Relevansi DS Anwar Ibrahim Dengan Malaysia...

Relevansi DS Anwar Ibrahim dengan Malaysia sekalipun sudah lebih tiga tahun dikurung dan dipenjarakan secara kejam oleh Mahathir al-kutty manusia bacul dan pengecut di dunia. DS Anwar dan relevansinya kepada Malaysia, kepada rakyat marhaen, kepada senario politik, kepada seluruh rakyat majmuk Malaysia tidak dapat dinafikan oleh sesiapa dari 22 juta rakyat Malaysia, kecuali Mahathir al-kutty and kroni's saja tidak mahu nama Anwar IBrahim terus menjadi siulan rakyat Malaysia. DS Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin belia, mahasiswa di zamannya dan sebagai pemimpin besar yang berjiwa rakyat, tawaduk dan prihatin, sudah pasti jutaan mata rakyat telah melihat keikhlasan dan kesungguhannya dalam kepimpinannya untuk membela rakyat marhaen sama ada sewaktu menjadi pemimpin belia, mahasiswa atau ketika bergelar pemimpin politik, YB, menteri dan TPM dulu, prinsipnya untuk membela rakyat tidak pernah padam. Dia adalah seorang dari ratusan pemimpin Malaysia yang berani berkata benar, walaupun didepan PM Mahathir yang zalim demi untuk membela rakyat Malaysia yang majmuk. Dia dipecat, disingkir dan dimalukan juga atas nama untuk mempertahan prinsip dan perjuangannya untuk rakyat Malaysia.

Akan tetapi ketika isu hangat sewaktu DS Anwar Ibrahim dipecat dan dimalukan ke seantero dunia pada tahun 1998 dulu. Seorang sahabat melontarkan kata-kata; Anwar hanya seorang...mungkin bila dia teruskan...pedulikan dia, dia cuma satu peribadi yang dipecat dan dimalukan. Hampir penulis balas dengan kata-kata; Mahathirpun seorang juga bah!!!, untuk menghormati kedewasaan dan kepangkatannya, tidak sampailah kita hendak bertegang urat. Mungkin beliau belum terbuka minda maklum saja sebagai ahli UMNO ortodok di zaman Mahathir al-Kutty tak boleh lawan tauke, lawan, kritik dan menentang saja jawaban mudah letak jawatan atau pecat atau kena tindakan mahkamah, sebagaimana yang dihadapi Anwar Ibrahim sendiri.

Tanyalah para penganalisis politik, intelek, profesional, ahli akademik, guru, ustaz-ustazah, pemimpin politik Malaysia, Asia dan dunia, tanyalah kepada pemimpin mahasiswa, siswa-siswi, pelajar, ibubapa, pemimpin belia, masyarakat pelbagai kaum, petani, nelayan, pemandu, penoreh dan seluruh rakyat marhaen, apakah DS Anwar Ibrahim masih relevan dengan Malaysia, rakyat Malaysia yang majmuk dan dengan dunia politik Malaysia? Penulis boleh mengagakkan jawaban dari 1000 orang yang peka kepada isu Anwar Ibrahim akan memberi jawaban mudah, iaitu: YA! DS Anwar Ibrahim sekalipun dikurung dalam penjara Anwar Ibrahim tetap masih relevan dengan dunia Malaysia, rakyat dan politik negara ini.

Benar DS Anwar Ibrahim cuma seorang rakyat Malaysia. Dan Mahathir juga seorang rakyat Malaysia berstatus al-Kutty. Tetapi Anwar Ibrahim adalah simbol perjuangan rakyat, simbol kesedaran rakyat, simbol kebangkitan rakyat dan simbol reformasi politik, ekonomi, pendidikan dan sosial di Malaysia. Dan Anwar lebih jujur dan ikhlas untuk membela rakyat miskin, rakyat marhaen dan rakyat terpinggir. Politik Anwar adalah politik untuk rakyat Malaysia yang majmuk. Bayangkan 16 tahun dia ikut dibelakang Dr Mahathir sambil belajar, memerhati, menegur dan memimpin rakyat sama-sama untuk membela nasib rakyat. Tiba-tiba Dr Mahathir tendang, pecat, malukan dan penjarakan DS Anwar Ibrahim atas sebab perbezaan beberapa isu dan kepentingan.

Berdasarkan beberapa maklumat yang telah disebarkan, adalah jelas Dr Mahathir merupakan seorang pemimpin berjiwa kecil, bacul dan pengecut, Dr Mahathir bukan seorang pemimpin rakyat, tetapi Mahathir adalah pemimpin kroninya, pemimpin tauke-tauke dan korporat-korporat peminta sedekah dari kerajaan. Bukan kita bermaksud menghina para korporat atau tauke yang telah kaya raya itu. Tetapi kita lebih melihat kewibawaan mereka sebagai rakyat Malaysia yang berstatus orang kaya, korporat dan tauke, akan tetapi golongan rendah, tidak mampu memperbetulkan minda gila, rakus, tamak, kroni dan zalim Dr Mahathir selama menjadi PM hingga saat ini.

Relevansi DS Anwar Ibrahim kepada Malaysia, kerana dialah pencetus kepada kesedaran baru politik Malaysia, pencetus kepada kecintaan rakyat terhadap nilai-nilai keadilan, ketelusan dan sikap amanah. Dan tokoh berani yang membongkar segala macam salah laku Mahathir al-Kutty sewaktu memimpin menjadi PM, dan juga adalah ekoran kuatnya kebencian terhadap kezaliman, rasuah, salahguna kuasa, amalan kronisme dan penyelewengan Dr Mahathir selama menjadi PM paling dajjal.

Dengan ini, kita mengharapkan sebuah kesedaran lebih besar, terus merata dihati-hati seluruh rakyat Malaysia untuk melihat bahawa relevansi atau hubungkait dan juga nasib untung DS Anwar Ibrahim dengan rakyat Malaysia dan dunia politik Malaysia tetap akrab, kukuh dan tidak mungkin dapat dipisahkan. Kerana Anwar Ibrahim memang ditakdirkan untuk memimpin Malaysia. Tetapi akibat rencana jahat para konspirator tertinggi pimpinan UMNO/BN beliau diketepikan. Insya-Allah, rakyat Malaysialah yang akan mengangkat dan mengembalikan DS Anwar Ibrahim ke tempat yang sewajarnya itu, tidak mustahil bagi Allah SWT untuk memutar roda kehidupan seseorang hamba yang dikasihi-Nya. Nabi Yusuf a.s pernah dipenjarakan, Mandela dipenjarakan 20 lebih tahun tapi dengan kuasa Allah Ta'ala dia menjadi Presiden Afrika Selatan.

Sekian.

Ibn Sabah, 25.7.2001M

Jumlah pembaca:orang