SEDIKIT BAHAN UNTUK DIKAJI

Bismillah
WalHamduliLLah
WasSolatu Wassalamu 3Ala RosuliLLah
Wa 3ala Aalihi Wa Man Waalaah, Wa Ba3d:

Assalamualaikum wbth.

Tujuan ana menulis artikel ini adalah untuk menerangkan secara ringkas mengenai beberapa kitab yang menceritakan kisah hidup para sahabat r.anhum dari semasa zaman Nabi SAW hinggalah selepas kewafatan Baginda SAW.

Dan segala kitab inilah yang menjadi sumber rujukan seluruh ulama Islam selama ini, mengapa kita sering mencari sumber rujukan dari golongan syiah yang mencela sahabat r.anhum dan golongan orientalis yang tidak pernah mengenali siapakah itu sahabat Muhammad SAW ?, bahkan mereka itu bukanlah golongan yang perlu diambil setiap kata-kata mereka.

Sedangkan para sahabatlah yang telah bertungkus lumus berjuang menyampaikan amanah ini kepada generasi selepas mereka, hinggalah Islam dan Iman itu dapat kita kecapi di masa ini.

Perjuangan mereka menyebarkan risalah Muhammadiyah ini, tidak akan ada seorang pun yang mampu mencapai ke tahap dan peringkat yang mereka telah laksanakan.

Oleh itu ana ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang sempat ana pelajari untuk tatapan kita semua dengan memperkenalkan beberapa buah kitab ummahat sebagai rujukan buat kita semua, dan segala kitab ini tidak seharusnya ditinggalkan oleh mereka yang mahu mengkaji sejarah dan sirah sahabat r.anhum.

Semoga kita mendapat petunjuk dari Allah dalam mencari kebenaran dan keredhaanNya selama kita masih hidup ini. Allahumma amin!

[peringatan! artikel ini adalah lebih ke arah ilmiah dan memerlukan penelitian dari segi manhaj karangan para penulis Islam, dan berkemungkinan sekiranya anda bukan dari ahlinya, maka anda sukar memahami apa yang cuba disampaikan, terutamanya dengan uslub Arab yang cuba ana adaptasikan dalam terjemahan ini. WaLlahu a3lam]

=================
(1) Al Isti3ab Fi Ma3rifatil Ashaab
karya ibnu Abdil Barr wafat 463 hijrah.

Kitab ini adalah sebuah kitab yang dikarang untuk memperkenalkan para sahabat r.anhum dan paling bagus untuk ditelitikan, sekiranya tidak diaibkan oleh beliau dengan menyebut khilaf antara sahabat dan tidak adanya pemeliharaan secara rapi dalam penaqalan setiap riwayat dari mereka yang mahir dalam bab nasab keturunan.

[Ini bermakna jika beliau tidak ambil dari golongan yang pakar dalam nasab atau dari pendapat mereka yang tidak berkenaan dalam hal ini, maka kitab ini akan menjadi kitab yang terbaik untuk ditelitikan. Meskipun begitu dakwaan ini bukanlah mencacatkan terus kitab ini, bahkan adalah sebagai satu peringatan buat semua pembaca untuk meneliti antara riwayat yang benar dan riwayat yang diambil secara tasahul=mudah tanpa dikira perawi itu benar dan tepat sebagaimana yang diingini oleh golongan muhaddisin=ahli hadis.]

Berkata Imam an Nawawi terhadap kitab tentang para sahabat ini: "antara kitab terbaik dan lebih mantap isinya adalah kitab al-Isti3ab karangan ibnu Abdil Barr, (ini semua akan lebih bagus lagi) sekiranya dia tidak menyebutkan apa yang diperselisihkan tentang sahabat dan pengambilannya dari mereka yang hanya bertaraf tukang cerita".

