternama, orang politik, pegawai kerajaan dan sebagainya. Mungkin bermula menjadi tukang kebun, tukang buat rumah, tukang rumput, pembantu itu ini dan lain-lain. Budi sudah ditanam, tiba waktunya mereka pula meminta budi lain.

3) Di Stesen Bas Centre Point.

Kita akan melihat bagaimana warga asing/PTI mencari penghidupan secara kecil-kecilan, menjaja minuman, kacang, rokok, mancis, sapu tangan dan sebagainya. Mereka sudah sebati dengan cara itu, mereka cukup licik bila ada penguatkuasa membuat pemeriksaan mereka akan pura-pura seperti penumpang bas, barang niaga mereka disimpan dalam bas-bas yang sudah menjadi rakan mereka di stesen bas. Lagipun sebahagian pemandu dan kondaktor bas di stesen itu sendiri adalah juga warga asing asalnya.

Pernah satu kali penulis ternampak barangan jualan mereka dirampas oleh pegawai penguatkuasa DBKK yang bertugas hari itu. Kita kasihan melihat, tetapi mereka sendiri tidak kasihan pada diri sendiri kerana berniaga tidak mengikut peraturan dan undang-undang. Sikap warga asing di Sabah, memang mereka ini kebal undang-undang, malah mereka tidak hormat langsung undang-undang negeri dan negara ini.

4) Di Hospital Kerajaan.

Ketika mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan, nampak benar lakonan mereka, konon bercakap meniru cakap orang Sabah. Pada hal mereka adalah warga asing, inilah lakonan mereka untuk mendapatkan simpati. Setelah mendapat rawatan, buruknya sikap mereka ini ada yang sengaja menipu dokumen, menipu atau melarikan diri supaya tidak dituntut bayaran rawatan dan lain-lain.

5) Di Kampung.

Warga asing atau PTI ini cukup licik dan pandai bermuka-muka dengan masyarakat kampung, mula-mula tolong orang kampung bikin rumah, konon merekalah yang paling pandai, murah harganya dan macam-macam lagi. Orang kampung, tahulah yang mudah termakan pujuk rayu. Mana orang kampung tahu kepuraan warga asing yang ingin mengambil kesempatan itu. Akhirnya, ada tanah kosong rezab kerajaan di situlah mereka dirikan rumah kecil, kemudian membesar...mula-mula dua tiga orang, kemudian bertambah sampai dua tiga keluarga. Dan menetaplah mereka di situ atas restu orang kampung yang tertipu itu.

6) Menjadi Pendakwah.

Mulia tugas mereka itu, tetapi yang kita tidak berapa setuju. Mereka cuba mengambil kesempatan-kesempatan yang diluar hak sebagai warga negara. Malah sampai satu peringkat cuba mengadu domba kepimpinan masyarakat, orang politik dengan pemimpin/pegawai agama, majikan mereka dengan pejabat agama dan mempergunakan kesempatan sebagai guru agama/penceramah/ustaz/guru al-Qur'an/imam untuk mengejar dunia kebendaan dan sampai terlupa batas-batas sebagai bukan warga negara. Kita bukan bermaksud untuk menyekat pendakwah luar. Tetapi harus ada had dan batasnya.

Sebagai orang Islam kita alu-alukan kehadiran mereka dengan matlamat suci lagi mulia untuk menyebarkan risalah dakwah. Tetapi harus diingatkan batas-batas dan undang-undang negeri atau negara ini wajar dihormati. Tenaga pendakwah asing ini lebih dipandang oleh masyarakat Sabah dari tenaga dan kelulusan agama anak tempatan. Kenapa pejabat agama/institusi Islam/Jawatankuasa Masjid/surau di Sabah tidak buka mata dan tidak mengambil sesuatu pendekatan lebih positif ke arah menarik lebih ramai tenaga tempatan menjadi pendakwah/guru/ustaz-ustazah/guru al-Qur'an di masjid/surau dan institusi Islam di sekitar bandar.

7) Pakistan Jual Kain.

Warga asing dari Pakistan yang menjaja kain dari rumah ke rumah sudah popular sejak tahun 70an lagi. Apakah kerja mereka itu tidak menyalahi undang-undang negara sama ada akta Imigresen, akta jual beli dan sebagainya. Dulu mereka jalan kaki saja turun rumah ke rumah di kampung-kampung di Sabah, maju sikit naik basikal, sekarang sudah pakai motor, kereta, lori, pick-up dan sudah ada yang boleh buka kedai jual barangan perabut, elektronik, mesin rumput, dan sebagainya, bukan lagi jual kain.

Malah kes bangsa Pakistan jual kain ini cukup panjang ceritanya, sampai ada orang kampung tergadai body, rumah tangga orang kampung berkecai kerana Pakistan jual kain dan banyak lagi kes buruk mereka. Soal jodoh itu kita tidak ambil hal. Tetapi sikap buruk, tidak beradab dan jahat mereka. Lagipun dari segi undang-undang, apakah warga asing boleh menjalankan perniagaan di Malaysia secara tidak berperaturan.

8) Di Masjid dan Surau.

Di Sabah, kalau kita pergi ke masjid atau surau di pinggir bandar atau pekan, kebanyakan tenaga sama ada guru/ustaz-ustazah/bilal/imam dan penjaga masjid/surau adalah warga asing. Walaupun tidak semua masjid/surau di seluruh Sabah. Kenapa ini terjadi dalam sebuah negeri atau negara yang merdeka kita masih bergantung kepada warga asing. Bukan kita membenci kedatangan mereka, tetapi situasi ini kurang sesuai untuk dipanjangkan lagi, atas sebab Sabah sudah mempunyai anak-anak tempatan yang boleh dan berkemampuan dalam tugas-tugas seperti ini. Kenapa tidak dicari atau ditarik anak-anak Sabah supaya meminati tugas-tugas di masjid/surau. Wang bukan segala-galanya dalam menarik mereka meminati masjid/surau, tetapi harus kepada pendekatan, cara mengambil tenaga pengajar itu sewajarnya dibuat dengan lebih menarik. Mungkin boleh melalui iklan, temuduga, promosi dan sebagainya.

Sekian.

Ibn Sabah, 24.7.2001M

Jumlah pembaca:orang