Orang Zalim Tidak Akan Kata ISA Akta Zalim, Kenapa...

Buku "Dua Wajah" tulisan Dr Syed Husin Ali dan pengalaman ngeri yang diceritakan oleh ramai bekas-bekas tahanan ISA seperti Sdr Hj Roslan Kassim, Dr Anes Munawwar, Sukma, Abd Malek Hussin, Gobala, Tian Chua, YB Mohammad Sabu, YB Mahfuz, Ghani Haron dan ramai lagi sudah cukup menjelaskan betapa zalimnya akta ISA itu. Bukan saja mereka yang ditahan itu dizalimi, bahkan ahli keluarga, anak isteri, ibubapa, sanak saudara dan kerabat juga merasai akan bahang kezaliman ISA. Kita yang belum pernah diuji dengan kezaliman ISA mungkin tidak merasainya.

Akan tetapi melalui suara hati dan kata-kata mereka yang pernah diISAkan sudah cukup berat untuk ditanggung oleh fizikal manusia yang lemah, hati dan jiwa yang kosong dari segi kekentalan semangat dan ilmu perjuangan dan hati yang kosong dari ingatkan Allah SWT. Belum lagi suara hati kecil anak isteri, ibubapa dan kerabat yang turut menjadi mangsa. Rintihan mereka siapa yang mendengarkannya, suara merayu mereka siapa yang mahu mendengarinya dan tuntutan mereka agar suami, ayah dan anak yang diISAkan secara kejam lagi zalim itu dibebaskan atau dihadap ke muka pengadilan secara adil siapa yang mahu ambil hal dan peduli.

Harapkan penguasa zalim, mengadu kepada orang atau golongan pemimpin dan penguasa zalim, mereka yang zalim tidak akan ada sedikitpun rasa belas ihsan kepada mangsa kezaliman mereka sendiri, orang zalim mata hati mereka sudah buta sebuta-butanya untuk melihat kebaikan, mata kepala orang yang zalim buat-buat buta, hati jiwa orang zalim tidak akan ada sebesar zarrahpun rasa ihsan dan rasa dosa akibat kezaliman tangan-tangan mereka. Sebaliknya, orang dan penguasa zalim lebih seronok dan ketawa terbahak-bahak bersama kroni-kroni zalimnya melihat mangsa-mangsa kezaliman dan kekejaman mereka. Orang dan penguasa zalim tidak terasa walau sedikitpun dosa dari perbuatan kezaliman yang mereka lakukan ke atas mangsa.

Kerana itu, ORANG ZALIM, PENGUASA ZALIM DAN PEMERINTAH YANG KEJAM, JAHAT LAGI ZALIM SEZALIM-ZALIM itu, mereka tidak akan berkata akta ISA warisan penjajah itu akta zalim dan kejam. Sebab mereka golongan suka kepada kezaliman dan perbuatan kejam. Sebab mereka sudah tidak ada kekuatan lagi untuk mempertahankan kuasa. Rakyat marhaen sudah sedar bahawa mereka adalah penguasa zalim dan kejam. Dan rakyat yang sedar sekali-kali TIDAK akan menyokong dan bersekongkol dengan orang dan penguasa yang zalim lagi kejam.

Kezaliman dan kekejaman itu benar-benar menjadi amalan kepada kerajaan UMNO/BN pimpinan Dr Mahathir al-Kutty dan kroni-kroninya yang sama-sama merestui dan bersekongkol dengan kezaliman yang mereka rencana dan aturkan secara sistematik dengan mempergunakan akta ISA atas nama menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dan negara. Hakikatnya, isu keselamatan dan ketenteraman ini hanyalah sebagai topeng UMNO/BN dan Mahathir/Pak Lah untuk menghalalkan kezaliman dan kekejaman melalui akta ISA warisan penjajah itu. UMNO/BN dan Mahathir/Pak Lah hanya bergantung kepada akta zalim ini bagi tujuan menyekat kebangkitan rakyat yang sudah sedar untuk menentang sebarang bentuk kezaliman dan kekejaman penguasa yang zalim ke atas rakyat yang sedang dilakukan secara berleluasa oleh UMNO/BN pimpinan Mahathir al-Kutty dan kroni-kroni pengampunya.

Rakyat marhaen sudah nampak mainan dan lakonan kezalimanUMNO/BN pimpinan Mahathir and Kroni's melalui ISA sejak dulu, kini dan selama dia jadi PM entah sampai bila...belum kita tahu, sebab kerjanya masih belum selesai untuk merompak harta rakyat, belum selesai mengatur kroni-kroni, belum selesai mengatur hakim-hakim supaya bila dia lari tidak akan diambil tindakan undang-undang atas kesalahan rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya. Dan satu lagi belum ada penganti 100% macam dia pembohong, penyanggak dan perompak harta rakyat.

Rakyat marhaen, mari bangkit dan bangunlah kita menentang kezaliman ISA...ISA...ISA tempat Mahathir dan kroni's berselindung. Seorang Anwar dipenjarakan secara cukup kejam oleh rejim kejam Mahathir al-kutty and Kroni's, insya-Allah 100 Anwar akan muncul, 10 diISAkan secara zalim 1000 lagi akan muncul di bumi Malaysia pejuang keadilan, pejuang rakyat, pejuang kebenaran dan perjuangan ini mesti bermula dari hati nurani rakyat Malaysia yang majmuk ini. Tanpa kebangkitan rakyat selama itulah kita akan terus dizalimi oleh golongan penguasa zalim yang sedang berada dalam situasi menghitung hari untuk jatuh ditangan rakyat marhaen. BEBASKAN ANWAR, TAHANAN ISA, MALAYSIA DAN RAKYAT MALAYSIA DARI CENGKAMAN KEZALIMAN PENGUASA ZALIM LAGI KEJAM MAHATHIR AND KRONI'S.

Sekian.

Ibn Sabah, 25.7.2001M

Jumlah pembaca:orang