Dan disebutkan sumber rujukannya di dalam muqaddimah=pendahuluan kitabnya itu, bahawa dia telah mengambil riwayat yang dikumpulkan dari Musa b Uqbah, Muhammad b Ishaq, al Waqidi, Khalifah b KhayyaTh, az Zubair b Bekkar, kitab tarikhul kabir karya Imam al Bukhari, kitab Tarikh Ibnu Abi Khaitsamah, kitab Zailul Muziil karya at Thabari, kitab Al Maulid wal Wafat karya Ad Daulabiy, kitab al Ahaad karya ibnul Jaruud serta beberapa karangan hasil kerja dari Ibnu Abi Hatim Ar Razi, al 3uqaili dan al Baghawi dalam menerangkan riwayat tentang sahabat.

Beliau tidak permudahkan dalam menyebutkan mereka yang sahih sebagai sahabat dan pernah berjumpa dengan Nabi SAW di dalam majlis baginda, bahkan beliau menyebutkan kesemua mereka yang pernah berjumpa dengan Nabi SAW walaupun hanya sekali dan hal ini beliau perkuatkan dengan menyebut nasab serta tempat pertemuan yang menyatakan mereka itu adalah sahabat.

Kadangkala beliau menyatakan sahabat yang meriwayatkan hadis dari Nabi SAW, sedangkan berkemungkinan mereka mendapati riwayat itu dari orang lain, sebagaimana yang disebutkan bahawa sebilangan besar sahabat ada yang berada di tempat dan kota yang lain.

Beliau turut mengemukakan nama para sahabat r.anhum berdasarkan susunan huruf mu3jam, selepas selesai susunan tersebut beliau menyebutkan nama mereka yang masyhur dengan gelaran kunyah mereka (kunyah=gelaran Abu... bagi para sahabat seperti Abu Burdah, Abu Lubabah, Abu Hurairah, Abu Bakar dll. bagi mereka yang tergolong sebagai sahabiyah pula digelarkan dengan ummu.. seperti Ummu Sulaim, Ummu Salamah, Ummu Ad Dardaa' dll) dan beliau sebutkan gelaran ini sama ada beliau mengenali mereka, atau tidak mengetahui namanya yang sebenar, di susun gelaran kunyah ini juga berdasarkan huruf mu3jam yang bermula dengan sahabat dan kemudiannya nama para sahabiyat lalu ditutup dengan kunyah sahabiyah.

Dan kitab ini dicetak berulangkali, dan yang paling terbaik adalah cetakan yang ditahqiq oleh Muhammad Ali al Bijawi.

======================
(2) Usudul Ghobah Fi Ma3rifatis Sohabah
karya Imam al Hafiz Izzuddin Abul Hassan  Ali ibnul Atsir -wafat 630 h.

Beliau merupakan seorang muhaddis, sejarawan dan pakar bahasa arab. Dia mempunyai kitab-kitab lain yang bertajuk: al Kamil Fit Tarikh, Al Lubab Fi Tahziibil Ansaab, Tarikhud Daulah al Atabikiyah, Usudul Ghobah Fi Ma3rifatis Sohabah, Tarikhul MauSil yang tidak sempat disempurnakannya, semua ini adalah kitab sejarah atau tarikh=history, dan sebuah kitab yang berjudul Al Jami3ul Kabir dalam bidang balaghah atau sastera.

Kitab Usudul Ghobah Fi Ma3rifatis Sohabah ini ditulis dengan himpunan dari kitab Ma3rifatus Sohabah karya ibnu Mandah -wafat 395h, kitab dengan tajuknya yang sama karya Abu Nu3aim al Asbahani -wafat 430h, kitab karya Ibnu Abdil Barr -wafat 463h dan karya dari Abu Musa Mohd b Abi Bakr Al Asfahani.

Beliau mengeluarkan setiap terjemahan tokoh dari 4 buah kitab yang disebutkan dengan penanda=simbol yang diterangkan di awal kitabnya, dan beliau juga turut menyebutkan setiap kata yang disebutkan oleh setiap mereka tadi dengan pilihan yang terbaik dan amat diperlukan sebagai rujukan.

