20 TAHUN YANG BERLALU...

Assalamu'alaikum... 

Teringat saya kisah 20 tahun lalu, apabila ramai intelek dan rakyat Malaysia berbicara 20 tahun Mahathir menjadi PM Malaysia, terutama tukang ampu kepadanya cukup hebat puja-puji mereka. Rakyat yang bersikap kritis akan melihat buruk baik selama dia jadi PM 20 tahun.

Mengimbau kisah 20 tahun yang lalu, bukan senang untuk diputarkan semula, kecuali yang sudah tercatat dalam sebuah memori. Tapi rakyat marhaen mana ada memori yang tercatat. Andai mahu cari memori 20 tahun lalu itu, diri sendiri pasti tidak akan ingat semua, mungkin rakan, sahabat, guru, ustaz-ustazah, cikgu, adik-beradik, sepupu dan bila ibubapa atau pakcik/makcik atau atuk nenek masih ada, sihat dan ingat bolehlah mereka itu menjadi tempat merujuk kisah-kisah 20 tahun yang sudah berlalu.

Penulis ketika Dr M jadi PM tak silap tahun 1981 itu masih berada di sekolah, masih menjadi pelajar. Tapi sudah meminati isu-isu politik, gerakan dakwah, belia dan penulisan-penulisan yang kritis. Tahun 1982, kita teringat bagaimana DS Anwar Ibrahim ketika itu tokoh tersohor belia Malaysia selaku presiden ABIM telah dicekup oleh Dr Mahathir, kerana terpengaruh dengan style kepimpinan baru PM yang mengunakan pelbagai pendekatan indah, manis dan memikat semua golongan muda rakyat Malaysia. Tarikh Dr M ditabal menjadi PM memang saya tidak ingat. Dalam tempoh 5 tahun pertama (1981-86) dia jadi PM memang pelbagai pembaharuan nampak berjalan. Tapi harus diingat semua itu sudah sedia dicetuskan oleh PM-PM sebelum lagi dia diPIEMkan.

Kerana itu dia tidak harus mendabik dada dengan penuh ego dan takbur. Dan dia juga tidak keseorangan dalam mengerakkan semua pembaharuan yang berlaku dalam negara, mungkin dia cuma tukang cakap, tukang sampaikan dan tukang lapor untuk diumumkan media agar rakyat tahu tentang dasar-dasar kerajaan.

Lima tahun kemudian (1986-90) dalam tempoh itu, bagaimana kita melihat dia sudah tidak disukai oleh orang-orang UMNO sendiri, kerana beberapa pendekatan kepimpinannya jauh lari dari landasan sebenar. Itulah sebabnya pada tahun 1987 dia ditentang kuat oleh para pemimpin utama UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaliegh, Musa Hitam, Rais Yatim, Datuk Harus Idris, Pak Lah dan ramai lagi bagi menumbangkannya. Seterusnya dalam tempoh lima tahun lagi (1990-95) dia mula mengaum dan mengeluarkan taring-taring yang sudah berkarat memperkosa sistem beraja di Malaysia secara tidak beradab lagi diluar tabi'i adat resam orang Melayu. Dia sudah mula kurang ajar kepada raja, raja dalam kehidupan orang Melayu adalah simbol kedaulatan bangsa dan sistem kerajaan beraja. Habis pemimpin-pemimpin Melayu UMNO, termasuk DS Anwar Ibrahim sendiri dia heret untuk memalukan raja Melayu. Memang raja manusia biasa, boleh buat salah silap, apa salahnya buatlah cara dan pendekatan lebih sopan dan beradab. Belum masuk bab beliau menghina, mencerca ulama, ajaran Islam dan hukum hudud.

Setelah itu (1995-99/2001), rakyat sudah cukup muak dan bosan melihat dia bercakap di TV atau di mana-mana pentas umum membawa liur basi dan menjulurkan lidah bercabangnya dan mulut putar belitnya di sana-sini. Tapi si degil kepala batu dan tak erti bahasa itu masih juga mahu bermadah "masih ada tugas belum selesai" "belum ada penganti sesuai dan berkebolehan" dan macam-macam kata-kata kenyanyukannya terus keluar dari mulut basi lagi pembohong penuh putar belit itu.

20 tahun apa yang rakyat marhaen banggakan? Berbanding dengan hanya beberapa tahun Tun Razak jadi PM (1969-76) perkhidmatannya untuk rakyat marhaen lebih jelas dan melekat dihati rakyat. Andainya 20 tahun Tun Razak masih jadi PM Malaysia, penulis fikir rakyat Malaysia yang majmuk ini akan lebih makmur, aman dan bahagia. Tidak macam hari ini, yang kaya raya hanya dua tiga kerat rakyat Malaysia, yang boleh memimpin Malaysia hanya dia seorang PM. Tidak akan ada PM macam Mahathir selepas Mahathir, sedang inilah kemahuannya PM selepas dia mesti macam dia, bapak sekular, bapak pencaci ulama, pencaci nabi, bapak rasuah, bapa perompak harta rakyat, bapak lanun, bapak pembohong, putarbelit, bapak projek mega dan bapak penyanggak negara.

Rakyat marhaen manapun tidak fikir akan ada PM macam dia dengan perangai sebegitu zalim selepas dia. Pasal itulah dia penjara dan malukan DS Anwar Ibrahim, kerana Anwar Ibrahim tidak boleh diklonkan serupa perangai dia. Tun Ghafar tidak boleh diklon dan Tan Sri Musa Hitam juga tidaklah sebodoh dia untuk mengikut apa saja kerja-kerja politiknya yang penuh tipu helah. Marilah kita sama-sama mengkisahkan sebuah tragedi dahsyat seorang PM yang sudah tidak dihormati oleh rakyatnya di singgahsana mahligainya di Putrajaya. Bayangkan dia sudah dalam situasi kegilaan dan kesasauan melampau, seperti orang lemas dalam keegoan dan kesombongannya sebagaimana Kamal Atartuk dan Fir'aun dulu menderita dipenghujung hayatnya...

Sekian.

Ibn Sabah, 24.7.2001M

Jumlah pembaca: orang.