Bahkan beliau turut menambahkan beberapa kitab yang lain sebagai rujukan dan ini menyebabkan kritikan dari Imam al Hafiz Ibnu Hajar -wafat 852h, kerana timbulnya beberapa keraguan dan kekaburan, dengan katanya: "Sesungguhnya dia mengikut cara orang yang sebelumnya dan dia tercampur antara mereka yang bukan sahabat di dalam senarai nama yang disusunnya serta dia juga lalai dari beberapa peringatan dalam banyak perkara kesamaran yang terdapat di dalam kitab-kitab mereka itu".

[Inilah beberapa kesilapan teknik yang berjaya dikesan oleh Imam al Hafiz Ibnu Hajar, yang membuatkan dia berusaha untuk menyambung semula kerja dan usaha mereka yang sebelumnya dan membetulkan beberapa kesilapan mereka ini.]

Dan dari kesilapan yang berlaku di dalam kitab beliau ini serta diragukan, bahawa dia menyebutkan sebilangan besar tokoh yang bukanlah dari kelompok sahabat r.anhum, dan juga beliau meletakkan sebahagian mereka sebagai sahabat sedangkan mereka ini semua masih lagi dalam pemerhatian (khilaf antara ulama adakah mereka ini sahabat atau tidak, seperti Uqbah bin Nafi3 atau Ka3ab al Ahbar dll yang disangka sebahagian orang sebagai sahabat Nabi SAW) dan ada keraguan pada setengah tokoh mukhaDhram yang disangka sahabat.

Hal ini berlaku kerana beliau mengambil dengan menghimpunkan pendapat mereka yang terdahulu darinya serta riwayat mereka tanpa dibeza dan dibahagikan terlebih dahulu, dan ini juga berlaku di dalam kitab beliau yang bertajuk al Kamil Fit Tarikh, dan segala riwayatnya itu ibarat haThibul Lail = iaitu orang yang mencari kayu api di malam hari, dia tidak dapat membezakan antara kayu atau ular serta duri yang tajam. Semoga Allah mengampunkan dia dan kita semua. Amin!

Dan beliau amat menitik beratkan dengan menyebutkan nasab dan cerita serta menerangkan hadis serta kecacatan hadis tersebut, dan bilangan sahabat yang beliau kumpulkan mencapai bilangan seramai 7554 orang sebagaimana yang disebutkan oleh al Hafiz Ibnu Hajar disusun mengikut huruf mu3jam dengan cara yang teliti dan memudahkan pembaca dalam proses pencarian, dan ini dimulakan dengan nama tokoh sahabat r.anhum lalu gelaran kunyah mereka dan seterusnya tokoh dari kalangan sahabiyat r.anhunn.

===================
(3) Al ISobah Fi Tamyiizis Sohabah
karya Imam Al Hafiz Ibnu Hajar Al Asqolani -wafat 852 hijrah.

beliau antara pakar yang berjaya mengumpulkan kitab tokoh sahabat r.anhum dan dapat menyusunnya dengan lebih baik dari karangan mereka yang sebelumnya, beliau menambah setiap kekurangan yang tidak didapati oleh orang yang sebelum darinya dan mereka yang selepasnya, bahkan segala kesilapan dan kesamaran diperbetulkan oleh beliau dengan kepakaran beliau sendiri di bidang tokoh Islam dalam lapangan hadis yang mencakupi bidang Ilmu jarh Wat Ta3dil, Tarikh Rijal=Sejarah Tokoh, Tarikhul Mudun=sejarah Kota dan Bandar, Kitab DhobThul Asma', Kitab Hadis dan Tafsir serta kitab yang menceritakan tentang nasab keturunan Arab, Sejarah, bahasa, sastera dan syair yang diambil dan dirujuk oleh beliau secara langsung.

Dan ini semua menunjukkan kepakaran beliau dalam bidang ini dan keluasan ilmunya dilapangan tersebut. [semoga saya menjadi seperti beliau, Allahumma Amin!]

Kitab ini terbahagi kepada 4 jilid yang tebal, dan disebut pada jilid pertama hingga ketiga, nama semua tokoh yang dikenali dan bilangan mereka mencapai 9477 orang, adapun jilid yang ke empat menerangkan mengenai gelaran kunyah bagi tokoh sahabat yang mencapai sekitar 1268 orang tokoh dan kemudiannya tokoh sahabiyah, sekitar 1522 orang yang dimulai dengan mereka yang dikenali dengan nama dan kemudiannya mereka yang dikenali dengan gelaran kunyah, dan jumlah keseluruhannya mencapai angka 12 267 orang sahabat dan sahabiyah.

Dan bukanlah semua yang disebutkan oleh beliau ini, tetap dan diyakinkan persahabatannya dengan Nabi SAW, bahkan beliau sendiri membahagikan setiap nama sahabat kepada 4 bahagian, dibezakan antara sahabat dan mereka yang bukan tergolong dari sahabat, lalu dimasukkan dalam senarai mereka penerangan mengenai tokoh tersebut sama ada mereka itu diragui, tersilap dengan sangkaan sesetengah orang, atau mereka ini diihtimalkan=berkemungkinan sebagai seorang sahabat.

bhg 1= mereka yang diketahui sebagai sahabat dari jalan periwayatan darinya atau dari orang yang lain, sama ada beliau dari jalan yang sahih, hasan atau dhaif atau dari cara yang menjadikan dia disebut sebagai sahabat Nabi SAW.

bhg 2= mereka yang dimasukkan sebagai sahabat dari kalangan kanak-kanak, yang mana mereka lahir di zaman Nabi SAW dari kalangan lelaki atau wanita dan mereka yang hidup sewaktu wafat Baginda SAW dan mereka belum mencapai umur mumaiyiz... kerana mereka dianggap telah melihat Nabi SAW.

bhg 3= mereka yang disebutkan di dalam kitab terdahulu dari kalangan MukhaDhramin=hidup dua zaman di antara zaman Jahiliyah dan Islam dan tidak diketahui adakah mereka sempat menemui Nabi SAW, bahkan adakah mereka sempat melihat Baginda SAW semasa hidup mereka atau tidak. Dan mereka ini bukanlah terdiri dari kalangan sahabat yang disepakati oleh seluruh ulama seperti An Najasyi (Negus), Abu Utsman AnNahdi, Al Ahnaf b Qais dll.

bhg 4= mereka yang disebut dalam kitab terdahulu bahawa mereka ini adalah sahabat dengan pendapat yang samar dan diragui, maka beliau menjelaskan dengan keterangan yang nyata terhadap mereka ini.

Maka sepanjang pembahagian ini, Ibnu Hajar menyingkap segala kitab mereka yang terdahulu darinya dengan lebih teliti dan terperinci, beliau turut menyebutkan sebilangan nasab sahabat dan kisah mereka dan mengeluarkan hadis mereka yang terkumpul di dalam kitab sunan dan kitab hadis yang menceritakan kisah mereka.

Beliau juga turut mementingkan karyanya dengan menyebut tokoh sahabat yang masyhur dan kisah mereka di setiap peperangan, pembukaan Islam dan peristiwa penting yang mereka telah saksikan, sebaliknya beliau menolak setiap kesamaran dan keraguan yang terdapat di dalam kitab sejarawan dan pencerita mengenai kisah sejarah sahabat r.anhum.

Beliau telah mengumpulkan dengan panjang lebar di dalam kitab karyanya ini antara galuran sejarawan dan kenyataan muhaddisin, maka jadilah kitab ini sebagai sebuah rujukan yang tidak sepatutnya ditinggalkan oleh pengkaji sejarah Islam terutamanya sedari zaman Sahabat r.anhum.

Wallahu a3lam.

[dialih bahasa dari kitab Ummahat Kutub Al Hadis wa Manahij at TaSniif 3indal Muhaddisin. karangan ustaz Doktor Abu Yasir al Hasan al Alami.]
 

‎1:28 ‎a.m.
24/07/2001

alamghiri.... from maroc with ukhuwwah fiLlah

Jumlah pembaca:orang